Showing posts with label Foods. Show all posts
Showing posts with label Foods. Show all posts

Wednesday, September 9, 2026

Fathan Turns 11

Sanah Helwah sayang ummi, the one who have a melting smile. Barakallah fii umrik.

Ummi sentiasa mendoakan agar Allah melimpahkan segala kebaikan buatmu, dunia dan akhirat. Jadi insan yang soleh lagi musleh dan bermanfaat buat semua. Love you, abang silat.. 


Simple celebration as usual. Makan² di Terminal Coffee. 



Menu ala-ala sihat ni, ummi punya. Lepas tu order seketul shio pan lagi dan air Iced Mocha.. Allahu. Diet aponyo??? Terik rasa perut. huhu.m


Abi tekak melayu. Mencari nasi juga. Nasi ayam sambal berlada.


Fathiy order kudap-kudapan. Nak yang hot & spicy. 


Fathiy punya. Indomie pedas. Untuk kakak berdua indomie double tak pedas. 


Eh . Menu birthday boy takde pula. He ordered spaghetti carbonara as usual. 

Happy Birthday my handsome boy.



Saturday, May 30, 2026

Port Baru Nasi Kerabu/Nasi Berlauk Sedap di Tekak Ku

Baca tajuk betul² tau . Sedap di tekak KU.. hihi . Sebab sedap tu kan subjektif, deria rasa orang berbeza². Ada yang lidah dia lebih ke masin, ada yang lebih ke manis atau masam. Tak sama. 

Sebelum ni, kalau balik Gombak, nak makan nasi kerabu, nasi berlauk, kami akan ke Kedai Kak Lah. Selain daripada sedap kena dengan tekak kami, kedai ni dekat dengan sekolah abang². Dapatlah kami lalu tengok bumbung sekolah bagi melepaskan rindu pada anak². Intai² juga kot ada rezeki nampak kelibat anak kan. hihi. 

Baru ni, kami cuba gerai satu lagi, tak jauh pun dari kedai Kak Lah ni.. Selang beberapa kiosk je. 

Ummi ambil nasi berlauk kuah gulai ikan, daging black pepper, telur asin. Abi pula ambil nasi berlauk gulai ayam dengan lemak bakar. Allahu, sedap dooh la. Kuah gulai ikan dia tu pekat, berasa. Memang seperti yang ummi harapkan. Daging black pepper pun sedappp.


Abi makan nasi berlauk juga. Lauk gulai ayam dan lemak bakar. Lemak bakar pun sedap jugaaa.. Terasa perapan bakar tu, dan lemak cair di mulut.. hihi..

Anak² makan laksam. Another fav food mereka. Typical kelantanese 😅😅😅 Kalau dah mrngalir darah kelate in both side tu, takleh nak buat apa lah kan. hihii

Ummi tak ambil pula gambar yang lain². Kami tapau juga kuih muih. Ada aneka jenis. Seri muka, tepung pelita, wantan pun ada. 

Nak tau kedai kat mana?
Search lah nama kedai kat bawah ni.
Loyalty card ni, next time datang dapat free air. Mana tah pergi kad ummi, di buat main anak². Haihh. 


Confirm akan ajak abi repeat nanti ni. 😋🤤


Sunday, May 10, 2026

Lempeng Cicah Sambal Tumis Yang Sedap

Honestly, WFH mode ni lagi merosakkan poket aku. Hahaha.. Sebabnya, bila duduk sorang di rumah, lunch time, taklah gagah nak masak untuk makan seorang kan. Nak masak banyak untuk dinner terus, macam melampau, seolah tiada kerja pula. You are "WORKING from home".. Remember, you have plenty of works.. Semua yang dok menekan-nekan tu. 

Maka, order je lah. Teringat pula hari tu dekat Threads ada share foods sedap area Ampang. Nampak menu ni.. Threadian tu kata sedap nak mampuiiih.. Kita pun tergoda, lantas terorder. Elok pula ada set WFH kan.. hihi..





