Hari Sabtu, zawji ajak makan malam di luar. Tapi masing-msing pun tak tahu kemana hala tuju.. Pusing-pusing kawasan Bandar Sri Permaisuri, masih blur tak tahu nak makan apa. Setelah beberapa pusingan, zawji kata ada nampak kedai Budak Kampung di lot bangunan yang baru buka. Jom lah kita cuba.
Sila belek menu dulu. hihi.
Ada beberapa page yang aku tak snap. Malas pula nak snap semua menu..
Setelah selamat meng-order, sementara tunggu makanan sampai, intai dalam kedai jap since kami duduk di bahagian luar.
Budak Kampung
Barulah santuyy
Santuyy tu as of santai ke apa?? Entah kenapa ejaannya begitu.. Tak kena gaya budak kampung.. huhu..
Or is it versi budak kampung hipster, atau budak kampung generasi wechat..😓
Ada kek. Tapi tak order pun.
Dan makanan pun sampai..
Nasi putih, tomyam ayam dan telur dadar for zawji.
Lempeng kelapa bersama sambal tumis ikan bilis
Kungfu noodles with seafood for me and Faheem. Faqeeh ordered kuetiau goreng, tapi tak sempat ummi nak snap gambar. Laju dia ngap.. haha..
Ummi bagi 3/5 bintang for foods.
Kuetiau kungfu not so bad. Tomyam pun ngam je.
Lempeng agak hambar sedikit. Tak terasa kelapa dan padanan sambal tumis bilis tu kurang kick. Tapi Alhamdulillah licin je semua.
Oh. Sebelum terlupa..
A cup of hot mocha for me. Yumm..
Zawji tanya, ok dah dapat hot mocha? hahaha..
Ada kisah sebenarnya disebalik secawan kopi ni..
Hari jumaat, ummi ada share sesuatu di FB. Thread Dr Redza Zainol yang dikongsikan oleh laman Cempedak Cheese. Dalam hantaran Dr Redza tu ada mention wife dia beritahu nak minum kopi lepas balik kerja. Dr Redza terlupa dan dah terlajak lepas ke jalan besar, baru dia teringat tentang kopi. Bila ditanya pada isteri, jadi ke nak minum kopi? Si isteri menggeleng, taknak. Tapi riak wajah monyok dan memandang keluar tingkap. He decided to turn back and bought her wife a cup of coffee. Dan riak wajah isterinya berubah selepas itu.
Ummi share dengan caption seperti gambar di bawah.
Hihi..
Beberapa hari lepas, ada juga kisah hot mocha ni.
Zawji ada discussion di Coffee Bean & Tea co.
Ummi nampak Coffee Bean tu, saja lah pancing nasib.
Ummi whatsapp zawji, "Boleh lah order hot mocha satu..hihi"
Sejam selepas text ummi tu, zawji masih belum baca pun..
Tak berjaya nampaknya umpan ummi malam itu. Tapi ummi takdelah merajuk.
So, this cup of hot mocha sebagai ganti umpan Coffee Bean yang tak menjadi hari tulah kiranya kan. haha.
Muka orang happy dapat secawan kopi 😘
No comments:
Post a Comment