Tuesday, June 10, 2025

Aidiladha 2025


Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk menunaikan ibadah qurban lagi tahun ini. Last minute decision sebenarnya. Seperti biasa, setiap tahun Ma akan nasihatkan anak menantu untuk ambil bahagian. Setahun sekali je katanya. 1 bahagian 1 keluarga dah memadai, ikut kemampuan masing². Tapi jangan simply cakap tak mampu, sebab kalau mampu bayar ansuran kereta dan rumah serta bil telefon dan internet beratus, beribu sebulan, cuba simpan sedikit RM70 ke sebulan. Setahun, insyaAllah dapat dah RM840. Boleh dapat dah 1 bahagian lembu. Kalau dalam kawasan kita ni harganya lebih mahal daripada tabungan kita, boleh juga join di tempat yang lebih murah seperti Kemboja. Ma pesan, setiap tahun mesti tanam azam untuk korban. InsyaAllah, kami cuba. 

Ummi decide tahun ni ambil bahagian dengan MATIS. Whatsapp ustaz hari khamis, masih ada kekosongan katanya sebab ada yang tarik diri di saat akhir. Terus ummi transfer duit dan isi google form. Pagi raya buka whatsapp group, ada list peserta dah. Alhamdulillah..

Qurban dengan MATIS ni, peserta mewakilkan qurban kepada Ustaz melalui sighah aqad. Proses penyembelihan qurban dilaksanakan di Hijrah Ternak Agro di Kuala Selangor, melibatkan 31 ekor lembu dan seterusnya dilapah dan dipotong 4 bahagian sebelum dihantar ke MATIS untuk proses seterusnya. 

Reason ummi decide join dengan MATIS sebab pihak MATIS akan uruskan agihan daging² korban kepada pihak² asnaf. Kalau peserta berhajat untuk mengambil sedikit bahagian daging korban pun boleh, tapi ummi decide untuk tidak ambil. Biar agihkan saja semuanya kepada asnaf yang layak. Sebahagian juga akan disimpan di cold room MATIS untuk hidangan anak² MATIS, yang juga merupakan golongan asnaf fi sabilillah. 

Kalau nak agih sendiri, takde tempat nak simpan sementara selesai diagihkan sebab freezer sekarang penuh dengan susu 😬.

Proses penyembelihan korban dijalankan pada hari raya ke-2. Alhamdulillah, ustaz update proses- proses korban dalam group peserta. Bawah ni daging yang telah siap di pek untuk agihan kepada asnaf yang layak. 


Selain tu, Ma ada juga masuk korban atas nama cucu² di Kemboja. Ma ambil 1 ekor lembu, dan letak nama cucu². Last time Ma pernah letak nama abang long. Kali ni giliran abang ngah pula. Alhamdulillah.


Tak banyak bergambar pun kali ni. Ummi pun tak ikut abi dan anak² pergi tengok lembu. Mus'ab beberapa hari ni rajin berjaga malam, pagi² buta ajak ummi berborak. Tak sampai hati taknak layan dia bila dia bagi sengihan comel dia tu. Alahai.. Tapi akibatnya, mata ummi lah yang rabak macam panda 🐼...

Sedap dia tidur tengahari buta.

Melayan anak dara seorang ni bergambar. Manja melekat kakak Fatima ni dengan ummi aih. Suruh main dengan sepupu² pun taknak. Duk lah mengekor ummi kemana². huhu..



Lama sungguh dia tidur. Tak terkesan dek bunyi bising, hiruk pikuk abang² dan kakak².




Ni je lah gambar yang ada. Inipun sebelum saudara abi datang beraya. 

Semenjak ayoh tak sihat dan kami tak buat sendiri dah korban, kurang meriah sikit. Anak² pun tak merasa dah suasana proses dari awal tambat lembu, sembelih, lapah, masak semua tu, buat sendiri dengan keluarga besar dan sanak saudara yang sama² ambip bahagin. Penat, tapi ia satu pengalaman yang bermakna.

Salam aidiladha semua. Taqabbalallah minna waminkum.

Turut berdukacita dengan berita 15 mahasiswa UPSI yang terkorban dalam nahas jalan raya.
Innalillahi wainna ilaihirajiun.




1 comment:

  1. Salam Aidil Adha ily...
    Nampak kemas elok bila daging korban tu diagihkan dlm bekas plastic gitu kan...

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015