Order set WFH 1..

The Packaging. Cantik.


Tagline dia, 'Teringat Masakan Mak'.


Inside the box.
Ada nasi lemak, lempeng gulong dan sambal tumis ikan bilis.


Look at the sambal. Elok sempurna rupa kejadiannya.


Lempeng ada dalam 6 gulung.


Kena betul tagline dia tu. Sebab, kitanya memang sambil makan sambil mengenang sambal tumis arwah nenek (maktok) yang menjadi rebutan cucu-cucu beliau. Serius sedap. Sampai habis licin minyak kita makan ye. hihuu..

Nak order tekan sini ⤵️




Sunday, October 26, 2025

Flow, Smoke & Brew Bangi

Sebelum ni kami pernah try makan di FSB Kg. Chubadak, without abang long dan abang ngah. Masa tu tau dia ada buka kedai baru di Bangi. 

Abang² besar PB baru ni, abi bawa makan di branch Bangi. 


It's muslim own. 
Serius muka tu adik oi..


What we've ordered.
Lamb vs beef platter. Banyak betul portion. Ada brisket, lamb shank, lamb chop, rib etc served with 3 sauces (chilli, bbq & ranch). Dan ada one more sauce for lamb shank.





Nasi goreng daging.


Nasi goreng crispy chicken.


Mushroom soup with garlic bread


Beverages. Iced choc, soda calamansi, soda lime & mango juice.


Mango juice dia pekat betuiii.. Fatima suka ni. Ummi order, dia yang laju sedut sampai habis. Terpaksa ummi order iced mocha lepas tu. haha..


Spaghetti carbonara. Kids all time fav. Pergi mana² pun mesti order ni. Kalau kedai mamak jual SC pun agaknya depa dok order ni lah jugak kat kedai mamak. 


Harga dia 🥴😵. Tapi worth it dengan portion yang banyak dan rasa yang sedap, juicy..  Cicah sauce sedap, makan gitu je pun sedap. Terasa² perapan dia. Portion yang banyak, untuk kami 8 orang makan (Mus'ab is not counted yet.. hihi), terlebih kenyang. Kalau jenis yang bukan lapar nasi, rasa cukup dah 1 platter tu untuk kami. Tapi tekak anak² nak kena nasi/pasta, kena ada karbo juga.. Jadinya, begitulah ordernya.. Apapun, MasyaAllah alhamdulillah, sedap belaka semuanya.


Ummi asalnya nak order Lamb fusion sebab ada 2 portion nasi, lamb shank etc.. Lepas tu tambah lah menu anak²..Tapi orang kedai suggest beef vs lamb, of course lah kan, their best selling dan itu main menu dia.. Abi pun tergoda.. hihi.. Takpelah, abi nak belanja anak² dia penat belajar.. Moga Allah murahkan dan lapangkan lagi rezeki abi. 

Si kecil ni, penghibur hati semua. Berebut abang kakak nak jaga dia.  Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Semoga sampai hujung nyawa, semua saling menjaga antara satu sama lain. 


Ambience kedai pun selesa, ada surau, nicely deco. Semoga terus maju.

Sunday, October 5, 2025

Alam Ria Pasti Negeri Selangor 2025

Alhamdulillah, Fatima, Nusayba & their PU Kalam Jamaie friends diizinkan untuk bertanding ke peringkat Negeri Selangor. 

Alam Ria Pasti peringkat Negeri Selangor berlansung pada 28 September 2025 bertempat di SMK Desaminium, Puncak Jalil. Well, 28hb tu juga ada event Fun Run TIKL sempena 100 tahun wujudnya TIKL. Ummi pada awalnya nak sangat join FR ni. Disamping part of #MisiFit, dapat juga berjumpa kawan² batch 00/01, jumpa guru² kalau masih ada yang mengajar di situ dan mengimbau memori zaman persekolahan dulu.. Feeling² muda remaja. Somehow, tak register sebab memikirkan event tu seminggu lepas operation ummi. Masa ni, cuma tahu nak buat 1 procedure je. 1 week plus before admittance date, baru tau nak buat 2 in 1.. huhu.. Dan dapat tahu juga ARPNS will be held on the same date. Maka, bye² Fun Run.

