Destinasi pertama di hari ketiga selepas mengisi perut..
Poring hot spring.
Ehhh...aku block entrance fee eh? Haha...aku pun tak ingat berapa..sebab masa Abe gi beli tiket, orang lain tunggu dalam van..huhu..
Antara tempat menarik kat dalam ni..
Tapi kami pegi kat hot spring je.
Sepanjang perjalanan masuk ke area hot spring..Tabah lah kau tengok gambar selfie aku swbab my zawj dah jauh ke depan dengan si abang...Aku layan selfie je lah..haha.
Ni kat kawasan hot spring da..Dia sah siap-siap buat kolam/kolah untuk berendam satu badan or just rendam kaki. Siap berbumbung.
Found our spot. Budak-budak semua dibogelkan lalu terkinja-kinja mandi dalam kolah air panas. Dah ade paip yang kau boleh adjust tahap kepanasan. Maksud aku ade dua kepala paip. Satu untuk mata air panas, satu air paip biasa. Kalau agak-agak panas, kecikkan paip yang panas, bukak besar sikit paip biasa.
Mak dan bapak budak jangan cuba-cuba nak mandi bogel kat sini. Yang separa dan hampir bogel memang ada. Tapi kau tutup mata saja, jangan usha lebih-lebih..Huhu..Cukuplah rendam kaki je ya...
Kau tengok dia punya seronok dapat mandi kolah. Biar air takat buku lali je pun, gaya tu penting..kuak kupu-kupu tak mengalah..Enjoy ye...
Jangan tiru aksi ni kat tempat awam bagi yang dah layak jadi bapak orang...huhu..
Yang lawaknya, dalam pada bogel ni, sempat lagi Faheem bertakbir, solat, siap jadi imam kat dalam tu. Ade pulak tu makmumnya..haihhh tok imam solat tak tutup aurat...krik*krik*krik..
Muntah hijau lah korang tengok muka penjual ikan ni...Bahaha...
Yang kat belakang kepala aku tu, kawasan mata air panas. Masa nak menjenguk kat situ, ada pulak shooting program kanak-kanak RTM kot...Jadi malas nak menjenguk...Takut femes..Blueekkkk..
Yang kat belakang kepala aku tu, kawasan mata air panas. Masa nak menjenguk kat situ, ada pulak shooting program kanak-kanak RTM kot...Jadi malas nak menjenguk...Takut femes..Blueekkkk..
Kat sini ada chalet jugak. Tapi tak pasti berapa.
Jangan tanya aku panas ke tak? Sedap ke tak?
Aku tak rendam apa-apa. Tubuh tak, kaki pun tak.
Kalau aku rendam kaki sekali dengan stokin masam aku, nanti ada yang maki kata kaki bercagu bau ashemmm rendam dalam kolah awam, bagi orang lain share bau...muahahaha....
Aku jadi pemerhati bebas je cukup... sambil menjual ikan..phuiiii...
Untuk budak-budak tu, bagi air biasa sudah...Kang menggelupur panas pulak..
Ada kawasan rock pool yang kau nak terjun tiruk ke balik kuang ke ape..Tapi sebab kami dengan budak-budak, lepak kat sini dah cukup dah..
Jenuh jugak nak mengajak budak-budak kenit ni keluar dari kolah. Syok sangat berendam.
Next pit stop pulak..
No comments:
Post a Comment