Wednesday, November 20, 2013

Family Trip: Kota Kinabalu ~ #8 D'Izz Homestay Kundasang


Belum habis lagi cerita KK trip wehh..
Banyak part lagi nih...huhuhu..
Sambung balik...

Second day tu, kami bermalam di Kundasang..
Dah 8 part kisah KK Trip ni, baru hari kedua?? Hoiii...Aku pecahkan ikut lokasi kejadian..
Senang sikit nak cerita..Gambar pun baaaanyak gila kekdahnye..

Ni lah tempat tidur kami untuk semalaman di Kundasang. D'Izz Homestay..
Tu dah ada contact number siap, call sajoh kalau nak ke sana..



The homestay..Ada 4 unit semuanya.
Yang bawah nama Damia Izzatie & Damia Izzyanie kalau tak silap..
Yang belah atas nama lelaki pulak..Tapi stok D'Izz lah semuanya..
Setiap unit ada 3 bilik..
Kami ambil 2 unit belah bawah.


The view from our homestay..Puncak Gunung Kinabalu..
Nyaman betul kat sini..I love the green scenery...Subhanallah..

Yang  bangunan depan ni, office dia rasanya. Lepas tu yang memanjang kosong belah kanan tu, tempat untuk BBQ. Baguskan....Proper je tempat membakar..
Dan lagi satu yang aku suka tempat ni, bila kau check-in, masa tu dia akan bagi satu kotak plastic storage berisi pinggan mangkuk, cawan, sudu, pisau..
Kiranya benda-benda tu dijaga elok, dan insyaAllah, terjamin kebersihannya.

Happy sakan adik Faqeeh tu..

Budak-budak memang excited sungguh kalau dapat kawasan lapang macam ni..



Condition rumah sangat memuaskan..Air paip sejuk gilos..Macam air batu.
Nak cebok boleh nangis rase...Heater ade untuk shower..
Air dia nampak putih keruh sebab pakai air gunung. Tu yang sejuk macam ais tu..
Katanya air kat sini free...Untunglah kan..

Sementara tunggu nak mandi petang, study dulu together-gether..

Belah malam kami buat BBQ..Bahan-bahan nak dibakar actually dah beli awal pagi sebelum check-out dari Marina Court Apartment. Simpan dalam polisterin penuh dengan ais.
Ada ikan, udang dan sotong.
Sepanjang perjalanan duduk dalam kereta hoiii...Mujur tahan beku sampai ke malam..

Chefs of the night..



The jagung boys..Seronok kemahen masing-masing makan jagung bakar...

Ni pulak aksi beratur tunggu turn disuap nasi. Dah macam dalam penjara la korang ni. Tapi yang duduk belah dalam nye Makngah korang. Korang tu bebas berkeliaran..hahaha.
Teringat zaman hingusan dulu, bila berkumpul sepupu sepapat, macam nilah bila time makan..Beratur panjang tunggu turn disuap. Lepas suap, bertempiaran lari..Pastu beratur balik...Seronok betul..

Makan time...

Kenyang makan BBQ, kita tidur puas-puas. Esok sambung berjalan lagi..

5 comments:

  1. Replies
    1. satu malam rm350 rasanya. untuk sebuah homestay.

      Delete
  2. T/kasih... kerana sudi memilih d'izz sebagai tempat persinggahan

    ReplyDelete
  3. salam... t/kasih promote d'izz hstay... lain kali datang lagi ya...

    ReplyDelete
  4. mmg best tido kt sini...23 okt 2013 pun bwk fmlly mengnap kt d'izz seronok diorg...selesa bersih...kmi mnginap umah atas...umah biru..hhhehe...tq layanan terbaik...

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015