Back to ARPNS, berbelah bahagi juga hati ni nak pergi. Walaupun jahitan dah kering, tapi kita pun taknak melasak terlebih sangat. Tapi, nak tengok  anak² beraksi. So pergi lah juga. Kakak berdua tu naik bas dengan cikgu & the whole team Pandan. 

Kami bergerak lewat sedikit, bersama² aksesori serta kerusi yang akan digunakan anak² KJ PU.

Singgah makan dulu di Kafe Masakan Terengganu Asli. 


Tak jauh dari venue pertandingan. Penuh kedai ni, beratur panjang. Nak cari meja kosong pun berapa kali pusing. Kami order (ummi guna kuasa veto to be exact, sebab tanya² semua tak tahu nak makan apa) nasi lemak sambal ikan aye, nasi dagang gulai ayam dan telur rebus, pulut kuning + gulai ayam, laksam dan keropok lekor. Yang sempat ambil gambar, 2 pinggan ni je. Pada tekak ummi, sedap weh.. Sedap dooh. Padanlah ramai orang. Nasi lemak sambal ikan aye tu, Fathiy behi sungguh sebab sambal dia sedap. Pedas² manis sikit. Banyak lagi menu lain, pulut pagi, pulit panggang, nasi minyak.. Meriah orang makan situ.



Selesai sarapan, terus zass pergi ke tempat pertandingan. Parking full. So abi kena drop kami dan barang² dulu. Kami tu adalah ummi, abang kecik 2 orang dan baby Mus'ab. Droplah sekali barang² aksesori dan kerusi² kecil untuk kegunaan team KJ PU, letak dalam wagon. Terkedeklah kami berempat, ummi dukung Mus'ab, abang Fathan dan Fathiy tarik/tolak wagon while abi cari parking. Bila abang kecil berdua yang handle wagon, geram je ummi bila tersenget² nak langgar kereta orang. Lepas tu nak kena angkat panjat kerb. Sudahnya, abang Fathan dokong Mus'ab, ummi handle wagon. Jauh juga nak berjalan ke dalam tu. Sampai dewan utama, lost sekejap sebab tak tahu cikgu dan anak² PU kat mana. Call cikgu tak berjawab. Suruh Fathan pergi recce jap, dia tak jumpa. Tengok map yang cikgu share, tempat kontigen berkumpul dekat dewan Koku. Nak tunggu abi, abi belum jumpa parking. Langit pula dah gelap. Ummi ajak lah abang² gerak dulu cari dewan Koku. Sikit lagi nak sampai dewan koku, hujan turun lebat mencurah. Ummi tengah dukung Mus'ab. Abang² terkial² lah nak angkat wagon naik ke dewan Koku. Syukur alhamdulillah ada cikgu² Pasti kontijen lain yang tolong angkat dan tolak sampai dalam dewan, berteduh dari hujan nan lebat. Ummi intai² dalam kawasan dewan koku tu, tak nampak pun kelibat² yang dikenali. Call cikgu tak berjawab. Call parents lain yang dah sampai pun tak berbalas. Tanya² cikgu Pasti lain, turn KJ dah nombor berapa. 6 ke 7 katanya. Turn PU yang ke 15. Tapi, macam tak lama dah. Venue KJ pula dekat blok belakang sana, takde laluan berbumbung connecting dewan dengan blok tu. Haihhh.. Nak marah siapa design sekolah takde connecting susur gajah ni.. Hujan kian lebat tak nampak macam nak reda. Ummi dengan Mus'ab lagi. Kalau takde si kecik tu, mau ummi redah je hujan tu. Call abi, abi pun tak jumpa cari tempat kat mana, dia pun dah bermandi hujan walau berpayung. Ummi dok risaukan aksesori anak² KJ ni. Semua dalam kotak azimat yang ummi bawa ni. Kotak besar ye. Muatlah kalu sumbat Fathan dengan Mus'ab dalam tu..huhu..

