Thursday, December 17, 2020

Memori Tentang McDonald's Prosperity Burger

 Prosperity Burger is back!

Yay.

Dari dulu aku memang penggemar Prosperity Burger.



Once upon a time, masa zaman uni..Time Degree kot, aku keluar dengan seorang kawan, my ex-classmate zaman sekolah yang dah lost contact lepas SPM, tiba-tiba dapat contact balik through Friendster (budak zaman now mesti tak tahu Friendster tu apa..huhu). I called him Koben a.k.a Cobain. Zaman aku remaja tu, port keluar lepak yang common bagi yang duduk area KL, Ampang ni, KLCC lah. Mana lagi? Few times jugak dia ajak keluar dengan kawan-kawan lain, tapi sokmo tak jadi, ataupun aku malas. Sebab aku memang selalu malas nak keluar. haha. 

Entah macam mana, masa tu aku setuju pulak nak keluar. Naik bas Intrakota, janji dengan mamat ni nak tunggu dekat underground path yang link dengan Putra LRT. Sejam aku tunggu weh, call tak angkat, mesej tak balas. Buat habis prepaid je. Ceitt.. Dahlah topup zaman tu mahal. Rupanya mamat ni terlajak tidur. Bila sampai kena bebel kasar lah dengan aku. Aku memang cakap kasar je dengan dia.

Pastu kiterang just pusing-pusing dalam KLCC tu je berangan nak jadi kaya raya, nak masuk dalam butik-butik dekat KLCC tu tapi pakai selekeh je, entah apa-apa lah kan. Borak lah macam-macam sepanjang berjalan. Takde arah tuju betul. Dah penat bebel, borak dan lenguh kaki berjalan, lapar lah pulak. Aku memang dah aim nak makan Prosperity Burger McD. Malangnya, zaman tu, tiada McDonalds di dalam KLCC. Tak layak agaknya..huhu. KFC pun macam takde, seingat aku lah. Yang ada, Burger King. Makanya, makan Burger King sajalah..(Now macam dah ada McD Suria KLCC. Agaknyalah. Sebab aku dah lama tak jejak KLCC)

Lepas makan, solat dan pusing sekejap dekat taman KLCC tu. Tiba-tiba Koben kata ada McD dekat Starhill. Bukit Bintang. Kami berdua menapak la dari KLCC ke Starhill. Haihh..Tengah panas tu, berpeluh haihhh.. Sampai McD, aku seorang je order. Dia taknak. Hah. Lantaklah. Aku nak jugak beli Prosperity Burger. Aku makan seorang. Dia minum air je sambil mengejek aku kuat makan. Badan sekeping tapi makan macam bela saka.. Peduli apa aku..Yang penting, I get my Prosperity Burger.

Dah puas hati dan rasa bahagia makan Prosperity Burger, walaupun selepas perut penuh dengan Burger King sebelumnya, kiterang say bye, aku terus naik bas menuju ke stesen Komuter  sebab nak balik rumah nenek di Kajang, ada makan-makan lagi. Lagilah aku kena bahan dengan Koben..hahaha..Asyik makan je kerja kau ni..Lantaklah nak bahan aku ke apa, tapi terima kasih sebab gigih gak meneman aku jalan semata-mata sebab Prosperity Burger.

Berbelas tahun dah kisah tu. Tapi aku masih ingat.
Terima kasih koben.
.
.
.
.
.
.
.
.

Few days ago...
Aku cakap dekat koben, prosperity burger dah keluar... Jom jalan kaki cari McD..
Hahahaha..

Mamat yang gigih teman aku jalan kaki cari McD demi seketul Prosperity Burger dulu tu, sekarang dok teman aku pergi kemana-mana, sampailah ke dalam Labour Room. 
Masa dulu tu kami just kawan. Kawan tapi tak berapa nak mesra..hahaha.. Cakap pun ber-aku-engkau, cakap dan gurau kasar tu biasa. Kalau call pun kadang disambut dengan..."Haaa, apahal ko call aku ni?" dengan nada sinis. Serius!

Sekarang takdelah kasar macam tu dah. Dah jadi suami kannnn. Anak pun dah 6 orang..hahaha..

Nak claim Prosperity Burger dekat husband lah tahun ni. hihi.

4 comments:

  1. Setiap tahun, macam dah wajib beli prosperity burger, sekali pun cukuplah tapi harga sekarang boleh tahan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Selalunya dapat sekali dah cukup dah. Tunggu tahun depan pula. hihi

      Delete
  2. Hehe nostalgia rasa. Dah tak ada bas intrakota kan? Sekarang senang dah ada MRT kalau dari KL nak ke Kajang dan sebaliknya. Hehe~

    McD sekarang ada kat KLCC. KFC tak ada. Kena pergi bangunan sebelahnya Avenue K baru jumpa KFC.

    Wahh romantiknya.. dia dok teman ke sini ke sana sampai dah jadi husband, anak 6 sudah. Moga bahagia dan berkekalan hingga ke akhirnya! Jangan lupa claim prosperity tiap tahun tau kat husband! 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nostalgia sgt. Intrakota dah ganti jadi RapidKL..Lama sangat tak masuk KLCC walau masih duduk dekat ampang ni je..haha..

      Alhamdulillah, dah dapat claim Double PB utk tahun ni.. hihi. Allahumma ameen, Tq atas doanya.

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015