Tuesday, April 29, 2025

Mus'ab Dah Khatan dan Kisah Telinga Fatima

26.04.2025

Alhamdulillah..

Mus'ab dah selamat khatan. 

Behave je dia.

Nangis sekejap masa nak bius dan cranky sikit lepas habis bius (after 2-3 jam). 

Pengalaman sebelum ni: 2 anak teruna khatan masa dah besar dan 2 orang lagi masa bayi. Abang no.1 & 2 sunat masa 8-9 tahun kot. Guna smartklamp. No 3 & 4 pula masa umur 2 bulan, guna teknik plastibel. Maka, memang prefer khatan masa bayi lagi. Senang nak jaga sebab dia tak melasak lagi, tak risau bab makan, mak pun tak stress nak memujuk dan menjawab soalan² kbat anak πŸ˜…. 

Hence, Mus'ab pun khatan masa bayi lah.

Masa Fathan, sunat di Hospital Al-Islam Kg. Baru. Fathiy pula di Klinik Amalmedik Melawati (KAM) oleh Dr. S.

Untuk Mus'ab ni, ummi cuba contact semula Dr. S. Last time, ummi puas hati dengan service dan after sales service Dr. S. Unfortunately, nombor Dr. S yang ada dalam simpanan ummi macam dah tak aktif. So, ummi cuba lah search dan tanya beberapa klinik. Abi suruh tanya juga KAM if masih ada servis khatan bayi lelaki since tak semua klinik offer khatan untuk bayi lelaki. Mostly bayi perempuan & kanak² sahaja. Bila contact KAM, masih ada servis khatan bayi lelaki dan kaedah yang kami pilih untuk Fathan dan Fathiy dulu pun ada. Check slot masa, alhamdulillah ada kosong hari sabtu petang. So, ummi book slot tersebut  dan kami arrange pergi open house rumah SIL dulu tengahari tu, then pergi klinik on the way balik rumah. 

Alhamdulillah trafik dari Gombak ke Melawati ok je. Hala ke Gombak je nampak banyak kereta. Dull swing open house di minggu terakhir ye nampaknya πŸ˜…πŸ˜…. Meanwhile, nak mencari KAM, abi kata macam lain je direction waze. Last time dia dekat side belah kanan. Dalam waze suruh belok kiri. KAM dah berpindah lokasi rupanya, tapi tak jauh pun dari lokasi asal. Kami ingat kena scam dengan waze πŸ˜…πŸ˜…. Doktor pun dah bertukar. Yelah, 8 tahun dah berlalu kan.. Tak sangka nak kena hadap proses ni lagi.. Dr yang attend kali ni, Dr. A. A soft spoken one. 

Bagus Dr. A ni. Pre-procedure dia refresh balik in detail macam mana procedure khatan guna plastibel dan juga guna laser, in case ada problem masa nak pasang plastibel (last hadap ni 8 years ago πŸ˜… Ummi pun ingat2 lupa je proses nya).


Baru lepas bius. Nangis sekejap masa bius tu. Lepas tu tenang, sengih² πŸ˜…. Macam tu lah epidural dik. Nurse godek² perut pun boleh gelak lagi.. Cheatcode ke?? 🀭 Tiberrr πŸ˜‚


Along the process pun, dia explain one by one dari awal procedure yang dia tengah buat, sampai selesai. Dari marking untuk estimate area glands, bius, expose glands, masukkan plastibel, sehingga siap ikat tali pada ring plastibel dan potong lebihan kulit. Teliti dan berhati². 

Lepas khatan tu, dia bersihkan luka, cek kalau ada active bleeding, bersihkan balik. He said, kalau pendarahan pada kulit tu biasa akan stop dan kering sendiri. Yang risau kalau ada terkena vein dan pendarahan tak berhenti. So, kena monitor 24jam kalau ada bleeding. If ada, cuba cuci dulu, then tekan suspected area yang berdarah tu dengan kapas/cotton bud for few minutes. Kalau darah masih keluar, datang klinik balik. Kemungkinan kena buka semula ring tu dan buat jahitan, which is the basic technique. 

