Wednesday, December 23, 2020

Fathan Terus Mengungguli Carta

 14 Disember 2020.
Ummi sedang memasak untuk makan malam. Faqeeh, Fathan, Fathiy dan Fatima ikut abi keluar. Entah kemana, ummi pun tak pasti. Sebab asalnya hiruk pikuk di depan, tiba-tiba senyap sunyi. Tinggal abang Faheem di bilik atas dan adik Nusayba..Ummi rasalah.. Ingat-ingat lupa dah mak ni, walhal baru je berlaku. Faktor penuaan barangkali. haha..

Sedang ummi sibuk bersilat di dapur, terdengar bunyi enjin kereta diikuti bunyi pagar dan suara anak-anak. Abi dan anak-anak dah pulang, getus ummi dalam hati. Terdengar pula punya lantunan grill yang kuat, seraya diikuti jerit tangisan si anak. Ummi agak itu suara Fathan. Dalam hati dah rasa sesuatu tak enak. Cuba sedapkan hati, biasalah anak-anak bergurau senda kasar cara mereka, pasti diakhiri dengan pergaduhan dan tangisan. 

Tiba-tiba datang Fathan berlari meluru ke dapur sambil mengaju tangan yang berdarah pada ummi. Ya Allah, kenapa ni Fathan?? Apa jadi dekat adik ni Faqeeh? Macam mana boleh berdarah ni?? Mana abi?? Bertalu soalan ummi.. Biarpun dah lali dengan insiden anak luka berdarah, tapi tetap berderau jugalah hati mak ni anak oiii..

Ye, Fathan lagi. Terus unggul di tangga teratas carta insiden luka berdarah.

Kata zawji, Fathan & Fathiy dok bergurau dari dalam kereta lagi. Sambung sampai keluar kereta. Faqeeh buka pintu grill, Fathan depan pintu dah nak masuk rasanya. Datang Fathiy, hayun pintu grill, tersepit tangan abang.


Kuku dia patah betul-betul dekat bahagian bawah kuku. Patah ke pecah ke apa ye perkataan yang sesuai sebenarnya? huhu. Part bawah ke atas kuku pun mak dah pening nak explain..Kiranya, dekat tengah ruas jarilah senang cerita. Darah keluar dari celah kuku yang patah tu..


Seperti biasa, tugas ummi selaku nurse tak bertauliah dalam our humble home, cuci luka, letak ais bagi darah stop, sapu antiseptik, balut plaster. Ummi memang sempat snap gambar lagi sebagai kenangan. Jangan ada yang selar kata "meanwhile parents in Malaysia, anak jatuh luka berdarah sempat ambil gambar share dalam laman sosial minta simpati, bukan nak bawak anak tu pergi hospital..bla bla bla..".. Eh, ummi tak pernah kena komen macam ni. Tapi pernah terbaca di ruangan komen page lain. Ummi memang suka rakam detik untuk dikenang. Bukan ummi terus upload dekat FB time tu jugak pun. Dah selesai cuci, balut semua, sambung masak, selesai kerja apa patut, baru ummi upload. Bukan nak minta simpati pun. Saja nak bagi FB buat throwback di tahun mendatang, boleh ummi tunjuk semula dekat anak-anak. Kisah dan ragam anak-anak yang bagai pelangi, mewarnai dan menyerikan hidup ummi. hihi..

Tengok percikan darah kat baju dia tu, Allahu.. Terus macam datang gambaran macam mana tangan dia tersepit dan darah terpecik. Meremang bulu roma ummi bila membayangkan kejadian tu walaupun ummi tak saksikan dengan mata ummi sendiri. Terbayang sakit yang dia rasa tu. Sedang ummi terkepit sikit yang tak luka apa pun, terasa pedih sakit. Inikan pula sampai patah kuku macam tu.


The next day, dia taknak balut dah jari. Guess what, dia pergi cabut sendiri kuku yang patah tu. Selalunya, kita biar dia kering, kuku tu tanggal sendiri. Pakcik ni tak boleh sabar dan tak selesa. Selamba dia cabut. Bila ummi tanya tak sakit ke cabut tu? Sakitlah. Tapi senyap je dia cabut, ummi pun tak perasan. Bila ummi nak sapu ubat, baru perasan dah kuku-less. huhu..Tapi dia elok main macam biasa, jari tak bengkak, boleh gerak jari genggam tangan, insyaAllah ok ja. Siap main tepuk-tepuk batang aiskrim dengan abang-abang. Tinggal nak tunggu kering dan tumbuh kuku baru je lah.


Nak dijadikan cerita...
Kelmarin, dia dok bergaduh apa tah dengan Fathiy, adik pijak tangan dia. Benda baru nak kering, berdarah balik menitik-nitik. Yang ni ummi tak mampu nak snap gambar. Dia tunjuk tangan, masa tu darah menitik-nitik dekat lantai, ummi terus rasa macam nak pitam. Mintak abi je uruskan.

Selepas dicuci dan lap kering. Kesian lah awak ni Fathan. Pelik dah rupa jari awak tanpa kuku..


Asyik Fathan je yang cedera. Allahu. Asbab Allah nak jadikan awak insan hebat, panglima perang, pejuang agama Islam dan ummah barangkali. Moga yang baik-baik je untuk awak, dan semua anak-anak ummi, dunia dan akhirat. Allahumma ameen.

1 comment:

  1. Uuiii sakit tuuuu... Dulu pernah juga tersepit juga dekat pintu.. walau tak berdarah sakit juga. Ni fathan siap pergi cabut kuku tu! Adoii tak boleh nak bayang..

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015