Salam Sayyidul Ayyam..
Sempena mengambil keberkatan penghulu segala hari, hari Jumaat yang penuh barokah, Dengan kerendahan hati saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang singgah membaca blog ni jikalau ada coretan/tulisan/paparan yang mengguris rasa..Juga komen-komen yang saya tinggalkan di semua blog yang pernah saya terjah. Ampun dan maaf dipinta.
(Tetiba ber-saya pulak...huhu)
InsyaAllah, dengan izin Allah saya akan berangkat menunaikan umrah pada 25 Januari 2014.
Besar harapan saya kiranya anda-anda semua dapat memaafkan segala salah dan silap saya serta mendoakan agar urusan saya untuk menjadi tetamu Allah dipermudahkan, dan semoga saya dikurniakan kesihatan, kekuatan serta dijauhkan dari halangan dan rintangan untuk bertamu di Baitullah...
Sekiranya ada yang ingin mengirimkan salam kepada Baginda Rasulullah SAW, serta menitipkan doa, boleh emailkan kepada saya, ilifadhilah@yahoo.com. InsyaAllah akan saya usahakan.
Semoga kalian juga dijemput menjadi tetamuNya dalam keadaan kalian masih sihat, kuat dan gagah untuk berlumba melakukan amal ibadat serta merebut ganjaran-ganjaran hebat yang ditawarkan oleh Allah SWT bagi setiap tetamuNya.
***
Perasaan saat ini adalah sangat sukar nak digambarkan.
Semoga Allah melindungi kami, menerima & menyambut kedatangan kami ke rumahNya..
Ya Allah, hambaMu ini dibebani dengan dosa..Aku mengharapkan keampunanMu Ya Allah..
Izinkanlah aku bertandang ke rumahMu, menyerah diri sepenuhnya kepadaMu..
Permudahkanlah urusanku Ya Allah.
Peliharalah insan-insan kesayangan yang aku tinggalkan sepanjang aku bertamu di rumahMu nanti..
Permudahkanlah urusan mereka, jauhilah mereka dari kemudaratan dan bala bencana.
Ameen Ya Rabb.

No comments:
Post a Comment