Friday, June 21, 2024

Kasut oh! Kasut

Dah beberapa tahun ummi pergi kerja pakai sport shoe 🤭. Tak mengikut etika pemakaian sungguh la haii 😅😂.. Itupun sebab setelah kasut kerja yang ummi suka dan selesa pakai dah rosak. Desperate nka beli kasut baru, ummi tak try betul².. Sudahnya, tak selesa pakai, sakit..

Macam terseksa kaki tu. Mungkin jugak jadi tak selesa sebab berat ummi yang naik mendadak. huhu..

Kalau setakat pakai dalam office tu, bolehla. Itupun sekadar nak attend meeting, panjat pejabat Pengarah, urusan² formal.. Most of the time, sarung selipar je 😅😅.. Bila tak selesa nak berjalan, dengan ummi ni yang memang kena berjalan setiap hari ke LRT, turun naik tangga, ummi end up beli sport shoe untuk keselesaan kaki.. Memang lenjan lah pakai sport shoe je.. 


Bila dah bertukar ke HQ, segan jugklah dok pakai sport shoe, lagi² bila naik lif sekali dengan top management... Aduhhh, rasa macam nak jadi invisible je..Tambahan pula sport shoe yang ketiga pun dah haus teruk & licin. Moh la survey2 kasut.


Ummi susah nak pilih kasut sebenarnya. Nak flat shoe je. Wedges boleh dipertimbang, tapi taknak tinggi sangat. Heels memang takde dalam list sekarang. Masa muda remaja boleh lah, tapi tak terlalu tinggi pun. Jenis kaki tak dibedung 🤣🤣. Pakai flat pun asyik tersadung, terjelepuk jatuh, apatah lagi pakai heels kan 🤭.. Dan yang paling penting, keselesaan. 

Hasil survey di Sogo.. Setelah 3-4 kali pusing. 3-4 kali ni bukan sekali pergi ye 🤭. 2-3 kali jugak jengah Sogo ni demi mencari kasut yang berkenan di kaki.. Brand yang ummi try ni, first time ummi dengar sebenarnya.. Tapi ini je yang rasa ngam, selesa kat kaki.. Cuma harganya buat ummi telan air liur berkali².

Suka design ni. Warna pun cantik. Tapi malas sebab ada buckle tu. Leceh nak pakai & cabut.



Peep toe wedges.

Yang ni pun, aduhh... Drooling 🤤🤤 Tapi dok berkira² banyak kali sebab harganya RM4xx 😭😭😭.. Last time, kasut paling mahal ummi beli brand Clarks, tapi berbaloi sebab sedap sangat & pakai lama betul. Even tapak dah tercabut, ummi pergi hantar kat cobbler mintak jahit tapak.. Sayang punya pasal. 


End up, lepas visit yang ke 4 pun, ummi tak close order 🤣🤣🤣 Banyak fikir sangat..

Balik tu tengok dekat shopee.. Eh.. ada less, pakai voucher dapat lagi murah.. Maka, ummi sambar lah seketul di bawah ni.. Harga sebenar RM3xx. Lepas less & voucher shopee, dapat RM2xx. Beza almost 100 jugak.. Dan lagi best, tiba² abi transfer duit. Dahlah transfer harga sebenar 🥹🤓🤑. Berbaloi². haha.. Thank you abi 🥰



Mujur kita ni sejenis pakai kasut memang lenjan seketul tu je. Itulah pergi kerja, itulah buat jalan, pergi kenduri...Kalau tak dah sambar lagi sepasang yang coklat tu.. hahaha.. Dah, jangan ikut nafsu..



4 comments:

  1. Berkenan la pulak tengok peep toe wedges tu 😅

    ReplyDelete
  2. kena betul betul selesa baru syok lenjan gi opis kan...kalau tak, moody lak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. bahagia je rasa kalau kaki selesa tak sakit..

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015