Monday, May 12, 2025

Fathiy dan Catur

Ahli rumah ni mula main catur rasanya dua tahun lepas. Masa ummi kemas² bilik, jumpa hadiah kahwin, set catur kaca. Memang terperuk ajelah set tu sebab ummi tak pandai main catur. haha..

Bila dah jumpa, anak² excited pula nak main. Thus, abi ajar lah anak² teruna dia main catur. Ada sekali tu rasanya macam setahun, 2 tahun lepas.. masa ada urusan di UTC Keramat, singgah Pustaka KL, anak² nak pinjam buku. Guess what?? Depa pinjam buku Catur. Semangat eh nak main catur. Fast forward, tahun ni, Fathiy beritahu di terpilih wakil sekolah ke MSSD. Bila tanya macam mana dia boleh selected? Fathiy kata, dia tak tahu pun ada selection catur. Tiba² muallimah dia panggil pergi ke dewan, suruh main catur. Tup² nama dia listed. 

Alkisahnya, hujung tahun lepas, selepas habis periksa boleh bawa board games ke sekolah. Kawan dia bawa set catur. Dia main lah dengan kawan dia. Dia berjaya check mate kawan dia. Then lawan dengan muallim kelas dia pula, Muallim M, tapi tak sempat habis game. Bila ada pemilihan, Muallim M inform guru yang in charge catur, Muallimah H, suruh panggil Fathiy join sekali. Begitulah kisahnya macam mana Fathiy terjebak dengan catur. 

6 orang wakil (3 lelaki, 3 perempuan). Fathiy yang paling muda, Darjah 2. Yang lain Darjah 4, 5 dan 6. 

Training dengan abi di rumah.

Self training, on line. 



Training di sekolah. 

Tentatif Kejohanan Catur MSSD HL 2025 


Fathiy & friends bertolak dengan Muallimah. 

Fathiy dan team mate lelaki. Dia paling kecil, halus 😅😅.

Gambar random sepanjang pertandingan. 9 set semuanya. Ummi pesan dekat Fathiy, do your best, tapi ingat, dalam pertandingan ada kalah menang. Kalau menang, alhamdulillah syukur. Kalau kalah, jangan down, jangan frust sangat. Ini 1st tournament, anggap macam medan latihan je. Timba pengalaman.





Dia tak tahu ummi nak datang tengok dia main. Ummi berkira² juga sebenarnya sebab ada check up Mus'ab petang tu. Bila abi tanya kali kedua, jom lah.. Bila lagi nak ada moment macam ni, support anak. Sementara tengah bercuti panjang ni kan. 

Terkejut dia bila tengok ummi, abi dan Mus'ab ada lepas dia selesai 1st set. 















Overall, dia menang 2 set dari 9 set game. Ok lah kan. Good start for a beginner yang sempat training 2-3 kali je sebelum pertandingan. Syukur alhamdulillah dia ok je. 

Tahun depan, kalau ada rezeki, kita cuba lebih baik lagi ye. 

Post game, dia request set catur baru & chess clock pulak ye 😅😅. Catur dah beli, chess clock tu, nanti² lah. Pakai apps je dulu. 

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015