Showing posts with label Misi Fit. Show all posts
Showing posts with label Misi Fit. Show all posts

Sunday, October 18, 2026

Cont': Terjebak Masuk RC & WLC : Sebuah Kerja Gila

Macam ummi post sebelum ni, ummi masuk RC dan WCL anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan office. Awalnya ummi tak terfikir nak daftar pun. Tapi sebab hasutan dan sesi racun meracun dengan tanda pagar #DemiSunNo.Syatu, dan tiba-tiba wujud group whatsapp #SunRunners, maka kita sahutlah cabaran secara paksaan 🤭.

Untuk RC, pemenang dipilih berdasarkan jumlah jarak larian terkumpul sepanjang tempoh acara. Ada total 157 peserta, of course ramai yang adik-adik umur 20an, 30an. Tengok rekod masing-masing waktu trial run pun dah gerun, apatah lagi bila dah live event. Seram. Tak terkejar dibuatnya. Adik-adik ni sekali lari 10-14-20km. Pace tenang-tenang je 5min/km -7min/km. Yang rajin join HM dan FM pun ramai. Seram tau.

Berbalik kepada tajuk 'Sebuah Kerja Gila'. Apa yang gilanya? Takkan masuk Fitness Challenges ni benda gila? Of course tak kan . This is something good, something healthy, memupuk disiplin kita untuk tunaikan salah satu hak badan, jaga kesihatan, jaga berat badan supaya sihat bertenaga untuk laksanakan tugas dan amanah seharian, nak beramal ibadah, dan boleh jadi part of persediaan untuk menunaikan ibadah Haji, jika diizinkan Allah. 

Yang gilanya adalah persaingan yang sangat hebat dalam kalangan peserta dan usaha masing² nak 'kutip' km. Yang selama ni kita nampak macam asyik duduk saja, nak berjalan kaki jauh sikit dari kebiasaan pun rasa malas mula mengomel.. This time, semua bergerak dan semua aktiviti pun nak on Strava. 🤣🤣🤣. Hatta nak berjalan turun kafe beli lunch pun on Strava. Ayat yang wajib dengar setiap hari, "dah on Strava dah?".. hahahah.

Mereka ni macam tak tahu erti penat ye. Pagi² masuk office pukul 7 pagi, sempat berlari dulu keliling office sampai ke Dataran Merdeka, Padang Merbuk.  Yang WFH pun sama juga. Tengahari, lepas lunch ala kadar, lari lagi di tengah panas rembang, petang balik kerja nanti lari kejar anak 5km lagi, malam sambung lari 10km. Esok pagi bangun awal pagi kombo tahajud dan lari lagi. Eh, korang ni urat dawai tulang besi ke? Enjin superjet ke korang pakai? Kalau ummi nak ikut rentak dierang ni, mau nyawa terbang dulu. huhu.. Tak sakit kaki ke weiiiii???

Tapi, sedikit sebanyak, ummi terbakar juga lah tengok larian adik-adik ni. So, misi ummi, bukan nak beat adik-adik supersonic ni, tapi ummi lebih kepada nak lawan diri sendiri. I've been running 5km at least twice per week for 2 months plus, jadi, this time around cuba push diri sikit untuk tambahkan jarak larian. Lari setiap hari, dapat 2km-5km pun jadilah. Tiada hari tanpa larian 🤪 Pace jangan hirau sangat. Ada juga ketikanya ummi join adik-adik ni berlari/briskwalk di tengahari 🤣🤣 Terbakar muka masing² dek kerana berlari tengah panas. Siap lah bawak baju spare setiap hari. Hari Jumaat lagi rancak ye aktiviti larian tengahari, untuk yg ladies la. Yang lelaki, larian keberkatan menuju masjid untuk solat Jumaat. hihi.. We call it #FunFridayRun. 

Jumlah larian ummi untuk sebulan cabaran ni adalah

.

.

.

.

.



400km 
Noh. Dah macam training nak masuk Ultra. Runners sejati yang rajin masuk FM, Ultra pun tak buat kerja gila lari setiap hari tanpa rest day macam ni ye. Ini semua gila punya kerja.

