Thursday, December 3, 2020

Laukbox dari Sungai Kertas Caterers... Memudahkan Para Ibu WFH..


Hari tu order lauk pauk dari Sungai Kertas Caterers. Ordered vis my BFF, Nasrina Amarudin. Beli sekali harung buat stok frozen di kala mood mak meragam kelaut dalam melayan kerenah rakyat jelata. Mak tak mampu la nak jadi chef, duduk bertukun di dapur 24/7 sebab banyak lagi tugasan/jawatan lain mak kena pikul kan.

Lauk-lauk SKC ni dah pernah rasa masa kenduri kahwin adik Nas. Memang sedapppp. SKC ni pun dah lama dah wujud tau.. Dari zaman aku sekolah lagi. Manager nya, my schoolmates juga.

Before this ada order perut masak lemak dengan pajeri nenas. Puas hati sangat. Perut masak lemak tu, beli 2 bekas. Licin sekali makan je.


So kali ni repeat order pukal pulak. 
Order 8 bekas, tapi bila sampai, ada 10 bekas. Magic betul...



Sekali tengok ada nota dari manager.. Awww.. Sweet lah Noley. TQ belanja 1 box lauk..



Tapi still pelik. Sebab masih ada extra 1 box lauk. Rupanya BFF pun bagi extra 1 box lauk lagi.. Allahuuuu.. Thank you Allah bagi saya rezeki kawan-kawan yang baik dan pemurah. Moga Allah murahkan dan luaskan lagi rezeki yang barakah buat sahabat-sahabat tercinta saya ni..

Stok laukbox frozen.. Yeay.. 


Kalau korang tengok dekat FB SKC ni, memang pelbagai jenis lauk masakan melayu ada. Dijamin sedap! Ni ikhlas dan jujur dari hati. Bukan sebab I kenal manager dia. Tapi memang sedap di tekak ku ini. Jadi nak share dengan semua yang singgah blog ni. Kalau nak rasa dan memudahkan hari anda, boleh lah order secara terus ke SKC atau melalui dropship yang awesome: Nas  atau Ilham 



Dijamin puas hati.



2 comments:

  1. alhamdulillah murah rezeki. Nasib AD stay jauh

    ReplyDelete
  2. Wah menu diorang nampak sedap!! Senang la kaum mak mak ye kalau tak sempat masak ni!

    Rezeki tu dapat lebih.. alhamdulillah...

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015