Ummi fikir, ummi kena redah juga ni. At least dapat hantar box tu. Maka, ummi tawakal. Buka camping chair, suruh Fathan dan Fathiy duduk jaga Mus'ab. Sambil berdoa Mus'ab behave tak menangis, belum sampai masa lapar etc. So ummi angkut box tu. Masa ni tak fikir dah perut yang ditebuk tu belum pulih sepenuhnya. Masa dukung Musab pun, tawakal saja. Semoga tiada mudarat. Masa nak cross blok, fikir nak junjung je box tu jadikan payung. Tapi besar nau box nya nak junjung. Masa terintai² sambil berfikir selamat tak nak redah, nampak ada seorang encik ni berdiri tepi tu dengan stroller kosong dan payung. Tebalkan muka nak pinjam payung. 

Dah cross ke blok belakang tu, ingatkan masuk blok tu boleh tembus ke belakang. Tak boleh rupanya. Kena pusing pula ikut tepi. Menggagau juga cari dierang kat mana sebab call tak dapat. huhuhu.. Habis basah lencun kain ummi separuh. 😔😔 Abi pun baru sampai situ. Then kami patah balik nak pick up anak³ dan barang lain. Syukur ada bawak tikar alas jenis plastik. Guna tikar tu untuk cover wagon. Seorang ikut abi tolak wagon. Seorang lagi ikut ummi sambil ummi kendong baby. Dah selamat transfer semua, baru ummi patah balik pulangkan payung dekat encik tadi tu. Terima kasih banyak2 kat encik tu. Semoga Allah balas kebaikan encik dengan segala kemudahan kesenangan dan sejahtera dunia akhirat buat encik sekeluarga. 

By the time ummi sampai semula di tempat mereka berkumpul, sebahagian anak² KJ PU dah ke tempat persediaan, menanti giliran untuk persembahan. Ummi memang tak sempat nak tolong solek & siapkan kakak berdua tu. Gambar ni je ummi sempat ambil sebelum persembahan.



Mek seorang lagi dah selamat ke bilik persediaan 😥. Masa turn mereka buat persembahan pun ummi tak dapat tonton. Sebab hujan masih mencurah, ummi jaga Mus'ab dan badan ummi pun dah sengal². So, i waited at the place they gathered earlier. 

Ummi dan seketul Mus'ab.



Selesai persembahan kakak². Ummi dapat kirim doa je sambil berdebar juga menanti.


Gambar hasil perkongsian dari parents lain.


Sewaktu menunggu pengumuman pemenang




Keputusannya, belum rezeki PU untuk menang. Takpe, kalian tetap pemenang di hati kami. We are proud of you guys. Cuba lagi tahun depan.

Mohlah kita balik, semua dah kepenatan. Nak kena menapak jauuuuuh pula dengan segala macam barang ni. Dapatlak 7k steps untuk hari tu. huhu.. Dapat juga sakit sengal tangan mengangkut barang. haha..



Kita fokus sukaneka pula ye the kakaks.

Friday, October 3, 2025

Adventurous Random School Holiday Staycation (Part 3)

Day 3 - 15 September 2025

Masa dinner semalam, abi dah cakap nak pergi Pulau Pangkor, day trip. Berapa hari lah sebenarnya trip kami ni ye . hahahaha. Ummi kata ok je nak pergi Pangkor, sebab seingat ummi nak ke sana nik feri yang  fully covered. Maka ummi tak risau sangat berbanding naik bot yang open tu. Paranoid mom detected 🫣. Tapi, kalau nak pergi day trip, ummi rasa better ambil feri awal pagi. Sebab taknak lewat sangat balik. Ummi ni lebih pada risaukan driver. Takut dia mengantuk.