Percaya tak?
Gara-gara terjebak kerja gila, dan kita pun berusaha nak berikan saingan, walaupun niat asal nak leha-leha je kan.. Tapi bukan untuk top 3 lah.. Top 3 ni dah boleh nampak obvious calon-calonnya siapa. Ada terselit seorang #SunRunners dalam tu dah syukur dah. Kita bagi semangat kat dia untuk kekal top 3. Yang kita ni, sekadar memeriahkan suasana, mengintai ruang untuk saguhati 🤭. Last day pun masih berusaha gigih hingga ke detik yang terakhir. Untuk enjin 40's yang dah hibernate berbelas-puluh tahun, tiba-tiba nak full swing, fuhhh 😮‍💨, ini betul-betul gila. Dah kenapa nak berlari macam orang gila setiap hari kan?? 🤣🤣 Syukur juga dah start berlari sikit² starting Jun 2026. Tidaklah badan terkejut sangat.

Kalau ummi yang bilis ni dapat 400km, yang top 3 tu berapa pula jumlah km mereka?? Mereka jauh lebih gila dari ummi 🤪😂🤣.
Result rasmi tak keluar lagi, kita tunggu lah pengumuman rasmi dari urusetia. Sebab ada semakan data juga di pihak urusetia. Mana² data yang meragukan, yang nampak terlalugila dek akal, akan ditolak bacaannya. Jadi, tunggulah final result nanti yang tak tahu nak announce bila. Berdebar..

Dari segi WLC pula.. Ummi tak buat strict diet pun. Just kurangkan minuman bergula, jaga portion makanan suku-suku-separuh, lebihkan protein intake sebab banyak guna untuk berlari plus protein bagi rasa kenyang lebih lama & puasa.. 

Sepanjang sebulan tu ummi tak minum kopi ke? Ada juga, biasalah ada masa craving kan. Craving ni lagi teruk masa WFH.. hahaha. Sebab kalau kat office, beli makanan kat kafe bawah, pilihan terhad. Tapi ummi akan pilih gerai banyak pilihan sayur. Air pun minum air masak je. Tapi bila WFH, tak sempat masak, semua order Grab je. Bila scroll tu, ya Allah, nafsu tu sukar dibendung. Terbeli la jua CBTL ke Zus sekali-2 kali-3 kali.. hahahaha.. Tapi, lepas minum tu, atau makan lebih ke, ada rasa guilty kan.. Lepas clock off, ummi on walking pad, lari/BW la sampai anak² balik sekolah. Di samping kutip km 😜.

Kalau keluar makan dengan keluarga pula, dulu semua nak order makanan dan air seorang satu. Now, ummi biar anak-anak order dulu. Kakak berdua tu memang ummi akan suruh kongsi je, sebab selalu tak habis kalau order seorang satu. Membazir, dan ummi taknak jadi tong sampah yang terpaksa habiskan makanan. Ummi kan ada misi. Maka, ummi pun akan kongsi je makanan dengan anak² dan abi. Ambil sana sikit, rasa sini sikit. Takpun, ummi order ayam tandoori without roti naan atau chicken grilled. More protein, less carbs. 

Air pun, kadang kalau pergi mamak, teringin nak order teh ais. Tapi this time, ummi order air kosong. Nak rasa manis² sikit, ummi minumlah air anak² dan abi sesedut dua, buat raso-raso. Jadilah. Anak² pun ada yang dah mula order air masak sahaja, atau bawa botol air masak siap². 

Alhamdulillah, ummi dapat turunkan 3kg. Dari 65.7kg, ke 62.7kg, based on timbangan awal dan akhir sesi WLC. 
Yang ni pun tak letak harapan nak menang. Pemenang dikira berdasarkan peratusan penurunan berat tertinggi. Dapat turun berat pun dah syukur sangat. Kalah menang tu belakang kira. 

Alhamdulillah cabaran dah tamat.
Tunggu pengumuman rasmi sahaja, dan lebih penting carta kedudukan Pasukan #Sun🌞 secara keseluruhan.