Post-khatan. Masih bertenang dek effect bius.



Sekampung ikut nak teman adik khatan. Kalau tak umpan dengan hp, semua pakat nak masuk dalam bilik procedure. Jenuh tak jadi khatan adik nanti kalau semua serbu masuk πŸ₯² Semua macam reporter nanti tanya soalan macam². Belum lagi dia panjat dressing table nanti nak tengok proses depan mata πŸ˜‚.


On the way pulang ke sarang. Masih tenang². Sampai rumah, lebih kurang sejam lebih lepas khatan tu, ummi cek ada darah. Cuak sebelum buka diaper tu sebab darah dah tembus ke kain bedung. Bila buka diaper, tengok darah takdelah banyak, tapi mungkin dan bercampur dengan air kencing, tu yang nampak macam banyak dan tembus sampai ke bedung. huhu. Cuci² dengan alkohol, sapu ubat.. Then check balik after 2 hours, alhamdulillah takde dah bleeding. 


After few hours, lepas isyak macam tu bius dah habis, dia start merengek sikit. Pedih agaknya. 


Alhamdulillah malam tu dia tidur lena.


7am.12 hours post-procedure, rilek² je dia sengih kat kita pagi² πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻. Semoga cepat kering & ring plastibel cepat tanggal.



Klinik Amalmedik Melawati.

Lepas khatan Mus'ab tu, check telingan Fatima pula. Dia jenis tahi telinga berketul dan kering. Bila abi dia nak tengok, dia tak bagi. Menjerit² nangis. Padahal tak buat apa pun lagi. Baru pegang cuping telinga. Maka, serah kat doktor lah kan. 

Masuk kamera. Doktor suruh Fatima tengok sendiri apa ada dalam lubang telinga dia. Belah kiri ok, clear, nampak gegendang telinga. Belah kanan yang clogged. Memang seketul tutup terus lubang, tak nampak gegendang. 


Close up, ada orang tu siap panjat meja nak tengok tahi telinga kakak πŸ˜…πŸ˜…. Imagine kalau dia masuk bilik procedure masa adik khatan.. Aigoo.. 

Doktor bagi option untuk telinga Fatima ni. 

First, bagi ubat titis dulu, bagi tahi telinga tu lembut. Kalau rezeki dia, tahi telinga tu lembut dan keluar sendiri, alhamdulillah. Kalau tak keluar, atau takde apa² kesan dari ubat titis, datang balik untuk sedut keluar. 

Second, sedut terus. Tapi ada risiko jika tahi telinga tu keras, mungkin akan luka dinding telinga. Dan kalau dia jenis yang tak boleh duduk diam bila korek telinga, risau bila dia bergerak², meronta tu, terkena gegendang telinga dia.

Maka, kami opt titis ubat dulu lah. Tengok macam mana. Lembut ke tak tahi telinga, selembut hati Fatima yang mudah tersentuh dan mudah menitiskan airmata πŸ˜….


Ubat titis telinga. 2 titis, 3 kali sehari.
Semoga ada sinar jernih disebalik tahi telinga yang keras 🀣


Monday, April 21, 2025

Pain Killer Semasa Proses Kelahiran: Is It A Cheat?

Bukan nak into the scene. Cuma nak kongsi pengalaman sendiri.

Ummi dah melalui 9 kali mengandung, 7 kali melahirkan, 1 kali cuci (D&C) due to missed misscarriage dan 1 kali complete miscarriage. Untuk 7 kali kelahiran, dah merasa pengalaman bersalin with and without painkiller dan beberapa jenis painkiller.

Setiap kelahiran, dan proses cuci juga, semuanya pengalaman dan kadar kesakitan yang berbeza². 

