Monday, December 1, 2025

Mus'ab & Measles

Haishhh.. Kalau mussels buat masak buttermilk sedap gak.. Ini measles..

Mus'ab ni.. dia demam since Khamis yang ummi kalut² takde handphone tu. Khamis till sabtu memang dia cranky amat, demam in and off, tidur tak lena, serba tak kena, nak susu ke nak apa tak tau. Tapi memang kena berdukung, berpeluk sajalah. Memilih pula tu. Selalunya nak dengan ummi je. Jarang² nak boleh dengan orang lain. Maka ummi pun sama² sleepless, mata rabak, sakit pinggang, sakit badan. huhu.. Takpelah, demi anak.  

Budak demam dan cranky. Merap je 

Hari Ahad ada event kakak². Pagi tu dia segar je, tak panas tak dedar badan. Tapi nampak merah² kat dahi. Awalnya ummi fikir rashes atau mungkin alergik lagi. Menjelang malam, makin banyak red spots. Dari muka, membawa ke badan. Lain macam ni. Balik Gombak malam tu, turn jaga ayoh.. Biras tengok Mus'ab, "eh...kenapa merah² ni? Start kat muka ke? Ada demam tak? Start demam bila? Hmm.. macam measles ni.. Bagi dia PCM. Gi klinik na esok, na bagi surat kuarantin". Huhu..

Meraikan kakak². Masa ni ada few spots dekat dahi, tak jelas sangat.

Meraikan ummi, tapi dia cranky.

Masam je muka.

Last night. Dah banyak dah polka dots kat muka, leher.

Selesai urusan ayoh pagi tadi, hantar abang kakak sekolah, kami pergi klinik area rumah. Doktor tengok je penuh merah kat muka dan badan, sah measles. Baru je ambil vaksin MMR last week. Mudah²an, dengan izin Allah tiada mudarat hendaknya. 

Di klinik. Still a serious boy, susah nak senyum. 

Maka berkampung ummi & Mus'ab.. Huhuha lah ummi, sebab still kena buat kerja. Ibarat WFH lah ni. Syukur juga dia dah kurang panas, still a lil bit cranky, tapi dah boleh tidur lena. So masa dia tidur, ummi pulun lah buat kerja mana yang daya. Kalau dia berjaga, kita buat kerja rumah sambil remote bagi list kerja dekat anak² buah.

Alahai kesian dia. Mesti tak selesa. Hence being so manja.

Semoga Allah permudahkan semuanya beri kesembuhan dan kesihatan yang baik buat Mus'ab.



Sunday, November 30, 2025

3 Days Without Phone With So Many Things Happening Around

Rabu malam khamis. Insiden kecil. Phone melayang, bercerai skrin dari badan. Allahu..

Jeda seketika. 

Khamis pagi, di subuh hari, Mus'ab demam. Terus beri syrup pcm. Bila semua dah siap nak ke sekolah, demam Mus'ab dah kebah. Hati ummi berbelah bahagi. Risau dia panas kembali. Tapi, ummi dah set dengan big boss untuk review design/drawing pagi ni. Nak call lady boss or staff, hp dah barai. Maka decide masuk office juga. Abi pula kata nak ke Penang.

Di office, cuba selesaikan apa yang terdaya. Kerja banyak, sampai tak tahu which to prioritise. Semuaa priority. Lagi² hujung tahun, banyak benda perlu update, isi, nilai etc. Hati fikir nak balik, sebab risau Mus'ab demam, pengasuh tak dapat nak call. Tapi lepas habis review, belum boleh pulang lagi. Ada dateline yang menghampiri. Nak buat di rumah pun tak boleh. Hp kan kaput. Nak on hotspot pun tak dapat. Jadi, kena selesai di office juga. 

Oh lupa, ada berita tentang ribut tropika Senyar. Hati dah tak tenang. Dah nak kena balik ni. Sebab abi takde, ummi pula tak boleh ambil Grab. Kena naik bas atau teksi. Langit luar office gelap. Jam 3.30 ptg, hujan mulai turun. Ummi decide balik segera. Kalau lewat, takut kandas dek hujan lebat. Alhamdulillah hujan baru saja mula membasahi bumi. Sampai rumah, hujan renyai, langit tak segelap langit KL. Ambil Mus'ab di rumah pengasuh, dia tengah merengek dalam buai. Mak kata dia demam. Allahu, seperti ummi jangka. Syukur ummi balik awal. Not so long after that, abang² dan kakak² balik. Kakak bawa bekalan, lebihan dari sambutan hari kanak² di Pasti. Alhamdulillah rezeki. Tak perlu ummi pening fikir nak masak apa sementelah adik Mus'ab demam dan nak melekat, berdukung saja. 

Sepanjang malam Mus'ab merengek tak mahu lena. Dah mandikan, dah bagi ubat, dah jerlum dengan kain basah. Tetap menangis juga. Ummi pun nak menangis sama. Tak tahu nak mengadu kat siapa. Nak mesej abi pun tak boleh. Berzikir, selawat, berdoa...Minta pada Dia. 

