Macam ummi post sebelum ni, ummi masuk RC dan WCL anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan office. Awalnya ummi tak terfikir nak daftar pun. Tapi sebab hasutan dan sesi racun meracun dengan tanda pagar #DemiSunNo.Syatu, dan tiba-tiba wujud group whatsapp #SunRunners, maka kita sahutlah cabaran secara paksaan 🤭.
Untuk RC, pemenang dipilih berdasarkan jumlah jarak larian terkumpul sepanjang tempoh acara. Ada total 157 peserta, of course ramai yang adik-adik umur 20an, 30an. Tengok rekod masing-masing waktu trial run pun dah gerun, apatah lagi bila dah live event. Seram. Tak terkejar dibuatnya. Adik-adik ni sekali lari 10-14-20km. Pace tenang-tenang je 5min/km -7min/km. Yang rajin join HM dan FM pun ramai. Seram tau.
Berbalik kepada tajuk 'Sebuah Kerja Gila'. Apa yang gilanya? Takkan masuk Fitness Challenges ni benda gila? Of course tak kan . This is something good, something healthy, memupuk disiplin kita untuk tunaikan salah satu hak badan, jaga kesihatan, jaga berat badan supaya sihat bertenaga untuk laksanakan tugas dan amanah seharian, nak beramal ibadah, dan boleh jadi part of persediaan untuk menunaikan ibadah Haji, jika diizinkan Allah.
Yang gilanya adalah persaingan yang sangat hebat dalam kalangan peserta dan usaha masing² nak 'kutip' km. Yang selama ni kita nampak macam asyik duduk saja, nak berjalan kaki jauh sikit dari kebiasaan pun rasa malas mula mengomel.. This time, semua bergerak dan semua aktiviti pun nak on Strava. 🤣🤣🤣. Hatta nak berjalan turun kafe beli lunch pun on Strava. Ayat yang wajib dengar setiap hari, "dah on Strava dah?".. hahahah.
Mereka ni macam tak tahu erti penat ye. Pagi² masuk office pukul 7 pagi, sempat berlari dulu keliling office sampai ke Dataran Merdeka, Padang Merbuk. Yang WFH pun sama juga. Tengahari, lepas lunch ala kadar, lari lagi di tengah panas rembang, petang balik kerja nanti lari kejar anak 5km lagi, malam sambung lari 10km. Esok pagi bangun awal pagi kombo tahajud dan lari lagi. Eh, korang ni urat dawai tulang besi ke? Enjin superjet ke korang pakai? Kalau ummi nak ikut rentak dierang ni, mau nyawa terbang dulu. huhu.. Tak sakit kaki ke weiiiii???
Tapi, sedikit sebanyak, ummi terbakar juga lah tengok larian adik-adik ni. So, misi ummi, bukan nak beat adik-adik supersonic ni, tapi ummi lebih kepada nak lawan diri sendiri. I've been running 5km at least twice per week for 2 months plus, jadi, this time around cuba push diri sikit untuk tambahkan jarak larian. Lari setiap hari, dapat 2km-5km pun jadilah. Tiada hari tanpa larian 🤪 Pace jangan hirau sangat. Ada juga ketikanya ummi join adik-adik ni berlari/briskwalk di tengahari 🤣🤣 Terbakar muka masing² dek kerana berlari tengah panas. Siap lah bawak baju spare setiap hari. Hari Jumaat lagi rancak ye aktiviti larian tengahari, untuk yg ladies la. Yang lelaki, larian keberkatan menuju masjid untuk solat Jumaat. hihi.. We call it #FunFridayRun.
Jumlah larian ummi untuk sebulan cabaran ni adalah
.
.
.
.
.
400km
Noh. Dah macam training nak masuk Ultra. Runners sejati yang rajin masuk FM, Ultra pun tak buat kerja gila lari setiap hari tanpa rest day macam ni ye. Ini semua gila punya kerja.
Percaya tak?
Gara-gara terjebak kerja gila, dan kita pun berusaha nak berikan saingan, walaupun niat asal nak leha-leha je kan.. Tapi bukan untuk top 3 lah.. Top 3 ni dah boleh nampak obvious calon-calonnya siapa. Ada terselit seorang #SunRunners dalam tu dah syukur dah. Kita bagi semangat kat dia untuk kekal top 3. Yang kita ni, sekadar memeriahkan suasana, mengintai ruang untuk saguhati 🤭. Last day pun masih berusaha gigih hingga ke detik yang terakhir. Untuk enjin 40's yang dah hibernate berbelas-puluh tahun, tiba-tiba nak full swing, fuhhh 😮💨, ini betul-betul gila. Dah kenapa nak berlari macam orang gila setiap hari kan?? 🤣🤣 Syukur juga dah start berlari sikit² starting Jun 2026. Tidaklah badan terkejut sangat.