Does all this stop here? Nope..
Misi ummi perlu diteruskan. Ummi nak capai berat ideal. Mencari angka 5 dipangkal berat. Jauh lagi perjalanan, menuntut disiplin dan consistency.  Dan perlu juga maintain supaya tak naik mendadak selepasnya. Maka, pemakanan sihat tak berhenti disini. Harapannya, seisi keluarga juga akan sama² melalui journey ini, sihat dan cergas sama². InsyaAllah.

Semoga Allah izinkan misi ini berjaya, kurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan buat kami sekeluarga, serta buat para sahabat dan kenalan juga.
Ada satu pesanan anak buah ummi aged 18years old, yang direzekikan menjadi dhuyufurrahman tahun ni, bila mana kami, the aunties tanya dia, apa pesanan untuk kami yang berhajat nak tunaikan haji ni... He said, "Badan kena fit Cik Ily.. Sebab banyak jalan, faktor cuaca dsb.". Maka, the bigger mission here is to become fit and healthy, supaya dapat menunaikan haji sebaiknya, insyaAllah, dan kuat dan cergas juga untuk ibadah² seharian juga semestinya, sehingga hujung usia hendaknya. Allahumma amiin..

Lepas ni nak share tentang #FunFridayRun in the next post. Kisah larian kegembiraan para ibu², misi kutip km plus misi healing dan me-time. 😘😉

Saturday, October 17, 2026

Sertai Running Challenge & Loss Weight Challenge: Struja 2026

Kelab Sukan dan Kebajikan pejabat ummi anjurkan Fitness Challenges 2026 sempena bulan kesihatan. Acara yang dipertandingkan adalah Running Challenge (RC) dan Weight Loss Challenge (WLC). 

Sebelum tu, tepek poster acara dulu.


Merujuk poster ini, ya ummi masuk kedua-dua cabaran ini. Acara RC terbahagi kepada 2 kategori, Lelaki dan Wanita. Tiada pecahan kategori open dan veteran. huhu. Ini sangat mencabar, sebab ramai yang muda-mudi kan. Enjin 4 series belum tentu mampu bersaing dengan yang 2-3 series. 
Acara WLC pula, lansung tiada kategori. Campur lelaki dan perempuan. Takpelah, kita sahut cabaran.

Sebab utama ummi daftar kedua-dua acara ni adalah untuk tambah mata pasukan melalui penyertaan, setelah dipujuk dan dipaksa.. hahahahaha. Setiap penyertaan akan menyumbang 5 markah untuk pasukan. Bahagian Ummi adalah pasukan SUN 🌞. Sang mentari yang menyinari hidup semua. hihi. 

Sebab kedua, ummi memang dalam fasa nak kurangkan berat badan ke paras yang ideal. Bila kita buat sendiri² tanpa push factor, ia macam yoyo. Hari ni turun, esok naik double 🤪🤣. Maka, ummi ambil peluang ni, jadikan push factor untuk ummi turunkan berat. Acara larian pula dapat membantu dalam proses menurunkan berat badan. Menang tu, ummi dah tolak tepi siap2. Sebab misi ummi, nak lawan diri sendiri. Kalau ummi berjaya konsisten dan disiplin, I win over myself. 

Cabaran ni berlansung selama sebulan, bermula 11 September 2026 sehingga 9 Oktober 2026. Jangan tanya kenapa tempoh mula dan tamat tu tak ikut awal bulan, semua tu kerja urusetia, Biro Sukan. Kita follow je. 

Yang ni sedikit sebanyak menjawab kenapa post September run separuh bulan sahaja. Sebab ummi nak kumpul kat sini pulak ✌🏻.
 
Sebulan join challenge ni, seriously macam orang gila. 🤣🤣🤣 Sampai anak-anak pun sedar, tegur dan selalu tanya progress dan aktiviti ummi. But, takpe, it's kerja gila yang baik dan menyihatkan. Dan the whole family support. Syukur alhamdulillah.


