Showing posts with label My Humble Mini Garden. Show all posts
Showing posts with label My Humble Mini Garden. Show all posts

Thursday, November 26, 2020

My Humble Mini Garden : Unboxing New Baby Plants

 Bila join group indoor plants dan kebun bandar di Facebook, asyik geram je tengok pepokok orang yang comel dan cantik belaka. Lama juga menahan diri, akhirnya terorder jua di shopee..

Order dari Shopee seller ----> Tomoland. 


Nice packaging. Elok je pepokoks ni duduk dalam kotak, secured with bubble wrap.



Dalam bubble wrap tu, ada lagi selapis plastik.



Beetle Peperomia
p/s: anak-anak pun excited nak enterframe sama. Tu yang konon pegang bubble wrap jadi background. Mak layankan je lah.


Pothos N'joy 


Philodendron Birkin


Syngonium
Red heart ke pink allusion tah. Mak pun confuse. haha.


Mak ambil saiz pasu comel-comel je. 9cm and 12cm kalau tak silap.
Total damage: RM54 including postage. 😎

Dah, puasa dulu dari tengok page pepokoks. haha, boleh caya ke ni??






Wednesday, November 4, 2020

MyHumbleMiniGarden : Pokok Ulam Selom


Ini adalah cubaan kedua menanam daun selom. Cubaan yang pertama tak berjaya. Keratan batang yang direndam dalam air bagi tujuan water propagation menjadi lembik dan rosak..huhu..

Bila nampak ayah stok daun selom ayah yang besar-besar batangnya, terus pesan pada adik untuk simpankan keratan batang dan rendamkan dalam air.

Batang selom yang direndam air (water propagate) sehingga keluar akar.

7/9/2020


Bila dah keluar akar dan beberapa tunas pucuk, boleh dialih ke dalam pasu. Ni pakai bekas recycle saja yang diisi tanah hitam. Ada terbaca sharing di mana entah, susun batang selom secara baring seperti dalam gambar d bawah.

8/9/2020


Pucuk tunas sudah mula naik.
12/9/2020



23/10/2020


3/11/2020


Pakai baja kopi, baja AB, siram air basuhan beras.
Alhamdulillah Nampak elok kejadiannya setakat ni.
Semoga Allah izinkan ia terus hidup subur dan merimbun.
Allahumma ameen.





Friday, September 11, 2020

My Humble Mini Garden - Ahli Baru

 

Susulan kisah sedih tentang my humble mini garden yang lalu, weekend yang lalu zawji tanya, ada plan nak kemana-mana ke? Aku terus kata, hari tu masa tragedi pokok tu, kata nanti nak beli pokok baru untuk ummi..Hahahaha..Lantas, ke nursery lah kami mencari pokok.. Tak pergi jauh-jauh pun.. Sekitar kawasan rumah je..

Rambang mata jugak lah walau nursery tu besar mana...Ikutkan hati banyakkkkk aku nak beli.. Tapi tak sampai hati pulak lah kan.. Kita fokus edible plant dulu..Pusing-pusing, selak-selak, intai-intai... At last, aku pilih pokok limau purut, pegaga nyonya, kesum dan pudina.. Selamat datang ahli-ahli baru ke my humble mini garden.

Pegaga nyonya.


Pudina


Limau purut


Kesum


Limau purut tu, few days sebelum pergi nursery tu sebenarnya aku ada lah rendam batang limau purut yang aku beli dekat kedai Acheh. Batang hijau lagi. Dok baca posting dekat FB Kebun Bandar, katanya kena batang yang agak matang, warna coklat. So, aku tak confident sangat lah yang aku rendam tu akan berjaya. Tu yang beli jugaklah sepokok. Tapi in the same time, aku cuba juga cucuk batang tu dalam tanah dan tutupkan pasu dengan bekas. Macam dalam gambar pokok kesum tu, belah bawah tu ada nampak bekas taufu fah tu kan, itulah batang limau purut yang aku cucuk ke tanah.

Close up si batang limau purut yang dicucuk ke tanah.


Sekali tengok, dah keluar pucuk baru. Syukur alhamdulillah. Berbunga hati ku.. Moga sihat walafiat dan tumbuh besar dan elok lah hendaknya dia, dengan izin Allah pastinya.


