Wednesday, December 16, 2020

Pizza Tomyam Roti Gardenia


Setiap hari masak sarapan, kalau tak mee goreng, nasi goreng, bihun goreng.. Mak pun naik buntu kadang-kadang nak masak apa..

Sesekali kita ubah selera sikit lah. Sarapan pizza pulak. Tapi tak reti nak uli-uli doh, kita pakai apa yang ada je lah kan. Roti Gardenia pun boleh je..

Bahan-bahan:

Daging cincang
Bawang holland dipotong dadu
Pes tomyam
Cendawan butang dihiris
Herbs - Oregano/basil (optional)
Sosej dipotong bulat
Cheese
Roti sandwich. Tak kisah brand apa pun.

Cara masak:

Daging cincang tomyam
Tumis bawang holland.
Masukkan daging cincang. Masak hingga daging empuk.
Masukkan pes tomyam dan cendawan butang
Masukkan herbs pilihan.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Gaul sebati. Padam api dan ketepi kan.

Pizza
Di dalam dulang, susun roti sandwich.
Sapu sos cili pada setiap kepingan roti.
Letakkan daging cincang tomyam yang dimasak tadi, sapu rata di atas sos cili.
Susun kepingan sosej.
Tabur cheese parut.
Bakar dalam oven pada sushu 160 degree selama 10-15 minit.



Tadaaa~


Base tomyam tu, adaptasi dari thai pizza bun king's confectionary. Dulu memang suka beli pizza bun tu. Kalau masuk King's confectionery, memang itu yang dituju dulu..hahaha.. Ala-ala je la rasa dia.. Takdelah sebiji sama pun..hihi.. Main hentam ikut tekak je ni..Yang penting anak-anak suka.

 

4 comments:

  1. "Janji anak-anak suka" itulah tagline memasak bagi mak-mak ni kan? Rasa puashati tengok anak-anak berselera (dan berebut) makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. betullah kak..memang tagline no. 1 para ibu when it comes to cooking. Kalau nak masak pun, mesti akan fikir apa yang anak suka makan. Bila ada yang tak berapa gemar tu, mcm malas dah nak masak menu tu.. hihi..

      Delete
  2. Haha cara kita bantai buat pizza sama!! Cik TK pun buat je pakai roti gardenia. Tak pun pakai Tortilla wrap tu. Topping hentam je asalkan rasanya kena dengan tekak kami semua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang ada je kan, yang penting mudah, dan boleh dimakan.

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015