Friday, October 16, 2026

2026: September Run


Dah mid October, baru nak share kisah September. Ini pun menaip sambil² dalam LRT menuju ke tempat kerja 🫠..

Walaupun blog sepi dan berjerebu, tapi aktiviti larian tetap berjalan seperti biasa, and even more 🤭. Mind that early September langit Malaysia masih membiru indah warnanya, matahari masih bersinar dan memancar ceria 🌞. I miss that blue sky and the bright shining sun 🥲🥹.

Summary of September run.. Kalau bulan Ogos, ummi maintain lari mostly pada jarak 5km, kali ni, kita cuba tekan lebih sikit sekali sekala 🤭. Dan walking pad yang dah berhabuk, berfungsi semula 😅🤣. Start 2 Sept tu, sebab nak buat lari 6.9km sempena 69 tahun kemerdekaan Malaysia. 


Total steps for September.


Photos captured during my running session.

Anak-anak ajak ke padang untuk riadah petang. Jomlah!



Abang long tiada dalam gambar.


Burung ni banyak dekat Sg. Kerayong tu. Setiap kali morning run kalau lalu sungai tu, nampak la sekawanan burung ni. 
Ni bukan flamingo. Ia burung botak/burung upih sawah.. Painted Stork. 


Ove the scenery of sun rise, flocks of birds flying across. Cuaca pun tenang dan nyaman.





Penunggu setia di laman rekreasi perumahan kami.

Walking pad kembali beraksi 🤭🤪


Kenapa September run hanya separuh bulan je? Ummi dah stop lari ke??

Nanti ummi cerita. ☺️

Tuesday, September 1, 2026

2026: August Run and Shoot

Cuba untuk tidak hangat-hangat tahi ayam untuk ke sekian kalinya. Sekarang ni dalam fasa norma baharu  Hari Bekerja Hibrid (HBH). Senang kata, work from home (WFH), maksima 2 hari seminggu, sambungan daripada WFH konflik Asia Barat sebelum ni. Since bila WFH ni, kita jimat lebih banyak masa yang diperuntukkan untuk travelling to and from workplace, kita gunalah penjimatan masa yang ada tu untuk aktiviti yang boleh seimbangkan kerja dan kehidupan seharian. Work-Life balance gitu. Ummi peruntukkan 30-45 minutes untuk lari/briskwalk. Kalau lari pagi, biasanya akan clock in kerja paling lewat jam 8.30am sehingga 5.30pm. Taknak masuk lewat sangat sebab nanti anak-anak dah balik sekolah, dah tak boleh nak fokus kerja. Kalau plan lari petang pula, ummi akan clock in jam 7.30am dan clock out 4.30pm. Lepas solat Asar, terus pergi berlarian di padang. 5.30pm balik rumah, anak-anak baru je sampai. Just nice. Tapi bukanlah setiap kali WFH pun sempat buat. Sebab kadang-kadang bila kita sedar minggu tu banyak kerja kena selesaikan, dateline bertimpa²,  fokus settlekan kerja dulu, weekend baru curi masa untuk lari. Selain berlari, ia adalah masa untuk me-time juga. Fokus untuk kesihatan mental dan fizikal. Moga Allah rezekikan kesihatan yang baik dan berpanjangan. Semoga terus sihat untuk jaga amanah yang Allah bagi, dan dapat beramal ibadah dengan sebaiknya, InsyaAllah. Allahumma amiin. Amiin ya mujiib.

It's ok to start slow. It's just you, competing with your own self.


Starts with a 3km slow run.. Followed by netball shooting.. Total of 3km + 110 shots in 40 minutes. 


Lupa nak record dari awal shooting, hence duration bawah ni tak reflect the actual. Actual is around 40 minutes of shooting attempt, with only 110 scored = 2~3 shots per minute = 22 seconds per shot. Banyak tersasar nampaknya.


Morning run seems fun and peaceful when the sky are cloudy. 


The after rain run. Mata 'awam' ni dok perhati drainage flow, invert level etc 😅😅. 
Longkang dah pecah, sooner akan jadi scour kalau tak repair. 


