Friday, March 26, 2021

Adhoc Short Staycation - Swiss Garden Residence Kuala Lumpur

Memang adhoc sangat staycation kami ni.

13 Mac 2021.
Lepas late breakfast around pukul 10++ zawji kata cuba check hotel area KL, nak check in hari ni..
Suka betul mengejut-mengejut macam ni. Ummi try jugaklah tengok nearby hotel/suite dengan harga berpatutan. Tapi kalau adhoc ni, mana nak dapat harga yang ikut poket kita sangat kan. Tambahan pula askar ramai. Nak kena tengok juga saiz bilik besar ke kecil. Mencabar juga lah nak mencari yang bersesuaian dan berpatutan. Adalah satu dua yang ummi dah berkenan, tak available on hari tu. Ada yang suggest ambil 2 bilik. Hurmmm.. Ummi give-up.. Kan dah cakap tak suka terkejut-terkejut macam ni. Sebab ummi juga nanti yang terkejut-terkejut nak mengemas. Mula lah nak marah je nanti..Tapi kalau nak bagi surprise gift tu, sukalah, tapi tak pernah pulak dapat...hahaha...

Ummi kata booking untuk minggu depan jelah. Zawji kata sempat lagi. Dia pulak sambung search. Dan akhirnya dia book la premier 2 bedroom suite di Swiss Garden Residence ni. Harga ummi tak tahu berapa. Sebab ummi dah give up tadi kan. hahaha.. Lepas tu nak kena mengemas pulak..Pukul 3 uii baru booking..Haha..Bayangkan lah nak mengemas macam ape je, kelam kabut, lintang pukang. Ni trip nak happy-happy ke nak mengamuk ni?? huhu..

Swiss Garden Residence ni dekat Bukit Bintang je.. Tidaklah jauh mana kan dari rumah kami di Pandan Indah. But kids, bila dengar nak tidur hotel, walaupun ibarat belakang rumah, they all tetap happy je..



Kami sampai sana around 5pm  plus. Apooo lewat nau..
Sampai je, anak-anak terus landing mengadap TV. Biasalah bila rumah takde TV kan, bila jumpa TV excited la anak-anak ni.. hihi..


The hall. Ada single bed, sofa panjang, dining table..



Ada 2 bilik equipped with katil queen. 


Ni bathroom dalam bilik master. Built in bath tub??




Kitchen. Equipped with microwave, kitchen hob, washing machine & fridge.
Quite nice. 


The view from our room.
Nun kat hujung, stesen LRT Plaza Rakyat. Spooky look from here..huhu..Malam-malam tak beranilah nak intai tengok keluar tu..haha..



Sebab check in lambat, kami pun tak lunch lagi sebab late brekkie pagi tu, pastu gelabah kemas barang dalam kejutan bagai ni, memang tak sempat nak fikirkan perut ni haa. Dah petang ni, menggelepar lah si perut ni kelaparan. Stok makan ringan semua tak ada. Apoooo.. Buat lah lagi kejutan macam ni. hahahahahaha..

Keluar lah kami cari makan. Itupun pusing nak pergi atm machine dulu, nak isi minyak kereta lagi..Tiba-tiba toleh belakang anak-anak dah ketiduran. Seorang dua lah. Nak makan kat kedai macam mana ni.. Sudahnya tapau ajelah..

Balik bilik, dah maghrib. Solat, makan, solat isyak, pastu kids semua ketiduran.
Ummi ingat nak try coffee VCR sebelah SGR ni je haa, tengok dekat FB dia, tutup pukul 5 petang. Zawji pergi turun ambil angin malam jap, dia kata buka lagi. Cettt.. Kalau tahu, minta tolong tapau kan hot mocha ke..

Aktiviti keesokan paginya...
Disebabkan pool ditutup due to Covid, anak-anak berendam dalam so-called bath tub ni jelah. Tetap menyeronokkan bagi mereka. Main air memang seronok kan.



Ummi dah berfikir-fikir konon nak me-time menghirup segelas kopi panas VCR. Entah kenapa, ummi tak ikutkan kata hati. Sarapan pagi tu, zawji beli roti bun, kuih akok, nasi berlauk air dingin dari gerai di seberang jalan berhadapan VCR. Bila ummi serabut-serabut uruskan anak-anak, ummi tersayu sendiri, kenapalah tadi ummi tak pergi je turun ke VCR tu seorang diri, having some chill time on my own. Tah ape-ape kan. Tapi zawji kata penuh je, ramai geng basikal. Hurmm.. Dah lah ummi, jangan nak mengada sangat.

Pukul 12 check out. Kami lunch dekat Bellamy. Makan ikan bakar.
Kalau makan kat sini, selalunya (walau tak selalu pergi..hahaha) akan makan dekat kedai Kak Jat tu. Tapi hari ahad dia tutup. Kita terjah je lah mana yang buka. Tapi hati ummi masih pada kedai kak jat..haha.. 



Begitulah adhoc trip kami.
Macam pergi semata untuk tidur diatas katil empuk dengan pendingin hawa yang sejuk mencucuk ke tulang..
Lawak lah. Suka nau nak buat kejutan.

Anyhow, thank you zawji..

 

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015