Sunday, July 13, 2025

Sukan Ukhwah Bersama Ibubapa PU 2025

Alhamdulillah, untuk tahun ke-2, PU organize event santai², chill² dan release sress ni untuk para ibu dan bapa. 


Event yang bermula dari kegianan ibu² & cikgu nak beraksi dalam court lepas puas menjerit support anak² berjuang dalam kejohanan BSBJ tahun lepas, berjangkit ke tahun ni juga.

Untuk ibu² of course game netball.




Para bapa pula, acara sukaneka lari².  Kain pelikat lalala (lari berpasangan dengan kain pelikat sangkut di leher/kepala) dan lari berganti². 





Ada juga acara couple.. Musang berjanggut. Asing 5 jenis kekacang/rempah ratus.




Alhamdulillah berjalan lancar, parents pun sporting, siap ada taja makanan & minuman.. Semua pun supportive. Menang kalah, semua dapat hadiah yang sama. 

Bagus cikgu² ni bagi hadiah yang praktikal untuk kegunaan para ibu ayah 😂




Maksudnya apa?
Lepas dah enjoy, having fun, release stress.. Jangan lupa tanggungjawab masing², masak & kemas rumah 🤣🤣
Segala jenis sabun dia bagi nak suruh sental satu rumah 😅

Terima kasih PU for organizing the event.


Sunday, July 6, 2025

Sabtu 05.07.2025

Ada 2 main things hari ni.

1st, my 3rd born ada ujian kenaikan bengkung silat seni gayong Malaysia. His 1st grading day. Dia berbelah bahagia sebab nak join event adik², tapi ummi said, kita settlekan grading awak dulu, kalau sempat kita join adik..

Ujian kenaikan bengkung dari awan hitam ke bengkung putih cula hijau. Dia baru je join silat last year. Dia minat, ummi abi support je. 







Alhamdulillah, he did well. Then kami minta izin penguji & cikgu untuk release awal. Syukur penguji izinkan, so he did his rolling & tutup gelanggang alone, then we off to join adik Fatima & Nusayba punya lawatan. Tentatif lawatan adalah ke kilang coklat Beryl's, Farm Fresh & Artweb. Ada singgah makan & solat in between.

Masa gerak dari rumah, team PU dah ada di Farm Fresh. We missed kilang Beryl's. But it's ok. Sebab budak² ni memang lebih nak ke FF, walaupun dah 2 kali pergi 😅😂.

Budak bahagia dapat pergi grading dan dapat join lawatan juga.  Masa ni di Artweb dah. Dari FF ke Artweb, dia naik bas sekali dengan adik. 


Masa dierang singgah makan, ummi & abi had a coffee sip. Tak jauh pun dari kedai dierang makan. 

Albatros Coffee  Roastery
Tak banyak choice dan barista pun seorang je. Tapi iced Mocha sedap.  Makanan ada roti bakar je, sebab staf belum masuk lagi katanya. Belikan coffee untuk cikgu² juga. Tapi since barista seorang je, bercinta juga tunggu. Ngam² siap masa kids dah bergerak naik bas untuk ke next pitstop. hahaha.. 
 

Gambar penutup di Artweb, sebelum perjalanan pulang ke PU.
Ini je gambar yang ummi ada 😅. Yang lain, nantilah ummi godek dalam FB PU. 


Carilah mana anak sendiri 😅😂😂

Ada pickle ball court la kat sini. Saja cucuk abi, bila nak try main pickle ball ni. Abi kata, tanya² tadi, book court RM 100 😂. Oh, sempat dia tanya rupanya. 


Balik tu sampai rumah around 3.30 ptg. Abi, Fathan the fighter dan Mus'ab keletihan sungguh. Lepas solat terus tidur. Ajaibnya, mek berdua tu dan abang Fathiy segar bugar pula. Ummi plan nak evening walk, tapi hujan, maka terbantut lah hasrat. Sebab bosan, tiba² terorder pula strawberry matcha dan tiramisu AMP Cafe.. 🤣🤣... Lansung tak sync dengan hasrat nak evening walk tu kan .