Pokok kesum pula..Allahu, dah berapa kali aku bereksperimen dengan kesum ni. Baca dekat FB, ramai asyik cakap senang je nak tanam kesum ni. Macam-macam cara orang share. Semua aku cuba, semua pun mati. Pakai batang la, pakai pucuk la, rendam airlah, cucuk dalam tanah air bertakung..Semua tak menjadi. Pernah jugak beli dekat nursery sebelum ni, aku re-pot je, mati kering. 

Ni haa.. Dalam banyak-banyak yang dicucuk, semua dah kering tinggal seketul ni je nampak masih hijau. Moga panjang umur dia.. Dan pokok yang baru beli tu jugak, moga Allah izinkan membiak dengan jayanya.


Ni lah antara penghuni myhumbleminigarden setakat ni..Ni dekat porch depan.


Ni pulak penghuni minigarden tepi tingkap dapur.
Penghuni paling ramai, geng bayam brazil.


Seronok pulak bercucuk tanam ni. Kadang stress kerja, balik rumah menghadap kehijauan ni, tenang sikit..

Aku aim nak tambah pokok hiasan pulak lepas ni. Sebulan satu pokok kah?? Dah macam investment emas pulak dahhh...huhu.



Tuesday, September 1, 2020

My Humble Mini Garden : Sebuah Kisah Sedih

 

Hari tu kan anak-anak soleh ummi telah mengerjakan pokok kari yang diimport dari Gombak. Setelah digondolkan, hati ummi berbunga riang bila nampak pucuk baru memunculkan diri. Dah siap-siap sembur cuka kayu supaya tidak diganggu ulat dan serangga..



Di hari kemerdekaan Malaysia yang ke-63, anak soleh lagi bijaksana buat onar lagi. Pucuk baru yang baru nak membesar dengan jayanya, tumpas menyembah tanah..😖😖😖

Lagi satu..

Ummi cuba semai pokok ketumbar dari biji benih. Dalam banyak-banyak benih yang ditabur, 2 anak pokok je nampak naik elok. Banyak yang naik separuh jalan, tapi tumbang layu dan kering menyembah tanah..huhu..

Baru ni nampak dah keluar daun sebenar. Hati ummi berbunga riang lah. Agak lama juga menunggu tau ni. Lepas bersedih tengok pucuk pokok kari yang dah selamat dicabut sebelum waktunya, ummi singgah belek anak pokok ketumbar ni sekejap bagi menghiburkan hati. Sempat lah snap sekeping gambar.



Rupanya, kegembiraan ummi tak lama..Bila ummi keluar ke laman semula lepas tidurkan adik Nusayba, anak pokok ketumbar dah tak kelihatan dalam bekasnya.. Melilau mata ummi mencari. Rupanya dah dicabut dan dicampak atas lantai..

Allahu..
Aduh anak-anak soleh solehah ummi..
Maka, menangis hiba lah ummi mengenang nasib pokok-pokoknya..
😭😭😭
(Menangis sungguh tau ni..Frustlah)


Fathiy datang memujuk, 
"Ummi, sorry ummi..abi kata nanti kita pergi kedai beli pokok baru.."
Ok, nanti ummi nak claim dekat abi.. Banyak lagi pokok dalam wishlist ummi ni..Tak kira..


*****

31 Ogos 2020
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63
Malaysia Prihatin

Fathiy anak soleh yang bijaksana dan cantik akhlak serta budi pekertinya (berbaju ketam 👦)

Semoga kita merdeka dari belenggu duniawi.




Friday, August 28, 2020

My Humble Mini Garden - Pokok Kari


Pokok kari ni zawji kidnap dari Gombak.. Pokok tua. Memang angkut sekali dengan pasu tu.
Banyak juga lah daun nya, tapi bukan merimbun. Aku siram macam biasa je. Sesekali siram air baja AB, kadang curah air basuhan beras/ayam/ikan, kadang tabur serbuk kulit telur..Sesekali nampak pucuk muda memunculkan diri.

One fine Saturday, zawji kerja kalau tak silap. Tinggallah aku bersama anak6. Abang besar berdua memerap dalam bilik, abang kecil lagi dua main basikal di laman rumah. Aku mengelek Nusayba sambil perhati Fatima main sendirian. Dengarlah suara abang kecil berdua bermain beserta bunyi kayuhan basikal, dan sesekali loceng dibunyikan. Tiba-tiba sunyi je laman. Aku intai dari tingkap, budak bertuah berdua tu tengah mngerjakan pokok kari. Satu taman lah dengar jeritan ummi korang ni haaa...

