Secara jujurnya, aku adalah seorang yang sangat dependant pada suami.
Sangat-sangat.
Dan tempat pergantungan kedua adalah my parents, of course.
Dengan jarak rumah yang tak berapa jauh dengan parents, boleh bayangkanlah tahap pergantungan aku pada family.
Dulu anak-anak parents aku jaga.Bila zawji outstation, aku akan berkampung sekali kat rumah mama.
Tapi my zawj jarang outstation lama.
Sejak bulan 3 tahun lepas, anak-anak kami hantar ke pengasuh.
Sesekali bila zawji outstation, berkampunglah kami 3 beranak di rumah mama. Tapi tahun lepas Faheem belum sekolah.
Tahun ni, Faheem dah mula sekolah.
Hujung bulan 2 yang lalu my zawj ada company trip ke Korea.
Plan asal aku, aku belajar berdikari, duduk di rumah sendiri, uruskan anak-anak sendiri.
Unfortunately, kesihatan aku waktu tu kurang mengizinkan.
Mabuk dan mual, blood pressure pulak tiba-tiba drop ke 80/60..Allahu..
My zawj tak berani nak tinggalkan kami 3 beranak di rumah, risau kalau aku pitam etc.
So, berkampung lagi di Ampang dan Faheem terpaksa ponteng sekolah 2 hari.
Two weeks after company trip, my zawj kena outstation ke Myanmar. New baby project.
He'll be in Myanmar for 9 days (10 days initially). And it happens that minggu tu mama ada appointment HKL in which Mama akan diberi suntikan bahan radioaktif ke ape tah. Once injected, within 24 hours, she have to keep a certain distance with toddlers and pregnant women due to radiation. Mama kata takpelah, lepas test tu nanti, Mama stay upstairs je lah until 24 hours.
Allahu..Tak sampai hati pulak nak biarkan Mama sampai macam tu. Terpaksa duduk kat tingkat atas rumah semata-mata sebab kami 3 beranak. So, I decided that I will just stay at our home sampai kesan radiasi hilang. Mujur jugak tengah cuti sekolah, takde lah serabut nak siapkan Faheem pergi sekolah..Hihi..
How was my challenge of being an independent mom?
Aku rasa ramai je ibu-ibu yang hebat boleh berdikari buat semua sendiri.
Tapi untuk aku yang sangat bergantung dengan zawji ni...Fuhhh..
Ya Allah..Tahap pergantungan aku kat zawji memang super tinggi sampaikan stroller anak-anak pun aku tak pernah buka sendiri.
Pagi-pagi my zawj hantar aku ke LRT then hantar anak-anak ke sekolah dan pengasuh.
Setiap hari balik kerja, my zawj yang angkat kain di jemuran. Then dia basuh kain dalam mesin. Then dia jemur kain. Dan lipat kain pun most of the time dia yang buat.
Buang sampah, vacuum rumah pun mostly dia yang buat.
Hari pertama mengurus diri dan anak sendirian..
Bila diri sendiri dah siap, kejut anak-anak, taknak bangun pulak Mujur lah dah pesan kat my zawj awal-awal suruh bawak turun stroller for standby. Terkial-kial aku nak bukak stroller. Padahal stroller umbrella fold je. Tapi sebab tak pernah bukak sendiri, kelam-kabut lah.
Letak abang dalam stroller, kendong adik dalam ssc carrier. Hantar ke rumah pengasuh.
Then balik rumah ambil barang-barang aku, naik teksi ke LRT dan ke office seperti biasa.
Balik pulak, dah selalu jugak balik naik teksi bila zawji overtime dan ambil anak-anak sendiri, so wasn't a problem.
Syukur jugaklah sebab petang masa mabil anak-anak tu, pengasuh akan make sure anak-anak makan nasi. Siap pesan kat anak-anak suruh makan banyak supaya malam ummi dah tak payah siap nasi untuk anak-anak..Allahu..
Tapi aku dah pun beli siap makanan yang tak berapa berat lah. Cukuplah untuk aku kalau anak-anak dah kenyang makan kat rumah pengasuh. Means tak payah bersusah nak masak lagi dah.
Cuma mak yong yang hormon belum stabil menjaga 2 orang hero yang sedang dalam fasa membesar dan aktif serta sel-sel otak yang aktif berhubung, Allahuakbar..
Salute betul lah kat mommies yang anak lebih dari seorang, yang LDR dengan husband tu..Ya Allah, hebat sungguh mereka manage diri, masa dan anak-anak.
Hari kedua dan ketiga tak banyak beza. Cuma masa hantar anak-anak ke pengasuh di hari ketiga. Pesan kat anak-anak, ummi tak larat lah nak kendong Faqeeh dalam carrier. Senak perut. Kesian baby dalam perut. Mengharapkan anak-anak bertolak ansur, duduk berdua dalam stroller tu supaya mudah ummi nak tolak sampai rumah pengasuh.
Abang yang banyak akal cakap, "Ummi, tempat duduk kan ada satu je. Faheem je boleh duduk. Kalau ada dua tempat duduk baru boleh duduk dua-dua. Faqeeh jalan kaki je pergi rumah mak."
Alahai abang. Puaslah ummi merayu dan pujuk abang supaya bagi ruang kat adik duduk kat belakang abang. Tapi abang kata abang letih, abang nak sandar je. Kalau Faqeeh duduk belakang, abang tak boleh sandar. Bila ummi suruh adik Faqeeh duduk depan, abang kata tak muat. Ummi memang taknak kendong adik dah. Adik pulak, kalau dibiar jalan sendiri sambil ummi tolak stroller, macam mana nak pimpin adik. Dan adik pantang dibiar lepas bebas, laju je dia nak berlari ke tengah jalan.
Kalau abang taknak bertolak ansur, ummi cadangkan semua jalan kaki. Tak payah tolak stroller. Tapi abang dah landing sedap dalam stroller dan tak mahu turun. Ya Allah. Abang oh abang..
Last option, ummi negotiate dengan adik. Ummi ajak adik tolak stroller sama-sama. "Adik kuat kan. Jom kita tolak baby abang." Abang sengih-sengih. Mujur adik setuju tanpa bantahan.Alhamdulillah..
Sampai rumah pengasuh, mak ketawa tengok adik tolak abang. Ni dah terbalik kata mak. Abang pulak jadi baby. Hahaha..
Baby abang...Lepas gian nak duduk dalam stroller..hihi
Kerja rumah pulak, of course lah kena buat sendiri. Basuh baju, jemur baju, lipat baju, buang sampah. Vacuum je tak sempat nak buat.
Tapi 3 hari tu je lah. Lepas tu dah balik Ampang dah since kesan radiasi mama dah hilang.
Huhuhu~
Tak terbayang lah aku hebatnya para ibu yang PJJ dengan husband, uruskan anak-anak sendirian.
Tabik spring lah..
No comments:
Post a Comment