1️⃣ 1st pregnancy - fetus stop growing at 8w, discovered masa 12w - bius separuh badan untuk cuci (D&C). Masa prosedur cuci tak rasa apa lah sebab dah bius. Sakit masa cucuk jarum nak bius sekejap je, then sakit post prosedur. Rasa sakit dekat spinal, tempat cucuk bius tu lebih sebulan juga terasa sengal, bisa, mencucuk. 

2️⃣ 2nd pregnancy, 1st baby - consider no painkiller sebab masa ni doktor/nurse suruh sedut gas entonox, tapi sebab ummi tak pandai sedut dan rasa ia tak membantu, ummi campak ke tepi je corong gas tu. Induce pakai drip pitocin. Harunglah sakit kontraksi tu sampai selamat melahirkan. 

3️⃣ 3rd pregnancy, 2nd baby - baru pandai sedut gas. It actually helps, kalau tahu macam mana nak sedut, but jangan overdo, nanti lalok. haha.. masa ni, ummi start sedut gas bila dah tak tertahan sangat rasa sakit, masa bukaan 7-8 cm. 3 kali sedut. 2 sedutan yang pertama, rasa di awang²an, hilang rasa sakit kontraksi seketika. Sambung lelap sekejap bila kontraksi reda. 3rd time kontraksi datang, sedut gas rasa tak function. Cakap dekat nurse/doktor, tak boleh tahan dah, sakit sangat².. Dah fully dilate rupanya, dan few minutes later, selamat melahirkan. Alhamdulillah. Quite a smooth delivery. Yang ni pun induce pitocin. 

4️⃣ 4th pregnancy - miscarriage at 6w. No procedure done sebab complete miscarriage. 

5️⃣ 5th pregnancy, 3rd baby - yang ni no induce, no painkiller. Tapi sakit yang tanpa induce kali ni, masyaAllah, tak jumpa words yang sesuai nak explain betapa sakitnya. Induce pun tk sesakit ini. Based on ny experience ye. Lain orang, lain badan, lain kadar ketahanan terhadap sakit. False alarm dari tengah malam. Subuh dah slow down. Pergi klinik, belum ada bukaan tapi dah soft sangat kata puan doktor. Belum buka pun sakit dah macam 6cm on previous kelahiran πŸ₯². Dapat MC sehari. Doktor predict hari tu juga bersalin, mungkin petang atau malam. Petang dah menggelupur sakit bila sela kontraksi dah konsisten 5 minit. Tersandar dekat sofa. Bila sampai hospital, dah buka 7cm. Masuk LR, air ketuban pecah sendiri, dan baby dah berak kat dalam. Thick meconium & particles, bukan stained air ketuban. Sakit kali ni sungguh tak tertanggung tahap rasa nyawa memang dah betul² hujung tanduk. Sakit dan ditambah kerisauan sebab heart beat baby tak jumpa. Sempat kita doa dalam hati minta Allah selamatkan baby, aku mati takpe, asalkan baby selamat. Alhamdulillah selamat melahirkan secara normal dalam bilik bedah πŸ˜…. Lepas baby keluar, auto hilang segala rasa sakit menggila macam berdepan sakaratul maut tu. 

6️⃣ 6th pregnancy, 4th baby - kali ni on induce drip pitocin & nurse advice ambil pethidine untuk tahan sakit. Ummi setuju ambil pethidine. Lepas cucuk pethidine, mata ni berat je. So ummi tidur. Bila kontraksi datang, ummi sedar, lepas tu tidur balik. Begitulah berulang kali sampai sela kontraksi dah semakin rapat dan kuat dan dah tak mampu nak tidur lagi. Alhamdulillah kelahiran normal yang agak tenang dah mudah juga. Baby 10 malam terakhir Ramadan. Mungkin setenang malam Al-Qadr πŸ˜….

