Tuesday, April 29, 2025

Mus'ab Dah Khatan dan Kisah Telinga Fatima

26.04.2025

Alhamdulillah..

Mus'ab dah selamat khatan. 

Behave je dia.

Nangis sekejap masa nak bius dan cranky sikit lepas habis bius (after 2-3 jam). 

Pengalaman sebelum ni: 2 anak teruna khatan masa dah besar dan 2 orang lagi masa bayi. Abang no.1 & 2 sunat masa 8-9 tahun kot. Guna smartklamp. No 3 & 4 pula masa umur 2 bulan, guna teknik plastibel. Maka, memang prefer khatan masa bayi lagi. Senang nak jaga sebab dia tak melasak lagi, tak risau bab makan, mak pun tak stress nak memujuk dan menjawab soalan² kbat anak 😅. 

Hence, Mus'ab pun khatan masa bayi lah.

Masa Fathan, sunat di Hospital Al-Islam Kg. Baru. Fathiy pula di Klinik Amalmedik Melawati (KAM) oleh Dr. S.

Untuk Mus'ab ni, ummi cuba contact semula Dr. S. Last time, ummi puas hati dengan service dan after sales service Dr. S. Unfortunately, nombor Dr. S yang ada dalam simpanan ummi macam dah tak aktif. So, ummi cuba lah search dan tanya beberapa klinik. Abi suruh tanya juga KAM if masih ada servis khatan bayi lelaki since tak semua klinik offer khatan untuk bayi lelaki. Mostly bayi perempuan & kanak² sahaja. Bila contact KAM, masih ada servis khatan bayi lelaki dan kaedah yang kami pilih untuk Fathan dan Fathiy dulu pun ada. Check slot masa, alhamdulillah ada kosong hari sabtu petang. So, ummi book slot tersebut  dan kami arrange pergi open house rumah SIL dulu tengahari tu, then pergi klinik on the way balik rumah. 

Alhamdulillah trafik dari Gombak ke Melawati ok je. Hala ke Gombak je nampak banyak kereta. Dull swing open house di minggu terakhir ye nampaknya 😅😅. Meanwhile, nak mencari KAM, abi kata macam lain je direction waze. Last time dia dekat side belah kanan. Dalam waze suruh belok kiri. KAM dah berpindah lokasi rupanya, tapi tak jauh pun dari lokasi asal. Kami ingat kena scam dengan waze 😅😅. Doktor pun dah bertukar. Yelah, 8 tahun dah berlalu kan.. Tak sangka nak kena hadap proses ni lagi.. Dr yang attend kali ni, Dr. A. A soft spoken one. 

Bagus Dr. A ni. Pre-procedure dia refresh balik in detail macam mana procedure khatan guna plastibel dan juga guna laser, in case ada problem masa nak pasang plastibel (last hadap ni 8 years ago 😅 Ummi pun ingat2 lupa je proses nya).


Baru lepas bius. Nangis sekejap masa bius tu. Lepas tu tenang, sengih² 😅. Macam tu lah epidural dik. Nurse godek² perut pun boleh gelak lagi.. Cheatcode ke?? 🤭 Tiberrr 😂


Along the process pun, dia explain one by one dari awal procedure yang dia tengah buat, sampai selesai. Dari marking untuk estimate area glands, bius, expose glands, masukkan plastibel, sehingga siap ikat tali pada ring plastibel dan potong lebihan kulit. Teliti dan berhati². 

Lepas khatan tu, dia bersihkan luka, cek kalau ada active bleeding, bersihkan balik. He said, kalau pendarahan pada kulit tu biasa akan stop dan kering sendiri. Yang risau kalau ada terkena vein dan pendarahan tak berhenti. So, kena monitor 24jam kalau ada bleeding. If ada, cuba cuci dulu, then tekan suspected area yang berdarah tu dengan kapas/cotton bud for few minutes. Kalau darah masih keluar, datang klinik balik. Kemungkinan kena buka semula ring tu dan buat jahitan, which is the basic technique. 

Post-khatan. Masih bertenang dek effect bius.



Sekampung ikut nak teman adik khatan. Kalau tak umpan dengan hp, semua pakat nak masuk dalam bilik procedure. Jenuh tak jadi khatan adik nanti kalau semua serbu masuk 🥲 Semua macam reporter nanti tanya soalan macam². Belum lagi dia panjat dressing table nanti nak tengok proses depan mata 😂.


On the way pulang ke sarang. Masih tenang². Sampai rumah, lebih kurang sejam lebih lepas khatan tu, ummi cek ada darah. Cuak sebelum buka diaper tu sebab darah dah tembus ke kain bedung. Bila buka diaper, tengok darah takdelah banyak, tapi mungkin dan bercampur dengan air kencing, tu yang nampak macam banyak dan tembus sampai ke bedung. huhu. Cuci² dengan alkohol, sapu ubat.. Then check balik after 2 hours, alhamdulillah takde dah bleeding. 


After few hours, lepas isyak macam tu bius dah habis, dia start merengek sikit. Pedih agaknya. 


Alhamdulillah malam tu dia tidur lena.


7am.12 hours post-procedure, rilek² je dia sengih kat kita pagi² 💪🏻💪🏻💪🏻. Semoga cepat kering & ring plastibel cepat tanggal.



Klinik Amalmedik Melawati.

Lepas khatan Mus'ab tu, check telingan Fatima pula. Dia jenis tahi telinga berketul dan kering. Bila abi dia nak tengok, dia tak bagi. Menjerit² nangis. Padahal tak buat apa pun lagi. Baru pegang cuping telinga. Maka, serah kat doktor lah kan. 

Masuk kamera. Doktor suruh Fatima tengok sendiri apa ada dalam lubang telinga dia. Belah kiri ok, clear, nampak gegendang telinga. Belah kanan yang clogged. Memang seketul tutup terus lubang, tak nampak gegendang. 


Close up, ada orang tu siap panjat meja nak tengok tahi telinga kakak 😅😅. Imagine kalau dia masuk bilik procedure masa adik khatan.. Aigoo.. 

Doktor bagi option untuk telinga Fatima ni. 

First, bagi ubat titis dulu, bagi tahi telinga tu lembut. Kalau rezeki dia, tahi telinga tu lembut dan keluar sendiri, alhamdulillah. Kalau tak keluar, atau takde apa² kesan dari ubat titis, datang balik untuk sedut keluar. 

Second, sedut terus. Tapi ada risiko jika tahi telinga tu keras, mungkin akan luka dinding telinga. Dan kalau dia jenis yang tak boleh duduk diam bila korek telinga, risau bila dia bergerak², meronta tu, terkena gegendang telinga dia.

Maka, kami opt titis ubat dulu lah. Tengok macam mana. Lembut ke tak tahi telinga, selembut hati Fatima yang mudah tersentuh dan mudah menitiskan airmata 😅.


Ubat titis telinga. 2 titis, 3 kali sehari.
Semoga ada sinar jernih disebalik tahi telinga yang keras 🤣


4 comments:

  1. tak terfikir nak khatankan anak semasa masih bayi.. rasa menyesal pula tak tahu kebaikan khatan semasa bayi ni.

    ReplyDelete
  2. Big boy dah ye Mus'ab hehe. ..
    Si Adik ni pun selalu ada masalah **ik telingat mengeras dalam tu huhu

    ReplyDelete
  3. Tak tahu pun Ily ada baby lagi. Tahu-tahu pulak dah berkhatan.
    Aduh! keras begitu sekali jadinya. Semoga titis ubat terus menjadi asbab Fatima pulih seperti sediakala

    ReplyDelete