Selamat pagi langit Teluk Batik.


Awal abang kecik ni bangun, dok berzikir nak mandi kolam.




 Pukul 7 pagi, ummi terdengar sayup² suara dari luar. Apa tu ye? Terintai² dari balkoni tapi tak nampak orang. Dengar suara je. Berkabus lagi masa ni.


Almost pukul, dengar lagi dan lebih kuat. Cepat² kita intai bawah. Baru nampak..

Syok dengar deme lari sambil nyanyi..
🎶lari lari... kita lari... urat dawai, tulang besi..🎵


Ada record video sebenarnya. Tapi malas nak embed dalam ni. huhu..

Pagi tu, anak² sibuk nak mandi kolam lagi. Bila dah berendam bukan boleh sekejap² kan. End up, pukul 12 juga baru check out. Dalam kepala ummi dah cancel out plan nak ke Pangkor. Kalau pukul 12 baru nak pergi, pukul berapa pula nak balik? Kalau nak stay sana 1 malam pun, ummi tak rasa ada kosong, mesti fully booked juga. So, bila anak² tanya, abi jawab ummi taknak pergi. 🤣🤣🤣 Bertuah tok laki ku. Tapi kami pergi juga ke jeti Lumut tu.. Pergi jalan pusing kedai beli ikan bilis, jajan² dan souvenir anak². Ya Allah, ramai juga umat di Jeti Lumut tu ye. Merenyut. Confirm lah memang ummi tak approve plan gila kali ni. This time ummi kata, next time la kita pergi, planning elok² sikit, stay kat pulau 1 atau 2 malam. At least dapatlah juga anak² nak mandi/main pantai, grounding & bonding dengan alam. 

Pusing² sekitar Jeti Lumut.






Dari Lumut, abi tanya ada nak singgah mana² atau terus balik? Ummi jawab, terus balik singgah somewhere untuk makan nanti. 

Tara nak masuk sempadan Perak-Selangor pun berapa kali dah abi menguap. Ummi risau dah. Kerah lah anak² tolong tepuk², urut belakang abi. Makan gula² minum air pun macam tak jalan je. 

Ummi cari tempat makan, jumpa Kedai Dulang Rtok di Sabak Bernam. Nampak menarik, lauk pauk kampung melayu. Bila sampai tu, part lauk² kampung ni dah habis. Sobs.. Tapi kedai satu lagi untuk makan petang malam, baru buka. Frust, tapi takpelah.. Makan jugaklah situ. Order makan goreng². Nasi goreng buttermilk chicken, kuetiau goreng, kuetiau kungfu, nasi paprik daging dan nasi ayam daging merah. Boleh tahan juga. Licin semua pinggan. Alhamdulillah.

Takde gambar makanan. Tak sempat snap sebab masing² kelaparan. Makanan cecah meja je, terus ngap.. haha..

 Ni je la sempat ambil. Gambar kakak berdua ni. Yang sorang macam² pose nak buat, yang sorang macam malas nak layan. hmmm..



Ummi kata kat abi, tak jauh dari sini ada kedai kopi. The Maké. Nak singgah beli kopi dan kudap² jap.



Beli iced latte, green tea latte, iced chocolate, blue lemon soda. Kudap²nya waffle, donut, cream puff rocher, kek batik tiramisu dan kek batik indulgance. 

Then terus pecut balik. Berhenti untuk solat Maghrib & Isyak je. Alhamdulillah almost jam 10 kami sampai rumah. Sekian percutian adhoc kami.

P/s: Masa perjalanan balik tu sebenarnya ada juga plan nak bermalam di Sekinchan ke Sabak Bernam. Sebab mata abi macam dah kena gam 🥴. Tapi tak jadi lah. Abi bertahan sampai jumpa masjid. Lepas tu ok dah. Haihh. Kita yang risau.


Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015