Semenjak ma & ayoh tidak lagi menjadi host, kumpul anak-beranak, saudara mara yang hendak masuk bahagian qurban, buat sembelih qurban sendiri², Aidiladha sudah kurang 'meriah'. Maksud ummi, sebelum² ni, Aidiladha kami memang tersangat sibuk dan memenatkan. Kerana, adakalanya jumlah qurban yang dapat dikumpul mencapai 5 ekor lembu. Kalau mengikut skala masjid/surau, kecil saja nilai 5 ekor lembu ni, sekejapan saja siap semuanya. Tapi, bila dilaksanakan sendiri, peralatan juga terhad, maka ambik masa jugalah nak melapah dan membahagi bahagian. Tambahan bila nak potong tulang belulang tu, asbab tiada mesin pemotong. Dan bila jadi host juga, tentunya kami akan sediakan juadah makanan untuk sekalian keluarga peserta yang ambil bahagian, sambil² ambil part juga memotong daging. Kebanyakannya memang dari kalangan waris, saudara mara ma dan ayoh juga. Penat, tapi penat yang puas hati.
Sudah berapa tahun kami ambil bahagian melalui surau dan masjid sahaja. Lebih mudah, tapi kurang rasa bila dah pernah merasai kemeriahan tumbang lembu dan melapah sendiri. Pernah juga satu masa, ummi ambil bahagian melalui ezqurban sahaja. Qurban luar negara, kerana kemampuan pada masa itu sekadarnya sahaja bila ummi terpaksa ambil unpaid leave, gara² cuti bersalin yang diperuntukkan sudah habis licin. Dek kerana tarbiyah dari Ma yang saban tahun mengingatkan anak menantu untuk ambil bahagian qurban, sekurang²nya seorang dari setiap keluarga. Jangan pernah kata tak mampu, sebab kemampuan itu jika dilihat pada kehidupan sepanjang tahun, jika disisih sedikit jumlah setiap bulan, pasti lebih dari mampu. Tahun itu, merasakan sesaknya poket, ummi pilih Qurban luar negara yang jauh lebih murah. Semoga qurban kami diterima Allah, walau berapa nilainya.
Juadah pagi raya. Tiada rendang nasi impit. Nasi tomato bersama ayam masak merah, acar timun hasil berkelentang kelentung di dapur dari jam 3 pagi, ummi hidangkan buat keluarga kecil ummi. Ada juga kirma ayam, lebihan lauk berbuka puasa Arafah semalam, ummi perhangat semula. Ada juga pepes ayam, yang ummi beli frozen dari stall otak² dan pepes di Kedai Asama Kampung Pandan. Kalutnya memasak pagi tadi bila tiba² dapur sudah tidak menghambur api. Kehabisan gas 😅. Mujur nasi ditanak dalam pressure cooker, ayam telah siap digoreng, sambal merah telah ditumis separuh dalam bibix. Sudahnya, ummi sambung siapkan sambal dalam bibix dan curah saja ke atas ayam goreng. hihi..
Tak sempat ummi ambil gambar, anak2 dah terlebih dahulu menyambar. Laju hampaa noh.. Takpalah comot pun..
No comments:
Post a Comment