7️⃣ 7th pregnancy, 5th baby - yang ni, paling lama dalam labour room. 10 jam. Ambil pethidine & pitocin juga. Cumanya, baby dok sangkut di 6cm lama sangat. Few hours takde progress, stuck di 6cm.. Sampai pethidine dah hilang fungsi. Pethidine usually lasts dalam 6 jam. Masa fasa yang kontraksi dah kuat dan rapat² tu, takde effect painkiller dah. Dengan dah mula hypo masa tu, pandangan nampak kuning kabur je, dan rasa sakit yang macam nak pecah/meletup perut, tenaga pun dah takde sebab lama sangat in labour dan kerisauanbkena ceaser sebab dah lama sangat in active labour. Syukur nurse on duty sangat membantu, dan alhamdulillah dia seorang je sambut kelahiran puteri pertama ummi. Lepas bersalin tu ummi memang rasa macam nak collapse. Lembik selembiknya, longlai. Nak salin baju wad semua nurse yang buatkan. Nak minum air pun tak larat nak pegang. Kalau tengok balik gambar postpartum ummi masa tu, serius muka macam zombie, macam mayat hidup πŸ˜₯😬. Lesu, pucat tak bermaya. Nekad dalam hati, cukuplah 5 orang ni. 

8️⃣ Eh, tiba² 8th pregnancy, 6th baby pula.. Bersalin masa PKP, on pitocin & pethidine juga. Baby sangat tenang, setenang duduk ontok² di rumah saat dikenakan perintah kawalan pergerakan. hihi.. Proses kelahiran pun tenang2 saja, dan suddenly selamat melahirkan. Bila sakit yang tak tertahan tu, ummi just approach nurse/doktor softly, "Saya rasa tak tahan dah ni". She guided me dengan tenang, alhamdulillah, there goes my 6th baby. Doktor kata, tenang je mak. Alhamdulillah, Dia yang memudahkan dan mengizinkan semuanya. 

9️⃣ 9th pregnancy, 7th baby - Dengan faktor risiko usia ibu, grand multi para, dan juga history of long duration in active labour phase in previous pregnancies, doktor suggest ambil epidural. Disebabkan ummi pun rasa dek faktor umur, pain endurance dah berkurang, dan ummi nak tenang², taknak serabut perut bertarung melawan sakit, maka, i choose the epidural... Lantaklah nak kata CHEATCODE ke apa. My body, my choice. I decide for myself.. Ummi bagitau abi, ummi nak ambil epi sebab ummi nak tenang² je kali ni. I've gone through the unbearable pain in previous pregnancies. That's why i choose tenang kali ni. Syukur alhamdulillah i decided to use epidural sebab kali ni pun long labour duration juga. Almost 7 jam, sebelum Allah kirim "pasukan sorak" yang bertungkus lumus berusaha to make sure i didnt go into OT for ceaser. Depa godek² buat apa pun, ummi tak rasa sakit sangat sebab on epidural. Sakit tu ada, tapi kurang. Siap gelak² lagi dengan nurses, depa dok uli perut macam doh roti. 🀣🀣. Dan jahit pun, lantak pi lah nak jahit macam mana pun. Alhamdulillah Allah beri ilham untuk ambil epidural. Dan alhamdulillah ada rezeki dapat epidural di hospital kerajaan, hari sabtu pula.. Selalunya susah nak dapat pakar bius kalau bukan kecemasan. Epidurla ni alhamdulillah membantu emosi ummi masa proses kelahiran. Tenang betul,  boleh mengaji, baca yasin tenang², tidur dan rehat tenang² sementara tunggu fully efface. Nak buat macam mana, Allah takdirkan anak² ummi semua posterior. Maka proses kelahiran agak lama. huhu.. Kita nikmati jela prosesnya dengan tenang. 

