Tuesday, June 16, 2020

Fathiy Turns 3


My curly, cheeky, bubbly Fathiy turns 3 today...Alhamdulillah..

Dengan dia ni, KPI kesabaran ummi kena triple. Tapi sokmo ummi tak mampu nak achieve KPI 😥 Selalu kecundang di tengah jalan 😓.. Moga Allah beri ummi kesabaran yang lebih tinggi..

Fathiy yang baik, soleh, peramah, talkative & loud.. Awesome and jovial too.. Ummi tahu awak akan jadi orang yang hebat, yang soleh lagi musleh, yang berperibadi baik dan berakhlak mulia..Awak akan jadi daie yang hebat, ajak ramai orang buat kebaikan, jadi insan cemerlang dunia dan akhirat. You are so colourful and wonderful. Ummi loves u a lot my little munchkin. 

Happy birthday 😘

My korean boy

Cheeky him

When his good mood is elsewhere

Because i'm a good boy

Tiny bleeding hole wont hurt


Look at his face..

Sweet and lovely boy of mine

Innocent look

The jovial side of him

The day, something happened, that i regret a lot 😢

Sentimental dan emotional pulak ummi..
I did mention dekat last picture kan, something happened.
Benda ni, kalau tak jadi kat kita, kita tak rasa apa sangat, kita mungkin boleh play the blame game. Tapi bila kena dekat diri sendiri, lembik terus rasa badan, macam all blood have drained out.

Benda tu jadi last week je. Exactly seminggu sebelum birthday Fathiy.
Nak taip ni pun rasa macam sesak je dada.

Selalu kan keluar dalam berita, kes anak meninggal dalam kereta gara-gara mak/ayah lupa anak ada dalam kereta?

Ia berlaku pada kami. Cumanya, alhamdulillah Allah masih kasihkan kami, masih sudi pinjamkan kami anak soleh yang seorang ni.
Ummi taknak cerita detail, cukuplah ummi bersyukur Allah jentik hati jiran kami yang baik hati untuk menjenguk keluar di malam hari dan terlihat kelibat anak soleh ummi ni sedang menangis dan mengetuk tingkap kereta. Jiran juga yang memanjat tembok rumah dan membuka pintu kereta lantas mengeluarkan Fathiy.
Ummi hitung kira, plus minus setengah jam Fathiy terkurung dalam kereta. Tak dapat ummi bayangkan kalau tiada siapa yang perasan, kalau jiran-jiran tak ambil endah. Tak sanggup ummi bayangkan kalau Fathiy terkurung lebih lama lagi. Hiba rasa hati ummi.

Ummi mohon maaf atas segala kekurangan, kelalaian dan kecuaian ummi..😢
Ummi bersyukur juga pada Allah kerana menghadirkan ramai insan-insan yang baik dan prihatin disekeliling ummi. 

Ummi loves u much sweetheart.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015