Saturday, December 21, 2013

Family Trip: Kota Kinabalu ~ #16 Gaya Street Market & Pasar Filipina


Haaiihhh...tak habis lagi kisah KK Trip ni...huhu..
Malas dah nak cerita banyak.
Tepek gambar je..

Sunday morning at Gaya Street Market..
A bright sunny sunday..
Pasar ni di buka hari ahad je. Dari seawal subuh sampai pukul 1 pm kot..
konfiden je seawal subuh kan..haha.

Macam-macam ada jual kat sini..Gerai pun banyak gila..

Aku window shopping je. Target cuma nak beli kerongsang dengan butang baju melayu. Tapi kata Kangah, better cari kat Pasar Filipina..Jadi batalkan hasrat shopping di sini..

Pokok bunga pun ada..

Pisau tetak, parang panjang, pedang samurai pun ade jual..Tapi aku tak amik gambo..huhu..
Anjing dan kucing juga ada..


Sebab Faheem mula nak cranky, terpaksa rembat satu untuk dia...And he choose this truck..Tambah koleksi truck & lorries..Terus nak koyak plastik dan main..Ikutkan saje..

Bila nampak burung & arnab, excited..

Terus tercongok dekat depan sangkar..Kena berak burung baru awak tau..haha..

Ehh..ummi ter-rembat topi pulak!
haha..Panas terik..Ini pun dah ala-ala drama dengan suami sampai emosi taknak beli topi dah..Biarlah berpanas terik..hahaha..At last beli jugak...Mesti buruk rupe orang tua merajuk..Pasal topi je pun..Hampehh..Sayang mintak ampun ye dear ^___^

Dann..rembat kipas jugak. Untuk adik Faqeeh yang dah kepanasan..

Ade satu gerai jual canvas paintings..Cantik-cantik lukisan dia..Aku sukaaaa...
Berkenan ada satu lukisan tu..Niat hati nak beli and letak kat bilik anak-anak..
Taklah besar sangat..Besar sikit dari kertas A4 kot..
Tanya harga...Rm750...Gulpppp!
Cancel. Haha..
Pastu cakap kat my zawj, beli yang postcard je lah, pastu frame kan..My zawj kata, baik print sendiri je..huhu..
Framekan hasil lukisan/contengan ummi cukuplah..FOC..hikhikhik..
Tapi kalau Abi nak bayar, laaaagi bagus.. Baru ummi bersemangat waja sket..ngeee~

Ni kat entrance Gaya Street Market.
Macam Petaling Street kan??

Kami dah puas cuci mata. Yang lain masih meronda kat dalam. So, kami tunggu kat sini..

Dari Gaya Street Market, kami ke Pasar Kraftangan pulak yang lebih famous dengan nama Pasar Filipina.
Khabarnya dulu yang berniaga kat dalam ni semua orang Filipina. Sekarang dah campur..


Kat bahagian luar, ada deretan tukang jahit. Semuanya lelaki..Kalau tengah jalan-jalan, seluar kau koyak, sila terus ke kaunter jahitan untuk repair seluar yang koyak..hihi..

Faheem teruja tengok uncle menjahit...

3 bersaudara dengan haiwan peliharaan masing-masing ;))

Kat sini aku beli kerongsang pearl yang Kangah pesan dan butang baju melayu untuk ayah, abang, adik kesayanganss...
Benda lain aku tak usha. Sebab dah set target. Dan aku juga tak minat gelang-gelang, rantai pearl kristal bagai ni...Used to..Tapi koleksi gelang pearl/kristal aku yang lama-lama seronok menghuni dalam kotak..Tak berpakai pun..So, no more gelang-gelang fancy gini..

Sempat jugak beli kuih cincin dengan keropok amplang yang famous tuh...Juga bekalan ikan bilis dan ikan masin..

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015