Epidural dengan bius separuh badan tak sama rupanya. Hampir sama tapi lokasi tusukan dan saiz jarum berbeza. Bius separuh badan (spinal anaesthesia), jarum lebih kecil dan ditusuk hingga ke spinal, saraf tunjang. While epidural, jarum lebih besar dan ditusuk sehingga lapisan sebelum spinal. Tiub akan dimasukkan ke lapisan tersebut dan tiub ini akan mengalirkan epidural mengikut dos yang pakar tetapkan sepanjang proses melahirkan sehingga selamat bersalin. Kalau still rasa sakit, boleh tekan button untuk tambah dos epidural secara 1 shot. Pakar bius kata, nak cucuk epidural kena berhati² sebab kita taknak dia tembus sampai spinal.  Maka, ada risiko² dia. Nak ambil epidural pun, ibu kena sign consent form setelah penerangan diberikan tentang risiko, prosedur dan kesan epidral  Epidural ni lebih kepada local bius. Kaki kita takkan rasa kebas, berat. Dia mengurangkan sakit hingga 60-70%. By right masa contraction at its peak, ibu boleh rasa sakit tu, tapi dengan kadar sakit lebih rendah. 



So, epidural doesn't come easy and doesn't count as cheating. Sebab it comes with risks also. Carilah sendiri apa risiko² dia ya. 

Allah meletakkan bayi dalam 'rahim' ibu, yang boleh membesar dan mengembang beratus kali ganda dari saiz asalnya untuk menampung tumbesaran fetus, dan boleh mengecut semula ke saiz asalnya setelah melahirkan, dengan izin Allah.  "Rahim" yang sama dengan nama Allah, yang memberi maksud penyayang. 

Apapun, walau apa cara ibu melahirkan anak, normal atau pembedahan, natural or with pain killer, seorang ibu yang telah membawa bayi dalam kandungan selama 9 bulan, mengharung pelbagai perubahan dari segi hormon, bentuk tubuh badan malahan emosi, belum lagi yang mengalami alahan dan ada pelbagai komplikasi... Mereka tidak wajar diperlekehkan dan dilabel dengan pelbagai gelaran. 


Ummi copy paste sebahagian petikan dari laman Mufti Wilayah seperti di bawah untuk bacaan bersama. 
(Untuk bacaan lanjut, klik pada gambar).



Dalam menjawab persoalan yang dikemukakan, berikut kami kongsikan kata-kata Imam al-Nawawi yang menukilkan pendapat para ulama yang menjelaskan sebab-sebab didahulukan seorang ibu dengan kata mereka: ‘’Sebab didahulukan seorang ibu (dalam berbuat baik) adalah kerana banyaknya kepenatan yang ditanggung oleh seorang ibu disebabkan anaknya. Demikian juga kerana sifat kasih dan sayangnya ibu kepada anak, serta berterusannya kepayahan yang ditanggungnya sepanjang proses mengandungkan anak, kemudian melahirkannya, kemudian menyusukannya, kemudian mendidik dan membesarkan anak serta sakit yang ditanggungnya sepanjang proses tersebut’’. Rujuk Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (16/79).

Manakala Syeikh Mulla ‘Ali al-Qari dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata: ‘’Sebab didahulukan ibu sebanyak tiga kali ada diisyaratkan melalui firman Allah S.W.T:

Ψ­َΩ…َΩ„َΨͺْΩ‡ُ Ψ£ُΩ…ُّΩ‡ُ ΩƒُΨ±ْΩ‡ًΨ§ وَوَΨΆَΨΉَΨͺْΩ‡ُ ΩƒُΨ±ْΩ‡ًΨ§ ۖ وَΨ­َΩ…ْΩ„ُΩ‡ُ وَفِΨ΅َΨ§Ω„ُΩ‡ُ Ψ«َΩ„َΨ§Ψ«ُΩˆΩ†َ Ψ΄َΩ‡ْΨ±ًΨ§

Maksudnya: Seorang manusia itu, dia telah dikandungkan oleh ibunya dalam keadaan yang penuh kesukaran dan begitu juga dia dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan yang penuh kepayahan. Dan kandungan serta susuan (kepada anak) adalah selama tiga puluh bulan.