Gondol pokok kari ummi 😌😓😪


Sedihnya...
Bertaburan daun kari atas lantai.
Alahai anak-anak soleh ummi yang cerdik lagi bijaksana dan baik akhlaknya..

This morning, aku nampak pucuk baru.. Alhamdulillah..
Moga hidup subur dan merimbun duhai pokok..


 

Thursday, August 6, 2020

Bayam Brazil

Bayam brazil ni antara pokok yang paling senang nak jaga. Untuk aku yang memang  zero knowledge pasal bercucuk tanam ni, memang bahagia rasanya tanam bayam brazil ni. Mudah dibiak, mudah di jaga, tak sensitif sangat..

Asalnya aku beli anak pokok 1 polibeg. Then aku re-pot dan aku biakkan ke dalam 2 bekas lagi. Petik dan cucuk saja. Bila dah agak merimbun, aku tuai untuk buat ulam dan batangnya aku cucuk kembali dalam bekas.

Dah merimbun dah masing-masing.
Yang ni aku letak di luar tingkap dapur. Under direct sunlight. Siram 2 kali sehari (pagi dan petang -- kadang membawa ke malam sebab lewat sampai rumah..huhu). Ada juga hari yang ter-skip siram sebab kelam kabut nak bersiap pergi kerja. Alhamdulillah dia hidup subur.

Petik untuk makan. Boleh tumis, goreng celup tepung atau di buat ulam.

Makan mee sup tulang dengan bayam brazil 😂😍

Cucuk balik batang yang dipetik tadi untuk semai semula. 
Moga ia membesar dengan sihat dan merimbun. Moga tidak dihinggapi anasir perosak juga.
Allahumma ameen.

Wednesday, July 22, 2020

#MyHumbleMiniGarden


Orang bercucuk tanam di musim PKP, awak pun sibuk juga..
Asalnya, anak-anak yang excited nak bercucuk tanam. Ummi abi layankan saja. Exposure juga untuk mereka, mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam matapelajaran sains kan. Habis semua sayur, buah dalam peti dijadikan bahan ujikaji. 

Pekebun kota cilik. Masa ni guna apa yang ada je lah. Adalah tanah sikit sepasu dua. Sebelum ni dok tanam tak jadi. Lepas tu terbiarlah dia. Hidup segan mati tak mau gitu..hahaha..


Pokok tembikai susu. Their first baby. Agak lama juga bertahan. Unfortunately, ada one day Faheem pergi usik, lepas tu terus kering dan layu. 


Ni cubaan aku tanam kangkung pakai besen. Kurus-kurus daun kangkung ku. Kenapalah tak menggemukkan diri. Dah letak baja AB, air basuhan beras bagai.. Tetap kurus. haha..


Kebun kecil di tepi tingkap dapur. hihi.. Masa extend dapur dulu, aku minta buat box grill di tingkap dapur. Tujuan dia memang untuk bercucuk tanam kecil-kecilan. Edible mini garden kononnya. Berangan buka tingkap dapur menghadap kehijauan pokok-pokok hasil air tangan sendiri, bergantungan dekat box grill tu.. Tapi, sokmo la projek tanam menanam tak menjadi. Bawa balik dari Gombak pokok cili yang elok segar berbuah pun, dapat kat tangan aku ni, tak bertahan lama. Habis kering pokok.Huhu.. 

Kali ni cuba tanam pokok yang orang kata paling senang, confirm jadi.. haha.. Tapi aku shortcut beli anak pokok terus lah. Beli 1 polibeg je sebab risau tak menjadi. Dari 1 polibeg tu, alhamdulillah sekarang dah ada 3 bekas. Pakai bekas recycle je. 

  

Setelah tanam kangkung kurus dalam besen, aku cuba pulak tanam guna hygrowpot, guna teknik hidroponik. Order dekat shopee. Lama jugak dia duduk dalam cart. Berkira-kira nak beli ke tidak. Bila dah confident nak beli, out of stock lah pulak. Once nampak dah ada stock balik, laju-laju place order. 2 set pulak tu..huhu.. 1 set comprise of 3 bekas putih ni dengan base bawah dia dan 1 botol untuk air baja, 1 set baja AB, medium tanaman (cocopeat).


Ni anak pokok pakchoy. Entah menjadi ke tidak tah.


