Monday, February 17, 2014

Mimpi Malam Jumaat~


Haaaa...nampak tajuk malam jumaat je, mulalah nak fikir macam-macam..
Jangan macam-macam sangat ye..
Takde pun apa yang ada dalam otak korang tu..

Tapi sungguh...Aku bermimpi di malam jumaat..
Mimpi yang sangat syahdu..
Sayuuuuuu sangat hati aku...
The feeling was like real...
Subhanallah..Allahuakbar...

Mimpi ape?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Mimpi pertama...
Aku mimpi aku duduk dalam Raudhah..
Alone..
[sumber: google]

Lamaaaaaa sangat..sampai ade orang datang kata nak tutup masjid dah.
Rasa tenang sangat duduk dalam tu seorang diri..
Memang syahdu dan sayu..
Hakikat sebenar kan sangat berlainan..
Takde harapan kau nak duduk beri'tikaf kat dalam Raudhah tu sensorang.
Nak masuk pun kena beratur panjang, berebut bagai..Masa limited pulak tu..Untuk perempuan la..Lelaki boleh masuk anytime..
Nak duduk lama-lama apatah lagi..Nak solat pun dilangkah-langkah..Dipijak kepala pun ada..







Bila mimpi dapat duduk lama dalam Raudhah, Allahuakbar...Tak terungkap perasaannya...Speechless...Tapi rasa tu dekat sangat kat hati ni. Dah bangun tidur pun, terasa-rasa macam real sangat...
Subhanallah...

Mimpi kedua dan ketiga..
Aku mimpi aku dapat kucup hajarulaswad..
Dua kali, dalam mimpi yang berasingan..

Yang pertama tu, orang tengah ramai keliling kaabah..Suddenly ada barisan, semua beratur nak cium hajarulaswad. Cepat-cepat aku masuk queue, dan Alhamdulillah aku dapat kucup hajarulaswad..


The second one, aku tengah tawaf..Tak ingat pusingan ke berapa..
Mula tawaf, ramai sangat orang..
Tiba-tiba, tah pusingan ke berapa, dekat area hajarulaswad tu kosong, lengang..takde orang...
Terus kaki aku melangkah laju menuju ke hajarulaswad..
Aku tengok hajarulaswad, jelas sangat...
Aku kucup bertalu-talu..
Lepas tu ada orang lain datang..Aku sambung tawaf..
Allahuakbar..


Masa pergi hari tu, aku tak dapat pun sentuh hajarulaswad.
Orang terlalu ramai. Dah hampir, tapi tentulah di monopoli oleh muslimin..
Takdelah aku nak berebut dicelah muslimin..
Tapi diberi peluang dalam mimpi, Subhanallah...
Menitik airmata..

***
Baru seminggu balik...Dah rindu-rinduan...Rindu sangat sampai terbawak dalam mimpi..Sekali 3 mimpi satu malam pulak tu..
huhuhu~
Bila cerita dengan my zawj, dia kata..
"Teringat-ingat kan...Ade rezeki, nanti kita pergi lagi, InsyaAllah..."
Semoga ada lagi rezeki dan peluang untuk dijemput menjadi Duyufurrahman buat sekian kali..InsyaAllah..Ameen..

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015