Surah Al-Ahqaf (15)

Maka didahulukan ibu sebanyak tiga kali adalah disebabkan tiga perkara yang terkhusus dengan seorang ibu iaitu kepenatan dalam mengandungkan bayi, kesukaran dalam proses melahirkan anak, serta ujian yang dihadapi semasa menyusukan bayi’’. Rujuk Mirqaat al-Mafatiih, Mulla Ali al-Qari (7/3079).

Sunday, April 13, 2025

Random Raya 1

Raya tahun ni, memandangkan baru habis pantang, taklah raya beria sangat. Dan mil pun risau nak tinggal fil, maka, pergi ziarah yang dekat² je dan sehari sebuah rumah je macam tu.. Selalu mil yang semangat ziarah  saudara mara, mengeratkan silaturrahim.. Kalau ikut mil beraya, ummi memang susah nak ingat saudara belah mana semua tu. Panjang susur galur nya. Yet, mil memang jaga la silaturrahim saudara mara sepupu sepapat yang dah jauh² pun. Kadang tanya anaknya, anaknya  pun ingat² lupa ye susur galur saudara. haha.. Kena buat family tree ni supaya senang faham..

So, here goes our 1 Syawal .. Turn pagi raya kami tahun ni di Ampang, tapi kami raya di Kajang πŸ˜…. Tahun ni, 1st raya kangah di Gombak, while pokcik di Ipoh. Bila mama kata ayah long buat makan² 1 Syawal, ummi ajak mama raya sana terus. Sambil imbau nostalgia raya masa ummi kecil² dulu. Rumah ayah long is rumah arwah maktok/paktok ummi. Balik rumah ayahlong, macam balik kampung masa kecil πŸ₯Ή.

Mama with her one and only brother 

Ummi dah sama dengan langsir kat belakang tu.. haha.. Camouflage gitu. 

Us with mama, ucu, ayah long (tokmi) & mak long (opah)

Feeling nak seorang kononnya.. haha.

Our not so little family πŸ˜…. Baju raya semua cap Bak tahun ni except for Mus'ab. 

Mek ayu ni, memang berkepit je dengan ummi. 

One with baby Mus'ab. Baju raya Mus'ab last minute order shopee. Syukur muat, besar sikit je.. dan warna pun boleh la masuk juga walau tak exactly sama. Shades of brown. 

3 anak teruna ummi dengan ucu.

Silau Mus'ab gara² ummi dan ucu nak dapatkan lighting cantik. hihi.

On the way nak ke kereta, sempat lagi snap sekeping 

Kalau ummi lenguh dokong baby, dah boleh pass ke abang long & abang ngah 😬. Abang long pun dah boleh tolong² panaskan susu adik & feed adik susu botol. Tukar diaper adik, kalau pee only. Kalau poΓ³, dia surrenderπŸ₯΄.

Mama with her sisters & niece.

Our big family. Part of Fatimah Sham + Talib's crew. Family arwah mak lang je takde wakil. 






Saturday, April 12, 2025

Terima Kunjungan Teammates

11.04.2025
Alhamdulilah hari ni terima kunjungan dari kawan2 office. Kalau mengikut plan asal, lady boss contact ummi masa bulan puasa lagi. Nak datang ziarah ummi & baby di bulan puasa. Katanya geng² perempuan saja.

Unfortunately, atas sebab² yang tak dapat dielakkan, bos postpone ke lepas raya. 

Minggu ni, hari isnin, bos dah mesej tanya available tak hari jumaat. Hari sekolah, memang takde ke mana lah ummi. Bertapa di rumah berdua dengan Mus'ab saja..


Masa dapat mesej ni, ummi fikir nak masak tu, memang payah sikit la untuk ummi. Maka ummi order je. Tapi kudap² je lah, bukan makanan berat pun.

Pagi² hari ni, bos mesej minta share location. Dan ummi pun tanya confirmation pukul berapa nak datang & berapa orang..