Abi sampai pukul 2 lebih (pagi).. Ummi masih tak lena. Masih memujuk Mus'ab yang merengek serba tak kena. Nak berpeluk saja. Kalau dia lena pun, bila letak dia terus jaga, sambung merengek 😣😢.

Jumaat terpaksa EL. Sebab Mus'ab masih demam. Tambahan pula hujan dari semalam masih belum berhenti. Pinjam hotspot abi sebentar sebelum abi masuk kerja, mujur tak logout Whatsapp Web di laptop. Mesej bos bagitau cuti. Bos pun tengah standby mode untuk balik, takut stuck banjir. Seharian jumaat tu mengelek Mus'ab. Malam tu bawa dia ke klinik. Suhu 38.8. Doktor bagi supp. Suspek viral fever.  Sampai 12 mlm dia masih panas. Bagi ubat lagi dan jerlum kain basah. Mengamuk si kecik tu. huhu . 

Sabtu pagi, macam dah kebah. Cuaca pun agak cerah. Masak sarapan, pulun basuh jemur baju beberapa round sementara mentari bersinar terang. Lepas tu ajak abi keluar, nak repair handphone dan ambil gambar passport untuk Fatima. Tahun depan nak masuk darjah 1 dah. huhu.. Syukur boleh ganti skrin yang barai tu. Rm 180. Lepas maghrib baru siap. Lengkap kitaran 3 hari tanpa handphone. 

Kata Fathiy, mesti hidup ummi susah takde handphone kan??  Ummi tanya kenapa cakap macam tu.. Nak tahu his point of view tentang susah tu macam mana.. Kata dia, susah sebab ummi takde duit cash, nak order grab tak boleh, kena jalan kaki atau naik bas/teksi, kalau penat nak masak, tak boleh order makanan sebab handphone rosak.. huhuhu.. In a way, ada betul nya juga. Bila semua dah duduk dalam hp, jarang ada cash dalam tangan, semua urusan harian kena pakai hp, nak bayar online pun kena verify kat hp.. Susahlah juga. Tentang jalan kaki, naik bas/teksi, bukanlah suatu kepayahan sangat buat ummi. Because i've been there. Dulu masa belum berjinak dengan Grab, masa abi selalu outstation berminggu², itulah my daily transport, sambil usung perut memboyot. Jalan kaki tahan teksi tepi jalan, naik LRT, naik bas. hihi..

Sebenarnya ada satu yang ummi risaukan. Bila 3 hari tanpa phone, bila hati rasa gelisah tak keruan, sebab dah terbiasa dengan kesibukan media sosial, ummi renung kejap. 3 hari ni, Allah bagi sunyi. Sunyi dari hiruk pikuk yang ummi tak perlu ambil tahu sebenarnya, sunyi dari gosip², sunyi dari video pendek movie² terkini yang walaupun ummi tak tengok full movie tu tapi terlayan juga short video atau reels nya kadang². huhu.. Sunyi juga dari keserabutan kerja seketika. Istighfar panjang. 😢 Betapa terlalu sibuk dengan dunia rupanya. Alpa dengan banyak yang lagha. 3 hari mengelek anak yang tak sihat, tanpa talian hayat dunia luar, barulah lidah nak dibasahkan dengan zikir dan selawat. 😭🥹

Ya Allah.. janganlah Kau sibukkan aku dengan urusan dunia sehingga aku leka, alpa dan lupa kepadaMU Ya Allah.. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa ingat, dan sentiasa akan mengembalikan semua rasa, semua pengharapan hanya kepada Mu.. Ampuni aku Ya Allah, ampuni aku Ya Allah. 

Hp 'keluar gua' di malam hari kelahiran.

Today, i am another year older.


Pada bertambahnya usia, tak minta apa² selain rahmat dan redhaNya, semoga sentiasa ditetapkan hati di jalanNya, semoga tidak tergelincir dari jalanNya yang lurus, semoga menjadi insan yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaanNya. Moga diizinkan berbuat sebanyaknya kebaikan serta beroleh husnul khotimah. Allahumma amiin.

Saturday, November 15, 2025

Reset.. Restart

Few weeks tak datang singgah sini. Rindu nak mencoret macam². Tapi itulah, banyak betul urusan sampai tak sempat nak jengah sini 🥹.

BW pun dah kemana tah. To date, almost 2 bulan la ummi tak mengaktifkan diri berjalan/berlari. Last active mode, sebelum operation. Post operation, kita take time untuk recovery, lepas tu things came one after another. Packed and busy weekends. Works, kids stuff & activities, health.. Dengan tak cukup tidur lagi.  Badan ni dah macam tearing apart. Lenguh sana sini. 

