Ahli rumah ni mula main catur rasanya dua tahun lepas. Masa ummi kemas² bilik, jumpa hadiah kahwin, set catur kaca. Memang terperuk ajelah set tu sebab ummi tak pandai main catur. haha..
Bila dah jumpa, anak² excited pula nak main. Thus, abi ajar lah anak² teruna dia main catur. Ada sekali tu rasanya macam setahun, 2 tahun lepas.. masa ada urusan di UTC Keramat, singgah Pustaka KL, anak² nak pinjam buku. Guess what?? Depa pinjam buku Catur. Semangat eh nak main catur. Fast forward, tahun ni, Fathiy beritahu di terpilih wakil sekolah ke MSSD. Bila tanya macam mana dia boleh selected? Fathiy kata, dia tak tahu pun ada selection catur. Tiba² muallimah dia panggil pergi ke dewan, suruh main catur. Tup² nama dia listed.
Alkisahnya, hujung tahun lepas, selepas habis periksa boleh bawa board games ke sekolah. Kawan dia bawa set catur. Dia main lah dengan kawan dia. Dia berjaya check mate kawan dia. Then lawan dengan muallim kelas dia pula, Muallim M, tapi tak sempat habis game. Bila ada pemilihan, Muallim M inform guru yang in charge catur, Muallimah H, suruh panggil Fathiy join sekali. Begitulah kisahnya macam mana Fathiy terjebak dengan catur.
6 orang wakil (3 lelaki, 3 perempuan). Fathiy yang paling muda, Darjah 2. Yang lain Darjah 4, 5 dan 6.
No comments:
Post a Comment