Monday, July 20, 2020

Riadah di Taman Saujana Hijau, Presint 11 Putrajaya

Last 2 weekends, zawji tanya nak kemana? I had no ideas. Bila tanya anak-anak, some said nak balik Gombak, some said nak pergi padang..Then zawji decide nak bawa anak-anak pergi taman di Putrajaya, bawa basikal.

Dah keluar, tak tahu nak tuju kemana...hahahaha..lawak lah laki ku. Ingat ke memang dah tahu taman apa yang nak dituju.. Aku roger lah kangah, and she recommend this Taman Saujana Hijau.

Tapi sebelum riadah, kita isi perut dululah. Kami singgah makan tengahari yang tak berapa tengahri sangat di  Pavillion Steak & Grill di area Sungai Ramal Dalam, Bangi. Main terjah je ni. Tak berapa jelas signboard kedai, jadi tak pasti kedai apa pada mulanya. Bila dapat menu, steak. Aku nak mencari nasi. Mujur ada menu nasi arab. Order lah nasi mandy ayam dan juga cheesy chicken chop. Tak sempat pun nak snap gambar makanan sebab semua (esp ummi..haha) dah kelaparan. The food, wasn't so bad..Alhamdulillah.




Dah kenyang barulah bertolak ke Taman Saujana Hijau. Kami sampai lebih kurang pukul 4. Parking awam percuma dan luas. Masa ni kereta tak banyak lagi. Banyak juga orang tapi tidak lah padat dan ada spot-spot tertentu je yang ramai orang. Ramai yang berpiknik, bentang tikar..Ada yang buat sesi photoshoot.

Kami ni dengan anak enam, basikal dan stroller lagi. Aduhai.. Entrance dia bertangga pula tu. Jenuh nak angkat basikal dan stroller. Alhamdulillah ramai insan baik hati menghulur bantuan, tolong angkat basikal dan stroller bersama. Semua Allah merahmati kalian dan memudahkan urusan seharian kalian, Allahumma ameen.

Tak banyak sangat gambar berjaya di-capture. Almaklum, parents anak enam dan ini first time kami bawa enam orang anak ke taman awam terbuka.

Gambar-gambar tak ikut susunan. Pening dah nak susun. hihi..

Abang berdua ni paling enjoy sebab dapat ride bicycle. Selalu kayuh dalam porch rumah yang sekangkang kera je luasnya, mana puas kan. Abang Faheem lah paling seronok. Faqeeh takut-takut lagi especially masa turun bukit sebab break dia dah rosak.


Peneman ummi sepanjang jalan


Suka view dia. Hijauuuu.. Memang saujana mata memandang. Tenang je rasa.




Lagi seorang peneman setia ummi..hihi..Mana boleh berenggang hat ni..Elok senyap dia duduk dalam carrier. 





Banyak spot yang cantik juga untuk bergambar. Tapi, tak mampu lah nak berhenti kat semua tempat sebab abang-abang dah laju, jauh ke depan. Fathan pun boleh tahan juga dengan lori bomba dia. Part turun bukit, bukan main laju lagi dia meluncur. Ummi ni terjerit-jerit suruh dia break pakai kaki sebab takut terlanggar orang atau terbabas ke bawah. Trek dia memang berbukit dan berselekoh. Kadang-kadang intai juga tepi-tepi, seram juga rasanya. Tu sokmo dok pesan kat anak-anak suruh hati-hati, jangan laju-laju, jangan tepi sangat. 





Ini je gambar ummi abi yang ada. Hasil tembakan Faqeeh.





Overall seronok juga sebenarnya. Cuma Fathan banyak mengelat, berebut stroller dengan Fatima. Fathiy berjalan sendiri all the way. We didn't complete the whole track. Ambil shortcut sebab ummi pun dah kepanasan dan sakit kepala. Walau jalan santai-santai je, basah lencun juga dek peluh. There goes all my chicken mandy rice. Hahahahaha..

By the way, masa nak turun balik, guard bagitahu, there's another entrance belah hadapan sikit, selepas balai polis. Entrance belah sana tu tak ada tangga. So sesuai lah kalau nak bawa basikal dan stroller bagai ni..

InsyaAllah boleh repeat datang sini. Cuma mungkin kena datang pagi sikit kot.. Hahaha. Panas woihh.. Tapi timing kami datang tu pun, sedang elok tak ramai orang sangat. Masa balik, around 5pm plus, berpusu orang masuk. Parking pun dah full house sampai ke bawah dan tepi jalan.. Adududu..

4 comments:

  1. Wah, kena masuk dlm checklist ni. Suami akk suka ni tempat2 camni. Pemandangan pun cantik sangat.
    Salam kenal ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Cantik pemandangan nya. Sy pun insyaAllah nak repeat lagi

      Delete
  2. Nice tempat ni. Nanti ada kesempatan saya pun nak ke sana la.

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015