Tuesday, November 19, 2013

Hytex Warehouse Sale Ampang


Orang yang rajin update aku pasal Hytex Warehouse sale ni adalah Kangah ku...
Sebelum ni kalau dia inform pun, tak pernahnye aku pergi. Sebab jauh.
Malas nak keluar rumah pagi-pagi semata nak terjah sales..
Aku tak gigih weh.

Kali ni, masa kangah bagitau kat whatsapp, dah ler gambar lambat gila loading..
Aku bace blur2 je..


Dah habis download gambar baru faham..adehh..
Sale kali ni dekat dengan rumah Mama rupanya. Belakang rumah je hoii..
Tempat aku dok ligan masa zaman hingusan dulu..huhu..
Rugi kalau tak pergi hoiii...Jalan kaki lenggang lenggok je.. 

Tengok dia punya berangan nak ulang alik berkali-kali...

Tapi 16 Nov tu ade twins wedding kat Subang. And another wedding of our TIKL's friend kat Banting. Harapan lah kau nak terjah hari Sabtu tu. Tak sempat punya.
Hari jumaat kalau kau gigih ambil cuti boleh la..
Sudahnya hari Ahad baru ade can nak terjah..
Kangah yang konon koya kata pukul 9.30 nak terpacak tunggu depan dewan tu? Takde maknanya lah...
Pukul 11 aku sampai, dia pun baru je masuk...
My zawj suruh aku je masuk. Dia tunggu kat masjid. Kebetulan ada kuliah kat masjid ubudiah tu..Aku menyopping dengan Faqeeh ler..
Letih selongkar baju sambil kendong si adik. Carrier takde pulak, dah di pos ke Gombak..
Gigih aku kirai baju dengan adik Faqeeh sambil heret bakul. Sesekali aku letak je Faqeeh dalam timbunan baju tu..
Kalau dah macam tu gaya, memang takdelah nak snap sekeping pun gambar kat lokasi kejadian..huhu...

Aku pakat ambil je baju yang berkenan di hati sampai penuh bakul. Lepas tu baru wat screening..Intai-intai bajet dalam purse..choiiii...
Agak-agak tak tahan dukung Faqeeh, aku mintak kangah tolong jagakan bakul aku. Nak gi Hantar Faqeeh kat Abi dia..
Hantar adik, datang balik dengan abang. Takpe, abang boleh jalan sendiri..

Masa nak buat screening, aku tanya Faheem mana yang dia nak...
Senang cerita. Biar dia pilih sendiri..
Excited anak teruna bila ummi bagi kuasa memilih...
Tengok duit tak cukup hoiii...Screening lagi buang mana yang tak perlu..Termasuk baju untuk ummi sehelai..
Demi anak hai...Takpelah ummi tak dapat baju..Berkorban untuk anak kate kau..

Hasil rembatan...

Ni t-shirt abang Faheem.
Range harga dari rm6.00 ke rm12.00..

Baju tidur Faheem..Kan aku kate suruh Faheem pilih sendiri...Tak perasan corak baju yang sama..Adeh la..Yang seluar putih tu memang aku pilih. Yang seluar merah tu, aku suruh Faheem pilih antara tu dengan lagi satu seluar warna biru. Yang seluar biru baju dia lengan panjang. Dah Faheem pilih yang merah ni, aku tak cek pulak corak baju. Dah balik baru perasan. Lantak la.. kat kolar baju je lain sikit..huhu..
Harga baju tidur rm15 sepasang. Seluar khaki tu pulak rm18. Yang ni takde saiz untuk adik..

Ni pulak baju adik Faqeeh..

Baju tidur sepasang je sebab baju tidur adik banyak lagi elok-elok. Yang abang punya semua dah dipindah milik ke adik. Huhu..

My zawj tanya murah sangat ke? Bagi aku, murahlah. Sebab tengok tag harga asal yang jual kat jusco dll, ade yang rm30+, rm40+..

Total damage RM 125..
Itupun setelah berapa kali screening dan pinjam duit Kangah 5 hingget..
Haha..

2 comments:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015