Dari atas ke bawah: bayam merah, bayam, pak choy. Kalau tengok pot yang paling hujung tu, dah berterabur cocopeat gara-gara terbalik dipijak Fathiy. Masing-masing berebut nak spray pokok. huhu..Aku malas nak fikir, kaut balik semua humban balik masuk dalam pot. Hangpa nak membesar, alhamdulillah. Hangpa nak meliuk kering, aku pasrah. Nampak gaya macam tak menjadi ketiga-tiga pot pun. Huhu.. Takpe, kita cuba lagi sampai berjaya.


Pokok kesum, money plant, halia.
Kesum ni pakai shortcut jugak setelah 2 kali cubaan membiakkan kesum guna pucuk yang beli dekat kedai acheh tak berjaya. Baru ni nampak macam nak layu jugak. Aku cuba biakkan pucuk dalam bekas lain yang aku lubangkan separas tanah je. Lepas tu pasu yang ni aku letakkan atas baldi kecil berisi air since pasu ni aku tak tutup betul lubang bawah dia. Moga hidup mekar dan sihat lah hendaknya.

Money plant beli dekat Ikea. Aku beli 2 pasu kecil, RM 3.90 each. Dari 2 pasu tu dah membiak jadi 5 pasu sekarang ni. Pokok ni pun insyaAllah senang jaga. Dulu pernah jaga. Kalau terlupa siram 3-4 hari pun dia layu sat, bila kita siram dia elok segar balik. Bila aku alih ke box grill dekat tingkap dapur tu, aku lupa kewujudan dia. Sebab jarang buka tingkap dapur. Sekali jenguk, dah mati kering dah. Kesian dia.

Pokok halia, Faheem dan Faqeeh tanam. Alhamdulillah nampak elok membesar.


Pokok serai. Ayah bagi keratan serai dari kebun tepi padang dia. Aku rendam dulu dalam air sampai keluar akar sementara nak mencari pasu. Sudahnya pasu ni zawji ambil dekat Gombak. Bila baca-baca, orang kata tanam dua batang serai je dalam 1 pasu secara menyerong sikit sebab serai mudah membiak. Tapi sebab ada 1 pasu je, aku sumbat je lah.


Pokok kunyit. Kunyit ni, Faheem Faqeeh tanam lebih kurang sama waktu dengan halia. Poko halia dah naik tinggi, pucuk kunyit baru nak memunculkan diri. Semoga membesar dengan sihat, dan dapat membekalkan daun kunyit untuk masak rendang raya tahun hadapan. hihi..


Pokok hiasan pun ada juga. Calathea makoyana, sansevieria hahnii (dwarf snake plant), money plant. Niat nak tambah koleksi keluarga calathea dan sansevieria. Tapi, nantilah...



Easy to care for, the calathea plant will have everyone thinking that you have a gifted green thumb. Read the tips listed below and learn about how to care for a calathea plant.
  • Lighting and humidity: Calathea plants thrive in humidity, prefer indirect lighting and will grow best in a shady room. Place your plants away from any open windows with sunlight. You can provide ample humidity by placing a humidifier in the room, or by placing the potted plants on top of a saucer filled with pebbles. Add water to the pebbles and the humidity will travel up through the pebbles and the pot to the plant's roots.
  • Watering and fertilizer: Calathea plants don't like to be heavily watered. Feed them room temperature water when the soil an inch (2.5 centimeters) below the surface is dry. The plants require regular watering during the summer months and less frequent watering during the colder months. You can periodically give the plants houseplant fertilizer.
  • Maintenance: Groom your calathea plant regularly to keep it looking beautiful. Wipe any dust off the leaves with a clean, damp cloth. Mist the leaves to ensure that all sides of the plants receive humidity and moisture. Remove any yellow leaves to keep your plant strong and growing.






Tiba-tiba muncul anak pokok apa tah di celahan snake plant ni.


 Ni hasil tuaian kangkung yang pertama. Kangkung besen yang kurus tu..  Tak banyak mana pun, kalau tumis, celah gigi je..


  Jadi aku humban dalam lauk taucu ni. Bolehlah kan.


Bayam brazil pulak dah 2 kali tuai. Ni buat ulam je.


Kali kedua, aku humban dalam spaghetti aglio olio. Asalnya aku nak beli baby spinach. Tapi rasa mahal je dan teringat ada bayam brazil di #MyHumbleMiniGarden, maka terhasillah..



Seronok pulak rasanya bercucuk tanam walau kecil-kecilan. Recently try tanam ketumbar dengan daun sup. We'll see how. Menjadi ke tidak.

Semoga sihat subur dan mekar semuanya.
Allahumma ameen.



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015