Thursday, June 26, 2025

Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring Pasti Kawasan Pandan 2025

Kejohanan berlansung pada 15 Jun 2025 di Futsalhub Ampang. 2 orang anak in the list tahun ni, Fatima dan Nusayba. Nusayba lebih pada mencukupkan korum sebab ada yang tarik diri di saat akhir. 

Sebelum tournament, friendly dulu jom..






Tournament day.









Keputusan:
Bola jaring - Naib Johan
Bola Sepak - Johan.

Alhamdulillah ala kulli haal 
Semua dah buat yang terbaik. 
Menang kalah adat pertandingan.
Yang penting ummi kagum anak ummi & kawan² boleh ikut rules netball. Netball ni kan orang cakap susah sebab banyak rules. Itu tak boleh, ini tak boleh. Untuk anak² 5-6 tahun boleh follow rules, memang pencapaian yang membanggakan. Takpelah kalah bermaruah. haha..Kalaupun orang kata jangan strict sangat, hey.. thats what the game is all about. Taknak follow rules, mainlah basketball ke bola baling 🤭. Hakikatnya, peringkat negeri memang as strict as that, be it budak² ke mak budak. Itulah rules dia kan. 





Tahniah team bola sepak, berjaya merangkul kejuaraaan sekaligus mara ke peringkat Negeri. 



Penyokong tegar kakak²






Ummi cakap kat abi, Mus'ab 3 tahun nanti kita enroll masuk kelab bola sepak la.. hihi.. 5 tahun boleh jadi star PU 😅🤣. 
Besar harapan ummi mu Mus'ab oi.. 🫣


Monday, June 23, 2025

Tiramisu Delight by Chef Kecik

Maaf lah belum habis lagi demam tiramisu ni. 

Hari tu masa repair handphone ummi yang rosak, kami park kereta dekat luar Berjaya Times Square, tepi kedai arab dekat corner tu je.. Kalau jalan kaki ke depan sikit, naik jejantas, sampai dah CK Boulangerie & Tuah 1895. Ummi dah terbayang² dah tiramisu CK. Tapi sebab dah lewat, tak terluah pula dekat abi. haha..

Then, ada one day tu, ummi scroll² dalam Grab, eh ada dah CK kat Grab. Sebelum ni pernah cari juga tapi tak jumpa. Pastu scroll menu, tiramisu delight ada lagi.. Laju lah kita order delivery.. 

Yang dinanti-nantikan.. Tirumisu delight dengan crown cream.



Cream tu nampak thick sebab ummi simpan dalam chiller dulu. 


Ummi ni tak pandai nak bagi rating². Jenis apa yang sedap di mulut dan tekak, kita telan je. Tiramisu CK ni, kalau makan tanpa cream tu, sedap juga, cuma tak rasa coffee sangat. For a coffee lover, tuang cream tu baru rasa nikmat. Since dia bagi 2 bekas cream, setiap suapan tu penuh cream kat atas. Allahu.. Makan sejuk² memang tak terkata..



Selain tu ummi order buttermilk chicken juga. Lapar sangat masa ni. BMC dia setambun banyak nasinya.. Allahu.. Portion ayam pun banyak, cili padi potong pun bersepah. Yang suka pedas memang nikmat gigit cili dalam setiap suapan. Siap telur mata gedik lagi.. Ummi makan sorang ni, nak habiskan nasi separuh pun susah sebab banyak sangatt.. Tapi sedap. haha..


Nanti bila² nak ajak abi dating dekat kafe lah.. Lama dah tak dating berdua. huhu.

Sunday, June 22, 2025

My Sabtu-day 🤭

Ummi sepatutnya check in somewhere for 3D2N.. Tapi tak jadi atas sebab² tertentu.. Kita dah kemain tolak luggage macam nak naik flight.. halah halah.... 'Peti ais' tu tak boleh tinggal.. Aset penting buat masa ni.. Demi 'golden liquid' untuk seketul Mus'ab yang soleh. 


