Alhamdulillah, tali pusat Mus'ab dah luruh dalam minggu ke 2 atau 3 kalau tak silap ummi. Tapiiiii, dekat pusat dia tu masih ada macam seketul warna merah² berair, which ummi tak pernah nampak dekat 6 orang anak sebelum ni.
Masa dok ulang alik KK check jaundice dia, ummi ada tanya nurse & doktor. Masa tu, both cakap cuci dan bagi kering macam biasa. Bila pergi check up 2 bulan, benda tu masih ada. Dia berair dan kadang² macam kuning² nanah sikit. Maka, ummi raise balik benda ni dekat doktor. Doktor yang attend masa tu macam terkejut sikit. Dia refer doktor bilik sebelah, nak confirmkan term yang betul. Dia kata kena refer hospital ni. Then, ada senior doktor datang. Doktor tu tanya pula dekat senior doc tu.. Bila senior doc tengok, dia sebutlah term apatah yang ummi tak faham, dengar umbilical je. Dia kata bagi ubat cuci dulu, mak cuci dulu setiap hari dalam seminggu ni, next week datang review balik. Kalau tak ok, kita refer Paedetric.
(Ummi check balik 2 term yang doctor tu mention dalam buku biru, either urachus atau umbilical granuloma. For the moment, doktor diagnos sebagai umbilical granuloma)
Macam ni rupa pusat dia. Tapi ni ummi ambil dari Google. Gambar sebenar ummi takde ambil.
Ambillah ubat centrimide wash dekat kaunter farmasi. Hari² ummi cuci pusat Mus'ab, 2-3 kali.
In between tu, ada balik Gombak sekali. Ummi tanya biras ummi (she's a doctor), dia kata ni macam patent urachus. Dia suggest refer Paed for ultrasound. At least, dah prepared for the worst katanya. Bila buat ultrasound, doktor akan check semua possibilities. Kalau findings takde apa² serius, alhamdulillah. Ummi pun search/Google la apa benda la 2 terms tu kan. Kitonyo mana nak faham terms medical ni kan.
Umbilical granuloma
Urachus
Patent Urachus
So, kalau ikutkan, umbilical granuloma tak serius la. Cuma kena penjagaan yang betul. Cucian dengan silver nitride, centrimide wash bertujuan mengecutkan granuloma. Jadi kena pastikan pusat selalu dicuci, dan sentiasa kering. Make sure pusat tidak tertutup dengan diapers bagi mengelakkan air kencing mengenai pusat, seterusnya berisiko untuk mendapat jangkitan kuman.
Patent urachal on the other hand, perlu surgery untuk menutup saluran urachus yang bersambung dengan pundi kencing. 🥹🥴
Risau lah ummi ni kan. Dah macam² kita fikir. Bila review balik dengan KK seminggu selepas tu, which masih ada seketul tu dan masih berair, attended by senior doctor, doc tu kata continue je cuci. Ummi tanya la, ada possibility tak ianya urachus? She said, looks like not an urachus. So just continue cuci dan keep it air dry.. Ada kelegaan sedikit di hati.
Selepas sebulan ummi cuci guna centrimide wash, nampak ketulan yang kemerahan tu dah mengecut. At 3 months check up, dan gone dah ketulan tu. Syukur alhamdulillah. Allah nak bagi tambah ilmu rupanya.
mcm2 ilmu ummi dapat..
ReplyDeletemoga tiada yg serius kat bahagian pusat tu..InsyaAllah
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur 🤲🏻
ReplyDeleteMelalui ujian yg diberi, dapat juga ilmu utk kita kan