Thursday, June 2, 2022

Tentang Jamuan Raya dan Jemputan Rumah Terbuka


Setelah 2 tahun tak dapat sambut raya dengan meriah, tahun ni semua pakat balas dendam ye. Bukan main lagi jemputan jamuan raya sini sana. Rumah terbuka tak lupa jua. Lama tak merasa jalan sesak di hujung minggu asbab semua berpusu-pusu menghadiri jemputan rumah terbuka.. haha.. Pakat alas perut makan jem dulu atas jalan ye..hihi..

Ummi dan keluarga takdelah beraya sakan sangat pun. Ada juga jemputan yang kami tak dapat hadir. Mana yang mampu dan ada kelapangan je. Maka ummi rangkumkan dalam satu entry je lah.

Jamuan Raya Pejabat

Alhamdulillah dapat juga meraikan lebaran bersama rakan-rakan sepejabat setelah 2 tahun tertunda. Dalam masa 2 tahun ni juga, ramai yang telah bertukar keluar dan masuk. Ummi antara yang lama tinggal di sini. Jadi, banyaklah muka-muka baru yang ummi tak kenal. Asing sungguh rasa. Lagipun 2 tahun tak ada event berkumpul ramai-ramai, mesyuarat cawangan pun atas talian saja, tak semua on video, maka tak boleh nak buat pengecaman rupa. Kalau ada yang terjumpa fizikal pun, tetap tak cam sebab pakai face mask 😂🤣 Begitulah kehidupan di zaman pandemik melanda. 

Back to jamuan raya.

Menu utama satay dan nasi beriyani kalau tak silap, berlaukkan ayam masak merah dan gulai kambing. Setiap bahagian pula ada menu masing-masing berdasarkan cabutan undi. Bahagian kami dapat menu nasi impit dan kuah lodeh.

Menu lain: Rendang daging, rendang ayam, lemang, ketupat, bihun sup, cendol, kuih-muih & pemanis mulut.


Teammate ummi. Happening dan gila-gila semuanya. 


Antara teammates ummi yang menang pertandingan dan cabutan bertuah.
Tahniah untuk semua sebab sporting.



Jamuan Raya Pasti Ubudiah

Ummi hadir sekejap jamuan ni. Macam-macam menu ada. Baik-baik hati belaka parents anak-anak Pasti ni. Anak-anak pun riang gembira berhari raya.. hihi.. Ummi lupa nak ambil gambar Fy. Ini je yang ada dalam group whatsapp Pasti. Fy pun boleh tahan pemalu kalau di sekolah. Bertuah lah anak..


Rumah Terbuka Cikgu Pasti

Masa hadir jamuan raya Pasti, Cikgu Asma jemput datang ke rumah dia hari Ahad. Rajin betul Cikgu Asma ni. Sebelum puasa hari tu pun dia ada jemput buat makan-makan sambut puasa & sambut birthday anak. Masa sambut puasa tu dia hidang pulut kuning dengan daging hitam dan kek batik. Ya Allah sedap sungguh daging tu. Kek batik pun sedap, masyaAllah. Untuk raya ni beliau jamu kami dengan mee kari, kerabu maggi dan kek batik. Pun sedap juga..huhu.. Semuanya beliau masak sendiri. TQ cikgu jemput kami memenuhkan rumah cikgu.. hihi..


Lepas beraya rumah cikgu, kami 'beraya' di Ikea. 😁😂😎 Dari nak cuci mata, jadi cuci poket.. haha..


Rumah Terbuka Officemate

Officemate ummi jemput ke open house beliau di Greenhill Residence. Kami gerak dari Pandan lepas zuhur, lebih kurang pukul 2, sampai sana dalam 3.30 petang. Jalan jem boleh tahan uii.. Dengan panas teriknya.

Anak-anak ummi dah buat macam rumah sendiri, selamba main bola dekat halaman belakang. Bola masuk dalam kolam, depa dah terkais-kais nak ambil bola pakai kaki. Lepas tu siap baring tepi tu hulur tangan nak ambil bola. Mujur tak jatuh berenang dalam kolam tu anakku..



Menu yang dihidangkan. meriah sungguh, macam-macam ada. Sedap-sedap semuanya. TQ tuan rumah.


Jamuan Raya MTI

Jamuan raya sekolah abang3 ni dibuat secara tertutup. Guru dan pelajar sahaja lah. Menu utama sekolah ada sediakan, tapi digalakkan juga bawa potluck. Pesan ustazah, untuk potluck, kalau boleh buat 2 bahagian. Sebab makanan akan dihidang asing untuk pelajar lelaki dan perempuan. Ummi bekalkan kek gulung dan juga buah anggur untuk abang bertiga bawa.

Anak-anak kata semua ada buat persembahan. Fh berlakon sebagai pembuli, dan ada babak dia perlu menyimbah air kepada cikgunya.. Amboi, abang buli cikgu ye.. Jangan terbawa-bawa watak pembuli tu ye abang Fh. Fq dan Ft pula membuat persembahan nyanyian mengikut kelas masing-masing.

Gambar-gambar sambutan raya ni ummi ambil dr FB rasmi sekolah.





Rumah Terbuka Dato' Iskandar

Dato' Isk ni mantan Adun Cempaka, which covers kawasan rumah kami lah. Beliau juga mantan Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor satu ketika dulu. Rumah beliau pun dekat je rumah kami. Taman sebelah lah kiranya. Tapi kami datang agak lewat sebab kami dari Gombak.

Dato' Isk dan Datin Sal (ustazah) jamu tetamu dengan nasi dagang, gulai kawah, laksa kelantan, nasi impit dan sambal hitam jawa. Abang Fh makan laksa bertambah-tambah 😅



Usai makan, ustazah tanya nama anak perempuan ummi, yg kebetulan berdiri dekat ummi. Ustazah kata ni yang kecil sekali kan, nama apa? Fatima? Haa, betul dah nama tu ustazah, Fatima.. Ustazah kata, dapat juga F, ikut abang-abang. Ummi sambung pula, tapi ustazah, ni bukan yang kecil sekali, tu adik dia abi dokong. Tercengang sekejap ustazah. Eh, biar betul.. 6 orang dah ke? Tidak hari tu mengandung Fatima ni ke masa last jumpa? 🤭🤭🤭 Boleh adik dah Fatima masa PKP tu ustazah..hahahaha.. Tapi takde nama F dah la ustazah, moga yang bongsu kan, kita tukar huruf la..Pakai N pulak lah, Nusayba (konon sempena 'end' la tu kan)..kihkih.. 


1 comment:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015