Friday, October 16, 2026
2026: September Run
Wednesday, August 26, 2026
Aktiviti Tambahan Untuk The Sisters
Ummi dah lama berkira-kira nak daftarkan Fatima & Nusayba untuk kelab bola jaring. Since last year lagi dah pasang niat, bila mana coach netball Pasti kata nak buat kelab untuk kanak-kanak bermula dari tadika/pra sekolah. Training setiap hari Jumaat malam. Tapi, keadaan last year, sangat tak mengizinkan. We (ummi and abi) were both very busy. Fully occupied with work. Abi dah macam doktor oncall 🤣🤭🥹. Kerja tak kira masa. Siang malam dan lajak ke pagi. Dah macam zombie. Dan in between tu, ada schedule giliran jaga arwah Ayoh. Our days were tight & packed. Nak selit² tambah aktiviti lain memang susah.
This year, lepas BSBJ Pasti, ummi nekad nak enroll mek berdua ni. Maka starting from July 2026, selamatlah mereka berdua ni join netball club. Nak bagi mereka ni bergerak aktif sikit. Sajalah prepare mereka untuk sukan sekolah rendah nanti. Tapi, kalaub tak dapat wakil sekolah pun, dapat join tournament wakil kelab pun one of exposure for them juga kan. Another plus point, sambil² tunggu mereka ni training netball, bolehlah ummi ambil kesempatan lari/BW. Thats why lah Julai baru nampak semula sinar larian yang selama ni sendu dan hangat² tahi ayam.
Training every Friday night. Ramai juga. Divided into 2 groups. Under 10 and above 10. So coaches boleh focus ikut level anak².
Tuesday, August 25, 2026
Mus'ab & Chicken Pox
3 anak ummi yang pertama, setiap seorang kena chicken pox sewaktu ummi mengandungkan adik masing².
Yang sulung kena masa ummi pregnant yang No.2. (Firstborn was around 8mo.)
No.2 kena masa ummi pregnant No.3. (2nd born was 2yo++)
No.3 kena masa pregnant No 4. (3rd born was 1yo++)
Start No.4 tak ikut pula turutan diatas. Then lahir yang ke-5, seterusnya yang ke-6. Ummi dah risau. Ni kalau seorang kena ni, memang berderet nanti ni. Suddenly, the 4th born kena CP when he was 5yo++, berjangkit dari kawan Pasti. Elok je dia kebah, booommm, mek berdua tu, 5th & 6th born, kena serentak. Both was 3yo+ & 2yo+. Lega juga mereka kena serentak. Cuma, Allahu seksa juga nak menjaga sebabnya the crankiness is doubled, Allah sahaja yang tahu. Takdir pula, their blisters banyak, besar² dan rapat². Dekat muka pun, fuhh, sepadat ada nak keluar pun. Lunyai jugalah ummi ni nak attend mereka, tidur malam pun tak lena risaukan mereka.
Lepas semua dah kebah, rasa syukur sangat. Alhamdulillah berakhir dah episod CP ni. Tup² pregnant the 7th one. Allahu, nak kena bersedia harung balik benda ni. Yang 7th born, masa check up cucuk MMR 2nd dose kalau tak silap, 2 hari lepas tu muka naik merah² macam rashes. Dia jadi bercapuk² merah camtu. Dari muka then ada kat badan, tangan and lastly kaki. Bertompok² merah lah dia. Si Meyah 🤣. Consult doktor, diagnosed Measles. Mujur takde berjangkit ke lain². Rasanya abang kakak dia macam takde kena Measles sebelum ni.
Khamis lepas ,check up 18 bulan. Tak ingat cucuk vaksin apa. Malam tu, dia demam panas. Malam cranky all around, susah nak tidur. Bagi PCM, bila demam kebah sikit, baru dia tidur lena. Pagi² Jumaat tu rasa dedar lagi. Ummi hantar dulu ke pengasuh berbekalkan PCM. Masa ambil dia di pengasuh petang jumaat tu, pengasuh kata dia moody, taknak makan, badan macam demam. Alahai, kesian awak dikk.
Jumaat malam tu perasan ada bintik² berair merata. Lengan, belakang bahu, peha dan kaki. Tapi sabtu dia dedar je, dan aktif macam biasa. Cuma makan susah sikit. Ahad, baru sempat bawa ke klinik. Doktor diagnos Chicken pox, as expected.
Quite cranky juga bila nak tidur malam. Macam malam yang lepas cucuk vaksin. Dia punya menjerit tak ketahuan punca tu, Allahu. Pujuk lah macam² cara, bagi botol susu - dicampaknya, bagi direct feeding - dia ngamuk² reject, which jarang² berlaku dia nak reject ye. Selalunya nak tidur, walau dah minum sebotol 5oz, mesti dia nak juga DF baru lena tidur. Kali ni taknak lansung. Nangis bagai nak rak, tiba² senyap. Alahai, kesiannya, menangis sampai penat lantas terlena.
Thursday, August 20, 2026
Hari Interaksi Bersama Ibu Bapa, Hari Jaya Waris & Hari Diskusi Akademik
6 orang anak, 3 buah sekolah, 3 nama acara yang berbeza tapi semuanya dengan objektif dan tujuan yang sama. Kalau pengasuh Mus'ab buat juga, mungkin namanya Hari Temu Mesra (sekadar contoh) , jenuh la ummi abi. haha.
Hari Interaksi Bersama Ibu Bapa PU
Hari Jaya Waris MATIS
Hari Diskusi Akademik SAFA
Sunday, October 5, 2025
Alam Ria Pasti Negeri Selangor 2025




















































