بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Sambung balik kisah post delivery..
Banyak nak tulis..
Tapi sebab stuck dengan thesis, terpaksa postponed benda lagha ni dulu..
Kalau tak sampai ke sudah la den ni tak grad...
heehuuu...
Ni baru boleh sambung..ngeeee...
Post delivery, kan Faqeeh kena warded to monitor jaundice due to G6PD..
Sangat lain perasaannya okeh..
Aku ingat aku lebih kuat sebab dah lalui masa Faheem dulu..
Hakikatnya, kali ni lagi sarat dengan emosi..
Alkisah jaundice si adik yang turun naik reading TSB nye...
Melihat si anak terketar-ketar tidur bawah photo lamp dalam bilik ber-aircond tanpa baju, tanpa selimut..
Cuma pakai pampers je..
Sampai kering-kering kulit Faqeeh..
Kadang-kadang bila tak sampai hati tengok Faqeeh menggigil kesejukan, aku balut jugak dengan selimut sekejap..
But I know, it's not good..
Lampu tak kena direct to his skin, lagi lambatlah kuning nak turun..
Despite of that
Hati ni, rindu sangat kat si abang...
Dari hari pertama aku warded, sebelum bersalin..
Dah rasa rindu sangat kat dia..
Rindu telatah dia..
Sambil-sambil tunggu 'jalan' nak buka tu, sambil tu dok layan rindu kat hero sulung..
Bila kena dok wad seminggu, aduhhh...lagi tak tertahan rindu ni..
Meleleh gak airmata aku dek kerana rindukan anak....dan abi nye...hehe...
Setiap hari my zawj akan call, bagi Faheem cakap dengan aku...
Terasa dia dah besar sangat, dan bijak...
My zawj tanya nak jumpa Faheem tak?
Mestilah nak....Hati ummi ni dah terlalu sarat dengan rindu...
Tapi, Faheem tak boleh masuk wad pediatrik..
Macam mana nak jumpa Faheem...
The first time my zawj bawa Faheem, ayah ikut sekali...
So, sementara my zawj masuk, ambil turn dengan aku jaga Faqeeh, Faheem duduk dengan ayah..
Aku jumpa Faheem depan wad..
Gembira yang tak terkata..
Tak terbendung rasa rindu ummi kat kamu sayang...
MashaAllah...anak ummi makin ligat, makin bijak, makin petah...
Faheem masih ingat baby dalam perut ummi walaupun perut ummi dah kempis..
Tapi die macam pelik tengok perut dah tak boyot..
Second time, my zawj datang berdua je dengan Faheem..
Bila dah sampai depan wad, my zawj call..
Aku keluar, tinggalkan baby sekejap..
Then my zawj masuk jaga baby while aku layan Faheem..
Bila baby nangis, kami switch balik..Aku masuk susukan baby, my zawj dengan Faheem..
Tengah bf baby, terdengar suara Faheem..
Rupa-rupanya my zawj dengan Faheem dah dalam wad, duduk dekat satu bilik belakang kaunter discaj.
Macam bilik menuggu or bilik rehat..
Ade sofa, tv dengan flyers..
Entah apa my zawj bodek dekat guard & nurse sampai dapat bawak Faheem masuk..
hehe..
Buah pear, pencuci mulut untuk lunch, aku bagi dekat Faheem.
Sebab dia suka makan buah..
Khusyuk dia makan buah sambil tengok tv..
Lama jugak aku habiskan masa dengan dia sambil makan nasi goreng my zawj tapau dari Gombak.
Tak lama lepas tu guard datang.
Dia cakap jangan lama-lama.
Nanti sister marah.
Ok..dapat jumpa Faheem sekejap, dapat peluk cium dia pun dah good enough for me..
Sungguh, seminggu tu memang sangat meruntun jiwa.
Mungkin sebab tak boleh solat, rasa diri kotor (walhal baru je dibersihkan dan disucikan)..
Jiwa sangat lemah..
Penguat semangat adalah sentiasa ingat Allah, basahkan lidah dengan zikrullah..
Mudah-mudahan dengan mengingati Allah, hati akan tenang..
faheem dah besar...good boy =D
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Delete