Monday, March 4, 2013

Wahai Jiwa Yang Tenang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلا م عليكم و رحمة الله و باركته


Kenapa jiwa tak tenang?
Cuba selidik balik apa matlamat hidup kita...
Ramai orang hati/jiwa tak tenang sebab selalu risaukan apa orang akan kata...

Tetapkan matlamat hidup..
Lakukan setiap sesuatu itu untuk mendapat redha Allah, bukan penghargaan manusia..
Kalau penghargaan manusia yang kita harapkan, kalau pujian yang kita nantikan, jiwa kita akan sentiasa dihantui kegelisahan...
Kita risau orang tak puji, kita risau orang keji, kita risau orang lebih dari kita....
Kita akan sentiasa rasa tidak cukup dengan apa yang kita ada, apa yang kita buat...
Tapi kalau redha Allah yang kita harapkan, biar sekecil mana pun sumbangan, biar apa yang kita buat tidak dihargai oleh manusia, tapi bila kita buat dengan niat kerana Allah, in sha Allah, jiwa kita akan lebih tenang untuk perkara yang sedikit itu...

Ya Allah ya TUhanku, Kau tetapkanlah hati hambaMu ini, Kau hijabkanlah hatiku yang sering berbolak balik ini dari penyakit-penyakit hati, izinkan aku mencari redhaMu Ya Allah...Ameen Ya Rabb..

Perkongsian ilmu dari rancangan Halaqah Edisi Masjid Episod Wahai Jiwa Yang Tenang..


Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015