Wednesday, December 4, 2013

Kunjungan Orang Jauh Yang Disayang


Ni cerita sempena cuti Deepavali & Awal Muharram hari tu..Basi dah ni..
Tapi sebab ia kunjungan insan kesayangan...Kena post jugak..

Siapakah dia insan kesayangan tu?
Dari mana datang yang jauh sangat tu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Inilah nenek kesayangan...Satu-satunya yang masih ada..
My Mok..
Coming all the way from Kelantan..

Lama dah Mok tak datang sini. The last one masa bekwoh aku..That's almost 4 years ago.
Lagipun Mok kurang sihat, jalan bertongkat. Kesian kalau travel jauh duduk atas kereta berjam-jam..
Elok je masa ni Cuti Deepavali, Awal Muharram, then Kelantan sebab final bola...Jadi sepupu aku bawaklah mak ayah (maklong & ayahlong) & Mok datang sini.
Kisahnya, Mok dan Ayahlong nak datang jenguk Ayah since dapat tau ayah kena buat bypass jantung. Kalau ikutkan, Mok memang tak larat dah tu nak travel jauh. Letih, sakit badan, sakit kaki. Tapi demi nak jenguk anak, sanggup gagahkan diri jugak. Allahuakbar. Semoga Mok sentiasa dirahmatai, diberkati dan sentiasa di dalam redha Allah.
Bila Mok ada sini, sepupu yang kat KL pun ambil kesempatan datang menjenguk sekali.
Kebetulan ada final bola, Piala Malaysia ekk? Aku pun tak taulah piala mana satu..Yang aku tau The Red Warrior main final. Jadi, sambil berkumpul, makan-makan, layan bola rama-ramai.
Biarpun TRW kalah, tapi puas hati weh dapat berkumpul camni sesekali.




Lauk pauk malam tu mama dengan adik bongsu den yang masak..Siakap tiga rasa, sambal sotong, daging masak kicap, sayut campur...Sodap!!! Kek pelangi tu pun adik yang buat..Lembut!!!

Aku tukang makan sajoh..hahaha..Sopan sangat tu..


Faqeeh, pemerhati bebas..


Seronok tengok Mok makan bertambah-tambah..Siap ratah lagi lauk-pauk. Alhamdulillah..
Mok selalu takde selera makan. Bila tengok Mok makan berselera, Ya Allah...senang hati..

Entah bila lagi kunjungan Mok ke sini..
Tapi, InsyaAllah, selagi diizinkan Allah, setiap tahun aku pulang ke kampung..
Rasanya aku lagi kerap balik kampung lepas kahwin compared to masa bujang..
Rezeki dapat suami satu kampung walaupun sama-sama lahir dan membesar kat hutan batu..
Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015