Got a running/briskwalking companion dengan hashtag #GossipApa5kmHarini. Hahaha. Bila ada geng borak sambil BW ni tak terasa sangat rupanya. Tiba² je dah nak 5km. This should be our Friday night routine, sementara tunggu anak² training netball. Hopefully, insyaAllah.


Running in between hectic work, motherhood and finding your very own self. There's always a spot for sanity to fit in. You gotta find it.  


Salam Maulidur Rasul. It was a calm day. Langit redup, alhamdulillah. Decided to shoot today, no running. Semalam dah lari, hari ni bagi kaki rehat sikit. Tapi shoot pun kena berlari² kejar bola sebab tiada peneman. It's kinda therapy for me.  Ummi set this activity as aerobics. Lebih kurang lah kan. haha.. 180 shots in 44 minutes = 4 shots per minute = 15 seconds per shot.  Ada improvement di situ. Ahaha.. Of course in that 44 minutes ada masa yang berlari kejar bola yang melantun jauh ke tengah padang.. Aihh.. 


2nd briskwalk session #GosipApa5kmHarini with Finaz 🫣. Moga boleh konsisten lah buat sesi briskwalk ni. Tak sedar masa berlalu bila ada geng borak. Walaupun namanya #GosipApa5kmHarini, it wasn't literally gossiping pun. Cerita² random je. 
 

The night before, ummi berhajat nak join netball fun play. Main santai² no pressure. Ummi dok jadi silent reader je dalam group community netball, tapi kadang² hati ni teringin nak join. Cumanya, timing selalu tak kena. Depa selalu buat weekdays night. Kadang² jumaat malam. Pun ummi tak boleh join sebab kakak berdua tu ada training netball. Bila nampak dalam group depa open untuk sabtu malam ahad, ummi rasa macam ada chance nak join ni. Ummi tanya abi, abi diam tanpa jawapan. Then anak² kata nak tengok movie. Since complete semua anak ada ni, jomlah. Available time untuk movie pula clash dengan netball fun fun. Ummi pasrah je lah. Takde rezeki ummi. Raikan lah anak-anak dulu sebaiknya. Bila tengok depa share video main netball, sayu sikit lah hati ni. hahaha.. Tak payah nak sentimental sangat. 

So, pagi ahad, ummi nekad. Nak pergi shoot. Sesi balas dendam tak dapat main semalam. Tak dapat main fun fun, kita fun fun shoot seorang diri pun jadi lah. Today punya shooting, 200 shots in 45 minutes = 4.4  shots per minute = 13.5 seconds per shot.


Ingatkan nak lari last round di Hari Kebangsaan, sebagai penutup bulan Ogos. Tapi, malas lah pula sebab Mus'ab dah berjaga awal. Hmm.. Kita sambung di bulan September pula lah.. 

Summary aktiviti sepanjang bulan Ogos: ⤵️

Aerobics = Shooting

Overall running distance 36.10km.


Overall steps. Alhamdulillah, ada improvement berbanding bulan Julai. Semoga September lebih baik lagi, insyaAllah. 









Friday, August 7, 2026

July Achievements

Lama tak share tentang larian chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada. haha . Begitulah pasang surut mood dan kecekalan, seperti ombak membadai pantai. Selalu juga nak marah pada diri sendiri, tapi begitulah.. At the end, berbalik pada diri sendiri juga. 

Disebabkan rasa bersalah pada diri, yang selalu mungkir janji sendiri, dan selalu tewas dengan hasutan malas.. Julai ummi cuba bangkit lawan kemalasan.. Dan main reason nya adalah, semenjak dah tak usung 'peti ais bergerak' kesana kemari, berat mencanak naik. 😭😭😭 Dah kujangka dari mula akan jagi begini, sering ingatkan diri agar ambil langkah berjaga² lebih awal, cuba turunkan berat pada paras selamat supaya bila rebound tidaklah ke tahap yang me-mengahkan.. Almaklum, rutin pembakaran kalori sebanyak 500kcal sehari dah terhenti, nak kena cover balik rate pembakaran kalori tu dengan aktiviti seharian dan tabiat pemakanan yang tak berapa nak seimbang memang sukar lah kan.  Namun ingatan diri hanya sekadar sapaan angin lalu. No action, no talk lah ummi oiii..