Takpelah. Pasti ada hikmahnya. Kita merancang, Allah jua merancang. Pastinya Allah sebaik² perancang..

Dah tak jadi check in tu, abi kemain eh, ambil dan hantar kita balik rumah, siap cakap "welcome homeee".. 🤣🤣🤣 macam lama & jauh nau la isterimu pergi 🤭

Antara hikmah tak jadi check in tu, hari sabtu dapatlah ummi join support team bola sepak PU yang mewakili kawasan Pandan untuk Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring Pasti Negeri Selangor. Since kawasan Pandan jadi tuan rumah bersama Ampang kalau tak silap, rugilah kalau tak dapat join, sebab dekat je kan. Event berlansung di Ampang Futsalhub (formerly known as Ampang Sports Planet).


Takde rezeki team bola sepak Pandan, tewas di peringkat kumpulan. Ternyata lawan² semuanya bukan kaleng². Mereka mostly dah setup dan prepare team lebih awal. Walaupun anak² PU dan beberapa pemain import dari Pasti lain dah berusaha sehabis baik, sambil enjoy main main² 🤣🤣, mereka tak pulang hampa harapannya. Pengalaman berharga buat mereka, pastinya. Berbekalkan masa tak sampai seminggu pun nak training dengan new team members, you bous have definitely done the best and win our heart.

2 hari sebelum event, ada buat friendly dengan Pasti Gombak. Dari situ dah nampak team Gombak ni bukan biasa². Main dengan strategi, tenang² je mereka, passing bola tak merapu, pandai curi bola, tahu posisi. Hari kejadian, Gombak masuk final lawan Bangi.. Fuhh... Sayangnya, Gombak tidak berjaya menghalang Bangi untuk hatrik (mengekalkan kejuaraan buat tahun ketiga berturut²) kecewa dengan  1 gol yang memisahkan dengan kemenangan. Game yang sengit pastinya. Bila intai² FB, team Bangi pastinya bukan calang² team. Hampir separuh pemain adalah pelatih kelab bola sepak. No wonder they perform very well. 




Selain nak support team bola sepak, ummi nak jenguk² juga game bola jaring. Nak intai team idola ummi dari few years back masa PU wakil Pandan ke peringkat negeri. Masa tu memang impress sangat tengok team kawasan yang satu ni.. Tak lain tak bukan, team Bangi. Memang tak menghampakan. Still an impressive game. Tak macam budak tadika ya skill mereka. Almost perfect serba serbi. Rules tip top, passing cantik, grab ball macam ada gam dekat tangan, pandai cari ruang lompatan tangkap bola cun, macam terbang, badan melentik.. intercept bola pun cantik, shooter sharp dan tenang². Seriously tak macam 6 tahun punya player. Lawan dengan Pandan, lauk Pandan kena bantai. 18-0. 🥴 

Unfortunately, Bangi tumpas dengan Puchong di pentas final. 11 - 9. Kalau tak, Bangi double juara semalam. Mesti best game final semalam. Sayang tak tengok sebab dah gerak balik awal. 



Tahniah kepada yang menang dan akan mewakili Selangor untuk kejohanan peringkat kebangsaan. 

Another hikmah.. Since jumaat tu plan tak jadi, balik tu ummi decide nak brisk walk, target 3km. Kena start balik untuk dapatkan badan yang fit. Dah lemau sangat..

Alhamdulillah berjaya capai target. Mengah juga ye since kita ni lama dah tak get fit ni.. Kena istiqamah ni. huhu..




