Buku #2/2024
Naskhah Pegunan Perjalanan Hidup - Dinding Sekeping Adik Seorang ini adalah nukilan YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.
Ia adalah tulisan tentang kehidupan keluarga yang dilingkari kemiskinan, namun Pak dan Mak sedar akan kepentingan ilmu, lantas mengerah kudrat semampu mungkin demi melihat masa depan anak² yang lebih cerah, keluar dari kepompong kemiskinan.
Tulisan yang santai, dengan penggunaan loghat kedah yang tidak keterlaluan. Ummi membaca dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur. Banyak ketika juga tanpa sedar airmata menitis, membayangkan kesusahan dan kesukaran yang dilalui, tanpa ada yang mengerti. Ada ketika, tersenyum sendiri juga 😅. Membaca tulisan ini, rasanya sangat dekat di hati.
Banyak ibrah yang boleh dikutip, tentang simpati dan empati pada insan lain, tentang kecekalan dan sabar yang tinggi menggunung, tentang tanggungjawab dan kasih sayang. Terselit juga nasihat² yang sangat baik buat pedoman hidup..
Kalau saat ini ummi merasakan penat dan lelahnya mendidik, mengasuh dan membesarkan 6 orang anak dalam keadaan yang serba dicukupkan oleh Allah, ummi terpukul dengan kekuatan, ketabahan dan kesabaran Mak, yang membesarkan 13 orang anak, banyak waktunya sendirian (dek kerana Pak membanting tulang nun di Singapura mencari rezeki buat keluarga) menyantuni anak sambil mengurus pelbagai lagi tugas harian demi kelansungan hidup. 😭😭😭
Sungguh, tulisan ini sangat menjentik jiwa.
No comments:
Post a Comment