Monday, February 23, 2015

Umrah : Tahallul / Bercukur

 


Rukun Umrah ada lima iaitu :-
1) Niat
2) Tawaf di Baitullah
3) Sae’i di antara Bukit Safa dan Marwah.
4) Bercukur atau bergunting
5) Tertib

Tapi kat sini aku nak kongsi kisah pasal bercukur. Kisah yang aku kongsi pasal umrah dalam blog ni mostly ilmu dan pengajaran yang aku sempat kutip dari Ustaz Haryanto sepanjang kembara umrah bersama Ustaz tahun lepas. Kalau nak tahu pasal rukun umrah serta tatacara umrah, ada banyak sumber lain yang tentunya lebih terperinci penerangannya.

Back to the main topic
Kalau tengok pada pengertian bercukur itu...

Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya. Dan bagi wanita dengan sekadar panjang jari tangan dan dilakukan selepas Sa’i. Dengan ini terlepaslah dari pantang larang yang dikenakan semasa dalam ihram.
Dulu aku pernah mention, Ustaz akan buat sesi post-mortem setiap kali selesai ibadah umrah. Terutama umrah buat pertama kali dan yang kali kedua.

Post mortem usai umrah yang pertama, Ustaz cuba untuk merungkai sebarang kekeliruan dan keraguan para jemaah mengenai umrah yang baru sahaja mereka selesaikan. Adakah umrah tersebut sah atau terbatal, sekiranya ada jemaah yang melakukan perkara yang dilarang dalam ihram, apa tindakan selanjutnya. Kata ustaz, sebarang permasalahan, lebih baik di selesaikan segera. Jangan malu, jangan segan untuk bertanya. Penting untuk kita jelaskan dan jernihkan sebarang keraguan yang bersarang dalam hati jemaah supaya sebarang kesilapan atau kesalahan yang dilakukan dalam umrah pertama, dapat di selesaikan dengan cara yang sepatutnya dan juga tidak diulangi lagi semasa umrah yang seterusnya. Dan paling penting, rasa ragu dan was-was itu tidak terbawa-bawa sampai pulang ke Malaysia nanti sebab implikasinya agak berat. Dari sekecil-kecil was-was, boleh menyebabkan kita mula meragui setiap amal ibadah yang kita lakukan. Ustaz bercakap berdasarkan kisah benar di mana ada jemaah yang pulang dari menunaikan haji, merasa was-was akan ibadat haji nya, terbawa-bawa sehingga beliau mula meragui ibadah-ibadah lainnya, lantas mengalami kemurungan. Allahuakbar..Nauzubillahiminzalik.

Seterusnya, post mortem bagi umrah yang kedua.
Ustaz mulakan dengan recap kembali permasalah/keraguan yang dibangkitkan usai umrah pertama. Alhamdulillah, majoriti jemaah sudah memahami penjelasan Ustaz dalam sesi pertama dahulu dan tidak banyak soalan diajukan.
Then, ustaz pulak bangkitkan satu permasalahan. Ustaz kata, masalah ini biasanya terjadi untuk umrah kali kedua dan seterusnya. Untuk umrah pertama, selalunya, tidak wujud masalah ni. Dan ia tertumpu kepada jemaah lelaki. Jarang-jarang atau hampir tidak pernah terjadi di kalangan jemaah wanita.

Apakah masalahnya?
Tentang tahallul / bercukur / bergunting

Semasa umrah pertama, usai sa'ie, jemaah akan bercukur / bergunting sebagai menandakan jemaah bebas telah bebas dari larangan-larangan semasa di dalam ihram. Jemaah wanita kebiasaannya sekadar menggunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Ade ke jemaah wanita yang bercukur botakkan kepala?? Jarang sangat kita jumpa kalau ada pun kan.
Tapi kebanyakan jemaah lelaki akan mencukur rambut sehingga botak. Untuk umrah yang pertama, tiada masalah di situ.

Untuk umrah kedua, ustaz tanya pada jemaah yang telah membotakkan kepala semasa umrah pertama, bagaimana para jemaah bertahallul?

Ada jemaah yang menjawab, sekadar melalukan mata gunting / pisau pada kepala, memandangkan kepala sudah pun di botakkan semasa umrah pertama. Ustaz panggil jemaah tersebut datang hampir kepada ustaz, ustaz usap kepala jemaah tersebut..

Kata ustaz, tidak sah sekadar melalukan mata pisau di kepala sahaja.

Kenapa???

Sebab, tahallul itu seelok-eloknya bercukur ataupun memadai dengan menggunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Bagi yang BOTAK LICIN, memadai dengan melalukan mata pisau di kepala.

Tahu BOTAK LICIN tu macam mana?
Macam ni haaa...Yang licin berkilat ni..Kalau kita sapu kepala tu, licin je.. Takde rasa tajam-tajam..
http://www.thedvshow.com/wp-content/uploads/2011/01/bald_head.png 
Kalau ada rasa tajam-tajam, tu bukan botak licin. Yang tu tak sah sekadar melalukan mata pisau. Nak gunting? Confirm tak boleh sebab mata gunting pun takleh nak lepas.
Jadi bagi kes macam ni, yang terbaik adalah bercukur.
Maka Ustaz pun terus suruh jemaah tersebut dan jemaah-jemaah lain yang merasakan mereka dalam kategori yang sama, segera mencari pisau cukur dan bercukur bagi membebaskan mereka dari pantang larang ihram. Sekiranya mereka telahpun melanggar pantang larang ihram sebelum mereka bertahallul yang sebenar, hendaklah membayar dam.
 Masa sesi post mortem yang dibuat di dewan makan hotel ni, ada juga jemaah dari agensi lain dan juga jemaah yang datang menunaikan umrah sendirian berhad yakni tanpa melalui agensi, turut sama memasang telinga mendengar sesi post mortem kami. Maka ada jugalah dari kalangan mereka yang turut sama bergegas mencari pisau cukur bagi bertahallul dengan cara yang betul.

Semoga ilmu ini bermanfaat buat anda yang bakal menunaikan umrah / haji.

2 comments:

  1. saya botak nak buat macam mna masih ada rambut boleh saya gunting ???
    sbb saya masih sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah cukur botak, mmg tak boleh nak gunting dah. cuba rasa kepala, ade rasa tajam2 anak rambut? kalau ada, kena ambil pisau cukur & bercukur. tak boleh sekadar melalukan mata gunting/pisau.

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015