Tuesday, June 10, 2025

Aidiladha 2025


Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk menunaikan ibadah qurban lagi tahun ini. Last minute decision sebenarnya. Seperti biasa, setiap tahun Ma akan nasihatkan anak menantu untuk ambil bahagian. Setahun sekali je katanya. 1 bahagian 1 keluarga dah memadai, ikut kemampuan masing². Tapi jangan simply cakap tak mampu, sebab kalau mampu bayar ansuran kereta dan rumah serta bil telefon dan internet beratus, beribu sebulan, cuba simpan sedikit RM70 ke sebulan. Setahun, insyaAllah dapat dah RM840. Boleh dapat dah 1 bahagian lembu. Kalau dalam kawasan kita ni harganya lebih mahal daripada tabungan kita, boleh juga join di tempat yang lebih murah seperti Kemboja. Ma pesan, setiap tahun mesti tanam azam untuk korban. InsyaAllah, kami cuba. 

Ummi decide tahun ni ambil bahagian dengan MATIS. Whatsapp ustaz hari khamis, masih ada kekosongan katanya sebab ada yang tarik diri di saat akhir. Terus ummi transfer duit dan isi google form. Pagi raya buka whatsapp group, ada list peserta dah. Alhamdulillah..

Qurban dengan MATIS ni, peserta mewakilkan qurban kepada Ustaz melalui sighah aqad. Proses penyembelihan qurban dilaksanakan di Hijrah Ternak Agro di Kuala Selangor, melibatkan 31 ekor lembu dan seterusnya dilapah dan dipotong 4 bahagian sebelum dihantar ke MATIS untuk proses seterusnya. 

Reason ummi decide join dengan MATIS sebab pihak MATIS akan uruskan agihan daging² korban kepada pihak² asnaf. Kalau peserta berhajat untuk mengambil sedikit bahagian daging korban pun boleh, tapi ummi decide untuk tidak ambil. Biar agihkan saja semuanya kepada asnaf yang layak. Sebahagian juga akan disimpan di cold room MATIS untuk hidangan anak² MATIS, yang juga merupakan golongan asnaf fi sabilillah. 

Kalau nak agih sendiri, takde tempat nak simpan sementara selesai diagihkan sebab freezer sekarang penuh dengan susu 😬.

Proses penyembelihan korban dijalankan pada hari raya ke-2. Alhamdulillah, ustaz update proses- proses korban dalam group peserta. Bawah ni daging yang telah siap di pek untuk agihan kepada asnaf yang layak. 


Selain tu, Ma ada juga masuk korban atas nama cucu² di Kemboja. Ma ambil 1 ekor lembu, dan letak nama cucu². Last time Ma pernah letak nama abang long. Kali ni giliran abang ngah pula. Alhamdulillah.


Tak banyak bergambar pun kali ni. Ummi pun tak ikut abi dan anak² pergi tengok lembu. Mus'ab beberapa hari ni rajin berjaga malam, pagi² buta ajak ummi berborak. Tak sampai hati taknak layan dia bila dia bagi sengihan comel dia tu. Alahai.. Tapi akibatnya, mata ummi lah yang rabak macam panda 🐼...

Sedap dia tidur tengahari buta.

Melayan anak dara seorang ni bergambar. Manja melekat kakak Fatima ni dengan ummi aih. Suruh main dengan sepupu² pun taknak. Duk lah mengekor ummi kemana². huhu..



Lama sungguh dia tidur. Tak terkesan dek bunyi bising, hiruk pikuk abang² dan kakak².




Ni je lah gambar yang ada. Inipun sebelum saudara abi datang beraya. 

Semenjak ayoh tak sihat dan kami tak buat sendiri dah korban, kurang meriah sikit. Anak² pun tak merasa dah suasana proses dari awal tambat lembu, sembelih, lapah, masak semua tu, buat sendiri dengan keluarga besar dan sanak saudara yang sama² ambip bahagin. Penat, tapi ia satu pengalaman yang bermakna.

Salam aidiladha semua. Taqabbalallah minna waminkum.

Turut berdukacita dengan berita 15 mahasiswa UPSI yang terkorban dalam nahas jalan raya.
Innalillahi wainna ilaihirajiun.






Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015