Monday, October 1, 2012

Faheem Admitted

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Last two weeks aku agak sibuk.
Sibuk dengan kerja dan sibuk menjaga anak yang tak sihat.
Seminggu aku tak masuk office.

Hari Selasa dan Rabu aku pergi site - Singapore dan JB.

Hari Selasa malam, hubby message telling that Faheem asyik merengek. Tak boleh nak tinggal.
I thought, biasalah tu. Sebab memang selalunya bila tinggal berdua dengan aku macam tu lah pe'el dia.
Tak boleh hilang dari pandangan dia lansung.

Wednesday morning, hubby told me that dia EL, Faheem tak sihat. Faheem kerap muntah and berak.

Petang, masa aku on the way balik ke KL, hubby cakap punggung Faheem merah teruk macam melecet.
Maybe sebab tu dia asyik merengek. Pedih.

Aku sampai rumah around 8.30 p.m. Faheem tak demam. Cuma kerap berak dan muntah.
Bila tengok Faheem keep on nangis, kami tak sampai hati. So decided to bring him to clinic.
Masa tu dah almost midnight. Cari klinik yang open 24 hours. Found one.
Unfortunately, masa kami sampai, doc baru keluar makan.
We don't want to wait. So, head to hospital.
Berfikir-fikir nak pergi government or private hospital.
Since kami dah buat medical card untuk Faheem dan memikirkan kalau masuk hospital kerajaan aku kena jaga Faheem sorang diri, dengan perut yang makin memboyot dan kepenatan balik dari site, we head for private hospital which is Hospital Pantai Ampang yang hanya beberapa langkah from our house.

Doc cakap Faheem diarrhea and have to admit sebab takut dehydrated since Faheem kerap muntah dan berak.
Kena pasang IUD drip.
Masa doc pasang jarum drip tu, aku dan hubby duduk luar.
Meleleh airmata aku dengar si anak menangis terjerit-jerit sampai nak hilang suara.
Dengar Faheem cakap "nanak" and calling "ayah" again and again.
Meruntun jiwa aku dengar dia nangis macam tu.
Sambil tu dengar doc and nurse cakap
"Kuatnya dia. Dia keraskan badan lawan balik."
Faheem memang fighter. He fights to be bornt and to live. 
Masa nak lahirkan Faheem dulu pun nurse cakap Faheem kuat sebab aku ambil masa agak lama untuk push him out. But Faheem still sangat aktif masa tu.  No sign of macam nak lemas or whatsoever.

Bila dah siap pasang drip, aku tengok Faheem berbalut dengan selimut. 1 doc and 3 nurses, bergelut dengan Faheem nak pasang drip. Tu yang terpaksa balut dengan selimut sebab aku boleh imagine kaki die menendang-nendang and tangan die akan cuba halang orang pegang dia. 

Faheem still nangis tersedu-sedan. Sedihnye.

Sedihnya Faheem

Hubby dukung Faheem. Then nurse bawak ke ward. Duduk two-bedded room.
Disebabkan aku masih keletihan travelling from JB to KL, hubby suruh aku tidur while hubby jaga Faheem.
Tak sampai hati nak biarkan hubby berjaga sorang.
Faheem nak berdukung je. Bila dukung sambil berdiri, elok je dia tidur. Bila hubby cuba nak letak dia, terus terjaga and continue nangis.
Lama jugak hubby dukung Faheem berdiri, then cuba untuk duduk slowly supaya Faheem tak terjaga.
Kesian tengok hubby tidur atas kerusi.
Bila tengok Faheem dah lena, baru alih dia ke katil.
Mungkin sebab Faheem dah letih sangat menangis, so dia tak sedar pun.
Tapi tengah malam beberapa kali jugak dia bangun merengek-rengek.
Kesian anak Ummi.

Maktok melawat Faheem

Semoga Faheem cepat sembuh..Amin..

Jiran Faheem kat wad. Diarrhea jugak.

2 days bermalam di Hospital Pantai.
Bila doc tengok Faheem ok minum susu, dah tak muntah, doc off kan drip.
Ada masa Faheem ligat main.
Bila tak rasa pedih la tu.
Tapi once dia poo-poo, punggung dia pedih, memang merengek je.
Nak cuci pun menjerit-jerit. Terpaksa bergelut dengan dia.
Nak pakaikan diapers pun satu hal jugak.
Hubby pegang Faheem while aku sapukan zinc oxide cream untuk reduce rashes and protect skin dari kena direct contact dengan poo-poo or air kencing which may worsen the rashes.

Faheem admitted hari Rabu malam. Hari Jumaat dah boleh discharge. Since dia boleh makan and minum macam biasa, no risk for dehydration. Cuma still kena monitor diarrhea, makan ubat and sapu cream.
Sepanjang kat wad, hubby yang banyak jaga Faheem sebab most of the time Faheem nak melekat dengan Abi je. Tambahan pulak, Faheem cepat bosan duduk dalam bilik. Asyik nak berjalan keluar. Ummi tak larat nak kejar Faheem. So Abi la yang setia teman Faheem main kat play room, pusing satu wad.

Thank you dear. For being such a great Abi to Faheem.

Alhamdulillah, now Faheem dah fully recovered.

Published with Blogger-droid v2.0.1

1 comment:

  1. Alhamd.. Mmg meruntun jiwa kan dgr dorg nanges ms kena cucuk ng doc tuh.. Irfan ms 4bln pun slalu kuar msk wad. Bila msk drip tuh, dia mmg xselesa. Abes dia cabut walopon dh berbalut. Memancut2 darah! Adoiii.. Lg la kesian tgknya. Bonda dia nie plak yg nanges beria2! Haha..

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015