Kenangkan ummi ada 2 Virtual Run event, eh.. tak boleh jadi ni.. Susah nak outdoor sekarng sebab abi kerja tak menentu masa. Kadang subuh baru balik. Mana nak tinggal si kecil Mus'ab tu kan. Maka, jom rasmikan walking pad yang beli sebelum operate hari tu. 2 bulan dia tersadai. Semua tak berani guna selagi ummi tak rasmi. hahahaha.  

My restart kickstart. huhu.


Niat hati nak push sampai 10km. Tapi Mus'ab dah bangun. Dia dah laju menyulur dan bertatih² merangkak. Nanti dia panjat pula WP ni. huhu. Jenuh mak.

Cukup dulu la 5km for reset & restart. 
Ada hutang lagi 8km. 

Beli WP murah je. RM200++. Lupa harga sebenar sebab lama dah beli kan. haha.


Sebenarnya berkenan yang Gintell CyberTrek warna biru putih. Tapi harga dia Rm1000++. Takpelah, kita pakai yang ni sehabis baik. Ada rezeki, kalau konsisten dan betul² guna, baru upgrade. Yang ni pun, 2 bulan terperuk ummi oii.. 🥴. Dah, jangan ikut nafsu sangat. Kehendak je tu. Yang penting, matlamat utama tercapai.

Semoga kali ni MisiFit jalan terus, takde belok². Berapa kali nak reset dan restart kan??? 
 

Tuesday, October 28, 2025

Perkhabaran Duka

Telah kembali ke rahmatullah, ibu mertua yang dikasihi, Wan Zainab binti Wan Abu Bakar pada tanggal 27.10.2025 (Isnin), 4.54pm di HKL. 

Allahummaghfirlaha warhamha waafiha wa'fuanha.


Waktu Asar Ma jatuh, Asar keesokan harinya Ma dijemput pulang olehNya. Allahu. Cepat betul semuanya. Aturan Allah itu cantik. 

Jenazah Ma telah dibawa pulang ke Masjid As-Syakirin, Gombak untuk dimandikan, kafan dan solat jenazah. Seterusnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sg. Pusu, Gombak selepas Isyak. 




Alhamdulillah, mudah dan lancar urusan ma. Anak² dan cucu² ma semua bantu permudah urusan Ma hingga ke liang lahad.

Tenanglah bersemadi Ma. Kami saksi banyaknya bekal amalan yang Ma bawa. Wajah ma yang tenang, berseri dan tersenyum manis, Allahu.. Ma kelihatan gembira bertemu Sang Pencipta, Rabbul Jalil. Terlalu banyak kebaikan Ma. Ramai yang datang mengiringi urusan perjalanan terakhir Ma di dunia, asbab Ma sangat menjaga silaturrahim. 

 Ma telah mendahului, kami akan menyusul pula. Semoga Allah izinkan kita semua berkumpul di syurgaNya. 

Monday, October 27, 2025

Mohon Doakan My MIL 😢🤲🏻

Ahad.
26.10.2025.

Around Asar.

Kami di Gombak. Keluar sekejap mencari barang yang dikirim oleh Ma. Disamping beli barang untuk dikirim ke abang long & abang ngah. 

Sedang beli barang, tiba² abi kata Ma jatuh. Abi dapat kiriman mesej dari adik bongsunya. Detail cerita tak diketahui. Tapi diberitakan adik ipar & biras bawa Ma ke HKL. 

Balik ke rumah Ma, bibik saksi pertama. Kepada kami diceritakan, dia dengar bunyi benda jatuh dalam tandas. Kemudian dengar suara Ma minta tolong. Bibik cepat² buka pintu tandas. Ma jatuh, kepala tersandar ke pintu pvc. Bibik berlari naik ke atas panggil adik ipar. Bila turun, Ma dah tak sedar. Allahu..

Abi terus ke HKL. Ummi tak dapat ikut sebab kena stay jaga anak² dan anak² buah. Mus'ab pun masih belum sihat sepenuhnya, rajin merengek dan mengempeng. Maka tak boleh nak ditinggalkan, dan tak boleh juga dibawa. 

Abi kata Ma ditempatkan di Amber Zone (in between red and yellow zone.. First time dengar ada amber zone di AED).  Abi kirim gambar.



Allahu. Tingginya tekanan darah Ma 😥. Saat abi mesej tu, abi khabarkan bacaan semakin naik ke 268 😣. Ma ditidurkan, dan doktor akan buat CT Scan once BP Ma turun bawah 200.

Dalam 9pm++ buat CT Scan. Abi kata tadi, ada pendarahan dalam otak Ma 😭😭.. Ya Allah...

Ummi mohon siapa² yang baca post ni, walau kita tak kenal dan tak pernah bersua muka, mohon doakan untuk MIL ummi ya, Wan Zainab binti Wan Abu Bakar. Doakan Allah beri syifa' kesembuhan buat Ma, permudahkan urusan Ma, hilangkan sakit Ma. Moga ada doa kalian yang diangkat Allah dan dimakbulkan olehNya. 🥺😢 Allahumma amiin. Amiin ya mujiib. 🤲🏻🤲🏻. 


Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015