Nak menyesal pun tak guna. 

My July commitments. Cuba guna peluang dan ruang sebaik mungkin. Kena push aside bisikan² malas.


Alhamdulillah, setelah sebulan dua berhibernasi. I need to give myself some token of appreciation. Walaupun tak seberapa, but at least i have tired to push myself. 
Alhamdulillah dapatlah 5 kali berlari² anak. Larian seminggu sekali kononnya. 


Dari segi total bilangan step pula, untuk bulan Julai berjaya hit 130,000 steps for the whole month, dengan jarak 97km. Sikit lagi boleh join ultra 🤣🤣🤣. Orang lain Ultra 100km sehari dua je. Awak sebulan pun tak sampai lagi 🙂‍↔️😌. Dah, jangan berangan. Steps tu, kalau pergi site visit, memang boleh dapat banyaklah sebab kena pusing keliling site, ukur jalan lagi, jenguk tangki najis bagai kan. Banyak lah dapat kumpul steps. Selain berjalan to and fro LRT setiap hari, dapatlah average 4000-5000 steps daily. Masih tak capai 10k steps per day.. huhu 

Apapun, tahniah untuk diri sendiri.
Semoga momentum dapat dikekalkan untuk bulan Ogos dan seterusnya.
Dan jangan lupa jaga pemakanan juga ummi ye.. 


Sunday, January 4, 2026

Virtual Run 2025

2025 ummi banyak join virtual run (VR).. Readon join VR adalah, sebagai cause untuk ummi lari/briskwalk disamping kumpul medal dan t-shirt yang cantik. haha..

Sebab misi nak fit. Bila nak fit, kena konsisten bergerak, kena aktif. Kat sini lah masalahnya. haha.. Nak paksa diri tu susah, banyak halangan.. Yang paling penting, banyak alasan. Dushhh 🤜🏻👊🏻🤕.

Antara cara nak paksa diri briskwalk/lari, join lah VR. VR ni kita jalan/lari ikut masa dan pace kita. Tak terikat dengan event. Tapi kena complete dalam tempoh masa yang ditetapkan lah kan. Nak lari pace 12 ke 20 ke, tak rasa psiko dengan pace orang lain. Ikutlah kemampuan sendiri. 

So.. inilah VR yang ummi dah join tahun 2025. Ada 1 lagi event, tapi takde medal. Ummi ambil sijil je yang tu. 

Autism awareness run. Autism Warriors. 

Hari Sukan Negara 2025

Larian Kemerdekaan Negaraku

Run for Mental Health Day

Ummah Run: Run for Hope.. for the freedom of Palestine.

Pink Run. Brave Run. For cancer awareness. Ada sumbangan kepada MAKNA. 



6 medals. 7 events.
More to come in 2026, insyaAllah. 


Saturday, November 15, 2025

Reset.. Restart

Few weeks tak datang singgah sini. Rindu nak mencoret macam². Tapi itulah, banyak betul urusan sampai tak sempat nak jengah sini 🥹.

BW pun dah kemana tah. To date, almost 2 bulan la ummi tak mengaktifkan diri berjalan/berlari. Last active mode, sebelum operation. Post operation, kita take time untuk recovery, lepas tu things came one after another. Packed and busy weekends. Works, kids stuff & activities, health.. Dengan tak cukup tidur lagi.  Badan ni dah macam tearing apart. Lenguh sana sini. 

Kenangkan ummi ada 2 Virtual Run event, eh.. tak boleh jadi ni.. Susah nak outdoor sekarng sebab abi kerja tak menentu masa. Kadang subuh baru balik. Mana nak tinggal si kecil Mus'ab tu kan. Maka, jom rasmikan walking pad yang beli sebelum operate hari tu. 2 bulan dia tersadai. Semua tak berani guna selagi ummi tak rasmi. hahahaha.  