Later that night, ummi masak daging goreng berlengas. Daging korban hari tu tak masak² lagi. Fatima dok bising tanya bila ummi nak masak daging. Nah ummi masak. Sebab daging tak berapa berkuah, kita pair dengan sup sayur bayam. Kids jenis makan berkuah dan dragon fruit pelengkap diet.



Alhamdulillah. There goes our Saturday. All is well, alhamdulillah.

Sunday Morning Walk

Alhamdulillah.. Another morning walk completed.. 

Nak lari hari Sabtu, pagi dah sibuk dengan hal anak². Petang cuaca pula tak mengizinkan. Hari ni decide nak complete-kan 4km walk/run, kira cover sekali semalam punya lah.  Alhamdulillah i made it. Nak habiskan 4 km pun macam nyawa² ikan. Slowly lah ummi. Bukan nak kejar apa pun kan. 



Sebenarnya lepas achieved 4km, ummi sambung jalan lagi 2 round. Just a rilexing walk, cooling down.. Lepas tu jalan lagi singgah kedai Aceh beli bahan nak masak.. hihi..

Cikgu PU dah hello² nak buat friendly netball hari Jumaat ni.. Itu yang tak boleh missed walk/run ni supaya tak semput sangat game day nanti. Walaupun main suka², enjoy² je kan.. 

Hari tu ummi ada beli something. Cuma belum unboxing lagi sebab ingat nak tunggu anak² habis exam this coming week. Tali bila cikgu cakap nak buat friendly game, terpaksalah ummi unboxing terus 🤣🤣🤣

Ni namanya fulfilling your childhood crave 🤭🫣. Syukur ada anak perempuan, boleh jual nama anak sebagai asbab nak beli benda alah ni 🤪 Anak tak seberapa, mak je beria.. Eh tapi, bila unbox tiang ni, baik anak perempuan, mahupun anak lelaki, sama naik ye. Terpaksa beli yang basketball punya sebab cari² yang untuk netball bertiang, mahal nak mampuiiih (pinjam tagline jason 🤭). Yang ni pun ok lah kan, dual function. Walaupun ring dia tu tak menepati saiz standard netball, tapi since kita pakai bola saiz 4 untuk pra sekolah, aci jelah..  


Mana tahu ada rezeki Fatima join netball team masa sekolah rendah nanti kan.. 😉

Wednesday, July 2, 2025

Trying to Get Fit Again

Bila usia dah masuk 40an, lemau badan tu makin terasa. Tambahan dah kurang beraktiviti yang menyegarkan dan menyihatkan badan. 

Sebenarnya dah berkali juga berazam since last year, tapi sokmo mungkir janji pada diri sendiri. Tolak tepi lah alasan 3rd party semua tu, at the end, apa² pun kena datang dari diri sendiri. Maka dengan itu, ummi harap kali ni ummi tak hangat² tahi ayam dan istiqamah lah hendaknya. 

Bermula dari penyertaan suka² Walk Challenge anjuran kelab sukan pejabat, ummi cuba take it serious. WC tu sebagai pemanas badan, then ummi register virtual walk/run supaya ada target yang jelas.

So, started from minggu check in tak jadi, which sebenarnya ada something disebalik check in tak jadi ni yang trigger ummi untuk mula balik bersenam. huhu..Hopefully, by the time reschedule date, my body is fit for recovery phase. 

Target ummi setakat ni, sehari tu at least dapat achieve 3km ok lah. Kalau lebih, lebih baik. Slowly lah kita increase target once dah dapat rentak. Tak lari laju pun. Setakat briskwalk, lari² anak macam anak itik pulang petang. hihi.