Kalau ummi yang bilis ni dapat 400km, yang top 3 tu berapa pula jumlah km mereka?? Mereka jauh lebih gila dari ummi 🤪😂🤣.
Result rasmi tak keluar lagi, kita tunggu lah pengumuman rasmi dari urusetia. Sebab ada semakan data juga di pihak urusetia. Mana² data yang meragukan, yang nampak terlalugila dek akal, akan ditolak bacaannya. Jadi, tunggulah final result nanti yang tak tahu nak announce bila. Berdebar..
Dari segi WLC pula.. Ummi tak buat strict diet pun. Just kurangkan minuman bergula, jaga portion makanan suku-suku-separuh, lebihkan protein intake sebab banyak guna untuk berlari plus protein bagi rasa kenyang lebih lama & puasa..
Sepanjang sebulan tu ummi tak minum kopi ke? Ada juga, biasalah ada masa craving kan. Craving ni lagi teruk masa WFH.. hahaha. Sebab kalau kat office, beli makanan kat kafe bawah, pilihan terhad. Tapi ummi akan pilih gerai banyak pilihan sayur. Air pun minum air masak je. Tapi bila WFH, tak sempat masak, semua order Grab je. Bila scroll tu, ya Allah, nafsu tu sukar dibendung. Terbeli la jua CBTL ke Zus sekali-2 kali-3 kali.. hahahaha.. Tapi, lepas minum tu, atau makan lebih ke, ada rasa guilty kan.. Lepas clock off, ummi on walking pad, lari/BW la sampai anak² balik sekolah. Di samping kutip km 😜.
Kalau keluar makan dengan keluarga pula, dulu semua nak order makanan dan air seorang satu. Now, ummi biar anak-anak order dulu. Kakak berdua tu memang ummi akan suruh kongsi je, sebab selalu tak habis kalau order seorang satu. Membazir, dan ummi taknak jadi tong sampah yang terpaksa habiskan makanan. Ummi kan ada misi. Maka, ummi pun akan kongsi je makanan dengan anak² dan abi. Ambil sana sikit, rasa sini sikit. Takpun, ummi order ayam tandoori without roti naan atau chicken grilled. More protein, less carbs.
Air pun, kadang kalau pergi mamak, teringin nak order teh ais. Tapi this time, ummi order air kosong. Nak rasa manis² sikit, ummi minumlah air anak² dan abi sesedut dua, buat raso-raso. Jadilah. Anak² pun ada yang dah mula order air masak sahaja, atau bawa botol air masak siap².
Alhamdulillah, ummi dapat turunkan 3kg. Dari 65.7kg, ke 62.7kg, based on timbangan awal dan akhir sesi WLC.
Yang ni pun tak letak harapan nak menang. Pemenang dikira berdasarkan peratusan penurunan berat tertinggi. Dapat turun berat pun dah syukur sangat. Kalah menang tu belakang kira.
Alhamdulillah cabaran dah tamat.
Tunggu pengumuman rasmi sahaja, dan lebih penting carta kedudukan Pasukan #Sun🌞 secara keseluruhan.
Does all this stop here? Nope..
Misi ummi perlu diteruskan. Ummi nak capai berat ideal. Mencari angka 5 dipangkal berat. Jauh lagi perjalanan, menuntut disiplin dan consistency. Dan perlu juga maintain supaya tak naik mendadak selepasnya. Maka, pemakanan sihat tak berhenti disini. Harapannya, seisi keluarga juga akan sama² melalui journey ini, sihat dan cergas sama². InsyaAllah.
Semoga Allah izinkan misi ini berjaya, kurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan buat kami sekeluarga, serta buat para sahabat dan kenalan juga.
Ada satu pesanan anak buah ummi aged 18years old, yang direzekikan menjadi dhuyufurrahman tahun ni, bila mana kami, the aunties tanya dia, apa pesanan untuk kami yang berhajat nak tunaikan haji ni... He said, "Badan kena fit Cik Ily.. Sebab banyak jalan, faktor cuaca dsb.". Maka, the bigger mission here is to become fit and healthy, supaya dapat menunaikan haji sebaiknya, insyaAllah, dan kuat dan cergas juga untuk ibadah² seharian juga semestinya, sehingga hujung usia hendaknya. Allahumma amiin..
Lepas ni nak share tentang #FunFridayRun in the next post. Kisah larian kegembiraan para ibu², misi kutip km plus misi healing dan me-time. 😘😉