My restart kickstart. huhu.


Niat hati nak push sampai 10km. Tapi Mus'ab dah bangun. Dia dah laju menyulur dan bertatih² merangkak. Nanti dia panjat pula WP ni. huhu. Jenuh mak.

Cukup dulu la 5km for reset & restart. 
Ada hutang lagi 8km. 

Beli WP murah je. RM200++. Lupa harga sebenar sebab lama dah beli kan. haha.


Sebenarnya berkenan yang Gintell CyberTrek warna biru putih. Tapi harga dia Rm1000++. Takpelah, kita pakai yang ni sehabis baik. Ada rezeki, kalau konsisten dan betul² guna, baru upgrade. Yang ni pun, 2 bulan terperuk ummi oii.. 🥴. Dah, jangan ikut nafsu sangat. Kehendak je tu. Yang penting, matlamat utama tercapai.

Semoga kali ni MisiFit jalan terus, takde belok². Berapa kali nak reset dan restart kan??? 
 

Friday, September 19, 2025

An Evening With Kids at The Park

Hari selasa baru ni.. Alhamdulillah pagi ummi dah selesai BW 5.5km, alone. 

Petang, anak² tuntut nak ke taman. Maka moh lah.. Ada yang berbasikal, ada yang berskuter, ada yang bawa raket badminton, ada juga yang kendong adik kecil.. Hahaha.. Ummi bawa troop of 7 ke taman di petang hari.. Nak main badminton, berangin pula cuaca petang. Letih kejar si buku tangkis.. huhu.  So, let kids cycle, run, scoot with all their heart. Ummi pun, ambil peluang lah untuk cukupkan 10k steps for that day. Alhamdulillah manage to get 12k steps. 



Gambar random mana yang sempat je. Sebab yang lain bertebaran, bertempiaran ikut suka hati. Mek Fatima ni forever bodyguard ummi. Nak ke mana pun, mesti nak ikut ummi. hihi .

Tuesday, September 16, 2025

Insaf Lepas Bercuti

Lepas berjalan² cuti 3 hari, balik timbang berat, timbul keinsafan di hati.. Sebab berat naik 2 kg 😅🥹😭

Nak turun bukan main susah ye, berbulan baru dapat turun 2kg. Tiba tang naik, sekejap je meroket. Sadis.

Maka, moh le sambung BW..





Saturday, September 6, 2025

Sweat-turday

Hari ni kita mula BW awal sikit, sebelum abi pergi kerja. Kalau pergi seorang diri, pukul 7.10am ummi dah gerak. Tapi tunggu anak bujang seorang tu. Dah janji dengan dia nak pergi taman. Mampu bawa dia seorang je lah pun. huhu .


Alhamdulillah. 5.5km for today. Awalnya berlari²an jugalah.. Tapi bila heart rate mencanak naik ke 181bpm, kena slow down lah.. Thus pace macam anak tangga. Takpelah.. aim sebenar nak cukupkan steps, bukan nak cepat² pun. So pace bukan parameter utama. 


Peneman untuk pagi ni. Tumpang ambil gambar depan gate rumah orang. Berkenan betul dengan pintu arch ni. Cantik.

Cuaca redup pagi ni. Alhamdulillah. Kalau mula awal, redup lah sikit kan. Kalau pukul 8am baru nak gerak, matahari dah mula mencacak.


Nah pancaran matahari mula menembus awan. 

Selesai jalan/lari, singgah kedai beli roti canai untuk rakyat jelata di rumah. 

Hari ni ada 2 jemputan kahwin. Tak pasti dapat hadir ke tidak. Kena tengok abi balik pukul berapa. Kalau tengahari, boleh nak pergi kenduri. 

Jangan lupakan sahabat/saudara kita yang sedang mengharung gelombang ombak demi misi memecah benteng sekatan di G*za.. Fii hifzillah, fii amaanillah.. 

#sumudnusantara 

#globalsumudflotilla





Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015