Setakat 4 kali ummi start ni, 1 kali Fathiy teman (sebab evening walk dan terus nak ambil kakak berdua dan Mus'ab masing² di sekolah dan rumah pengasuh), 2 kali lone ranger (morning walk/run...redah je lah sebab kejut masing² semua lena diulit mimpi, lambat² sangat nanti muka dibakar terik mentari), 1 kali lagi heret semua 1 whole big family (abang besar berdua balik dari asrama masa ni, boleh take turn jaga adik²).. Basically, macam ummi cakap awal tadi, kena mula dengan diri sendiri. Sebelum ni ummi asyik tunggu orang which akhirnya kelaut dalam. This time, nekad. Need a kick start. Untuk diri yang lebih sihat supaya mudah bekerja, mudah beribadat, mudah serba serbi, insyaAllah. 





Rasa refreshed, alhamdulillah.


Anak kata, kat muka ummi ada kristal lah 😅



Macam nak ajak cikgu PU buat friendly match bola jaring teacher-parents lagi macam tahun lepas 😅😅 
Tahun lepas, ummi dah tau pregnant masa cikgu nak set date tu. Hati ni berbelah bahagi, nak main tapi risau. Tapi hati memang berat ke nak main, nak melepas gian yang berbelas puluh tahun terpendam. hahaha. Janji kat diri sendiri, jangan over excited sangat, jangan melompat, jangan lari kuat sangat. Tapi biasalah, bila dah pegang bola, masuk court, roh muda tu macam merasuk diri, macam tak sedar diri dah tua. Mana ada tak melompat. Dah rupa dugong pun ada 🤣🤣🤣. Syukur alhamdulillah baby baik² dan sihat² je kat dalam ye. This year, dah tak membawa (kecuali lelemak yang disayangi 🤪), boleh lah kot nak menjaring lagi. 🫣🤭


Tuesday, July 1, 2025

DIY Cards for Kids

Bulan 6 kan ada macam² sambutan dari Hari Ibu, Hari Guru ke Hari Bapa. Antara task anak² tadika ku sayang, kena buat kad ucapan untuk hari² tersebut. Mangsanya adalah ummi. Cuma untuk kad hari ibu tahun ni, abang Fathiy dah tolong settlekan untuk adik². Lega hati ummi. Tapi untuk Hari Guru dan Hari Bapa, ummi tak boleh escape. Depa dah bertalu² minta ummi buat. Bila suruh minta dekat abi, masing² taknak. Nak ummi juga yang buat.. Alahai..

Ummi dah lah ada "teddy bear" yang super fluffy, gebu gebas tu.. Manalah ummi nak selit² buat kad kakak² ni.. Terpaksalah ummi cari masa yang sunyi, cari ilham seorang diri. 

Idea kad² ni dapat dari IG. Mujur lah ummi memang rajin follow IG crafts, diy semua ni. Zaman muda mudi dulu memang suka buat benda² ni. Tapi lama dah la tinggal. Sekarang terpaksa merajinkan diri semula untuk anak². Huhu..

Kad Hari Bapa

Sekarang dah banyak jual sticky note bentuk, corak dan warna fancy serta menarik. Jadi sedikit sebanyak memudahkan kerja, tak perlu nak gunting semua from scratch. Main tampal² je. Kalau tengok dalam cart shopee ummi, banyak sebenarnya journaling sticker. Tapi ia remain duduk dalam cart dah bertahun.. haha.. Sebab tahu ia akan jadi tukun since 24jam tak cukup untuk ummi selit masa untuk crafting, journaling macam dulu. 

Kad fatima.


Gambar print guna Niimbot. Senang kerja. Pilih gambar,  print dan tepek je. hi all 


Card idea: DIY Card 1

Kad Nusayba. Kad ni bila buka, bunga tu macam flip. 



Kad Hari Guru.

Satu kad, kongsi lah 2 orang. Mata ummi dah rabak nak hadap benda ni sambil berselang seli melayan adik Mus'ab. 




Yang ni ada 2 source. Lupa dah nak save link dia. 





Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015