Bila bos kata 1 unit, gelabah jugaklah kitanya.. Sebab yang lelaki pun ada sekali.. Dah mencongak² cukup ke tak yang ummi order tu. Tapi memang takde back up plan pun la. Nak kemas rumah lagi, masa tu jugaklah baru nak cari cawan². Mana dengan Mus'ab lagi.. Gelabah πŸ˜‚. Kitanya jarang dan dah lama tak terima tetamu sedebuk mari.. haha.. 

Ummi buat air je, 2 jenis: panas dan sejuk. Teh tarik dan honey lemon ais.

Lepas tu hidang kuih raya tunjuk² dan makanan yang ummi order. Tapi ordered food ni sampai lambat sikit, masa tetamu dah sampai dan riuh berborak πŸ˜…. Tapi oklah, just nice je. 

Order dari JZ Bakery. Ummi order sourcream marble cake & mix pastries. Tak sempat ambil gambar sebelum dijamah, sebab sampai masa tetamu tengah riuh kan.. Plus, masa order tak expect ada tetamu lelaki, maka kita budget timing masa solat jumaat. Tiba2 awal sampai, hurmm.. Nasib la labu..




Deme datang bawa hadiah untuk baby.. Dan duit raya anak⁷ sekali. MasyaAllah tabarakallah.. Terima kasih semua..Semoga terus murah dan lapang rezeki kalian. 


Bergambar cukup korum 1 unit ni, dah ala² photoshoot raya unit. Almaklum tak sempat photoshoot pra-raya sebab set tarikh shoot sehari sebelum cuti official yang ummi apply. Tapi baby nak keluar lagi awal. Maka, tak sempatlah nak pose pra raya versi perut nak meletup.. hahaha.. Pose pasca raya je lah ye.. 🀭

TQ semua sudi mencemar duli menjejak kaki ke teratak comel hamba πŸ˜‚. Mujur datang 1 unit je. Kalau datang 1 Bahagian, korang duduk bersila dekat porch ajelah ye. 🀣🀣. Tiny home kisahnye kann.. hahaha.. Tq juga untuk hadiah dan duit raya πŸ€‘πŸ˜

Friday, April 11, 2025

Throwback 29 Ramadan

29 Ramadan hari tu abi ajak keluar cati baju raya kasual dan iftar di luar terus. Maka, buat pertama kalinya ummi iftar di luar tahun ni ye πŸ€­πŸ˜…. Yelah, sepanjang puasa tu masih dalam tempoh pantang. Dan nak bawa baby iftar buffet ramai² umat tu, memang tak lah. Hujung puasa tu, ikutkan dah lepas 40 hari dah. Dan mengharapkan orang tak ramai sangat dah 

Kami shopping di Aeon Maluri tu je. Alhamdulillah, memang tak ramai sangat orang. Tak bersesak lansung, nak bayar di cashier pun tak beratur panjang. Selesai beli baju anak², terus cari kedai untuk berbuka. Takut lambat² dah takde meja kosong. 

Anak² request nak berbuka di Pop Meal..Ikut selera mereka lah..Meja pun masih available. 

Mek ni dah pandai nak repair tudung buka camera phone πŸ˜…πŸ˜… Sambil² tu selfie la sedas dua.. haha..

Sebelum orang lain berbuka, ada yang sedang menyorok isi perut dahulu πŸ˜‚

Alhamdulillah baik je dia.

First time dia keluar, selain pergi klinik/hospital dan rumah nenek.


Us. Complete. Alhamdulillah.

Last iftar, 29 Ramadan.. Makanya, bertabahlah ummi untuk ganti puasa 29 hari lepas ni πŸ₯ΉπŸ₯΄

P/s: Setelah beberapa tahun ni menikmati jalan² tanpa perlu kendong banyak beg dan aksesori tambahan, bila kena repeat balik the process after few years gap, awkward betul rasanya.. haha.. And becoming "mommy kangaroo" again.. phewww..



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015