Story minggu lepas di Ig..
Menikmati minggu terakhir "Ily in Wonderland"..
Minggu ni, i'm back to the real world. Kembali ke 'alam nyata'..No more dreaming π
π
Kembali menggalas pelbagai perkakasan untuk melunaskan tanggungjawab sebagai ibu, dan kembali juga menggalas tanggungjawab berkhidmat untuk kepentingan dan kesejahteraan awam.
Mirror selfie post maternity leave π
Masuk² office ada ole² atas meja. Allahu.. Terima kasih sahabat² pejabat yang pemurah dan baik hati. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian.
Purse batik dari E yang berpindah cawangan. π₯
Stress ball dari bakal Dr., Pn. C, yang cuti sambung phd. Banyak kali dia pujuk ummi to join her wagon. Tapi, ummi kena berpijak di bumi nyata, ummi tahu tahap kemampuan ummi, kekangan ummi.. Tak mampu nak sahut cabaran beliau. But I keep praying for her success, manage to grad on time with flying colors.
Ole² dari teammate yang bercuti² ke Jepun.
2-3 hari ni, ummi masih blurry ye. Ya Allah, slow betul gear otak nak pick up kali ni. Faktor umur barangkali, dan terlalu banyak info to be updated juga. Processor kita dah slow nak digest semua in one time π€. Doakan i can get back to my pace, sebab banyak dateline menanti ni π₯Ήπ₯.
Hari ni pula check up Mus'ab 3 bulan. Nak pilih petang, last time nurse kata jadual petang dia dah penuh. Terpaksalah pergi pagi. Habis agak lewat sebab kena review something dengan doktor based on last appointment visit. Ummi dah kelaparan sebab tak sempat breaksfast pagi tadi. Abi pula tak dapat teman sebab ada meeting. Nak kena isi perut dulu, sebab lutut dah lembik π₯Ή. Kira2 masa, nak hantar Mus'ab kat pengasuh, nak makan, tak sempat nak sampai before 1pm. Exceed 4 hours dah, maka kita EL lah.
Sampai rumah, Mus'ab tidur sekejap je. Lepas tu dia mengamuk, menangis tak berhenti.
Bagi susu taknak, tepuk² dodoi tak jalan. Lelap sekejap, nangis balik. Kalau letak, lagi lah kuat nangis. Macam kena dera. Nak berpeluk je ha...
Badan pun dah dedar. Tak selesa badan agaknya, lepas cucuk tadi.
Kesian dia tu..
Mujur juga EL, kalau tidak, macam mana lah mak pengasuh nak jaga dia mengamuk² tu π₯Ήπ₯
p/s: masa check up tadi, borak² dengan nurse & nurse meja belakang. Nurse tu tanya balik,
"eh, anak no. berapa ni?"
"no. 7"
"Umur berapa?"
"40+"
Nurse panggil kawan dia, "Percaya dak umur 40+, anak 7? Tak rupa kan? Tengok macam baru anak 2-3."
Nurse meja belakang tanya, "Kahwin umur berapa? Kahwin muda ke?"
"Taklah muda sangat. 26 thn."
"Saya pun kahwin umur 26, anak baru 2. Semua bersalin normal ke?"
"Alhamdulillah normal."
"Oh. Alhamdulillah semua normal. Saya dua² ceaser. Doktor pesan boleh sorang je lagi lepas tu BTL. Meriah lah rumah anak ramai."
"Meriah sangat ππ. Hari² macam pesta π₯΄."
Haza min fadhli rabbi..
Alhamdulillah ala kulli haal. Untuk semuanya yang Allah kurniakan. Moga seiring juga dengan peningkatan kesabaran π₯²
Selamat bekerja....
ReplyDeleteBack to reality ye Ummi :)
ReplyDeleteMoga baik² aje baby Mus'ab ye