Tuesday, May 5, 2015

Wrapping Up Our Long Holiday


Cuti panjang ni, we don't have any plan nak berjalan ke ape.
Tak terfikir ke, busy sangat ke ape aku pun tak tau. Tak teringat pulak nak plan anything.

First day cuti dah ada tragedi.
Abi sibuk bersiap nak solat jumaat, hero sulung terkoyak dahi.
Macam ngeri sangat bunyi koyak tu..hahaha..
Superman nak terbang agaknya tersalah landing, kepala landing kat bucu rak.
Dapatlah tanda kenangan terindah kat dahi tu.
Hahaha..
Jatuh dari sofa sebenarnya sebab pakai seluar atas sofa, terlompat-lompat, tak sedar awak tu diri kat hujung kerusi je...
Mujurlah luka dan darah sikit je.
Sekejap je pun sakitnye. Lepas tu lupe dah dahi benjol macam ikan flower horn.
Galak main balik..
Haaaihhh..

Orang sakit request suruh amik gambar die..

Ade rupa orang sakit ke ni???  Siap konon-konon mintak selimut macam orang sakit kat hospital. Adehh..Drama lah awak.

First two days, tak kemana pun. Terperuk kat rumah layan hero-hero. 
Kalau keluar pun sekadar pusing-pusing isi perut tanpa hala tuju yang pasti.

Hari ketiga cuti, another tragedy kat umah..
Faqeeh pulak berdarah jari asbab rajin sangat nak jadi assistant ummi kat dapur.
Ummi pulak leka, tak perasan anak main apa.
My first glance, Faqeeh main sudu plastik. Pastu tak hirau dah kat dia. Leka basuh udang till I heard he cried saying "Ummi..darah..darah..."
Then I saw darah meleleh penuh kat jari Faqeeh. Terus panic attack.
Rupanya dia main peeler, konon nak potong carrot. Peeler tu pulak ummi tak pernah guna, dan selama ni tersimpan dalam drawer. Bila masa tah dia ambil dan buat jadi pisau.
Pastu terhiris jari pulak...Adusss.
Cepat-cepat lah cucur dengan air paip. Tapi darah masih laju keluar.
Terjerit-jerit ummi kat dapur panggil abi to save the day.
Banyak hoii darah..
Tekap dengan tisu, lencun dek darah.
 
Sementara ummi kalut cari bandage, ubat, plaster bagai, abi ikat dengan getah bagi slow down darah.


Again, sekejap je hero-hero ni rasa sakit. In fact, Faqeeh tak cakap sakit pun. Dia dok bising ke darah tu je.
Lepas tu, heroes back in action.



Well, boys...
Masing-masing pun hero..huhu..

Sebelum zohor hari ahad tu, zawji tanya nak pergi mana?
Takde plan, takde idea.
Nak bawak anak-anak mandi sungai, risau musim hujan pulak.
But then zawji kata, siaplah. Lepas zohor keluar.
Standby je baju.

Nak ke mana?
Kata zawji, round Janda Baik jap. Kalau ade chalet kosong, tidur sana lah.
So, there we goes.
Ke Janda Baik lah kami 4 beranak.
Ni memang percutian bajet secara adhoc.
Main redah je without proper plan. Bekal makan pun takde.
Tanya-tanya chalet sambil jenguk-jenguk sungai dia.
Kalau ramai orang, ummi jadi pemerhati bebas je lah.
Pendam je hasrat nak menikmati sejuk air sungai ciptaan Allah. Huhu..
Fortunately zawji found a spot. Alhamdulillah.
Ni memang betul-betul tahap main redah je.
Kalau aku sendiri, mungkin tak masuk ke situ.
Tengok signage dia macam scary spooky pun ada.
The kind of spooky yang ko salu tengok dalam movie.
Hahaha..jangan exagerate sangat ily hoi..

We got a very basic chalet, where there are only the four of us.
Pondok kayu kecil smaller than our small humble bedroom tepi sungai, jenguk dari beranda, dah nampak sungai kat bawah. Deru air sungai yang mendamaikan.
Memang privacy sangat. Perfect for me to join the heroes berendam.


I told Faheem, ini adalah pelajaran tentang kehidupan, alam dan paling penting menghargai alam ciptaan Allah sambil memuji dan membesarkan keagungan Yang Maha Pencipta.
Where we get out from the leisure that we have, cuba menikmati indahnya alam ciptaan Allah dalam suasana penuh sederhana. Lari sekejap dari keselesaan rumah walaupun ours is just a humble little home.
Macam suasana desa nan permai sangat.



The pondok, though just enough to fit the four of us, anak-anak tetap tidur lena. Ummi agak kurang lena sebab menikmati irama merdu alam dalam pekat malam..
Nothing spooky pun.
Cuma aku yang terlebih aware sensitif dengan bunyi-bunyian. Hihi..
Dengan sejuk yang mencucuk lagi..Sambil memerhati terjahan lampu dan bulan yang menyelit masuk di celahan lubang-lubang halus di dinding dan bumbung pondok.
Sesekali mengulit anak-anak yang lena ketiduran asbab kepenatan bercanda dengan alam.

For those yang pentingkan selesa, it might not suits you.
Toilet terletak di luar.
Pondok sangat sederhana.
If all you really care is to blend with nature, boleh saja duduk situ.
Aku ok saja. Cuma bab nak membersihkan diri dan bersalin pakaian tu aku agak particular sikit...huhuhu..

Faqeeh seronok mandi sungai whereas abang penuh drama.
Dia macam fobia sangat dengan sungai..
"Faheem penakut..Faheem penakut lah ummi..."
Tambah pulak ada bunyi mesin, atok (owner pondok) dok sembur daun kering pakai mesin sebab tak larat nak sapu. Lagilah meraung kuat si abang.
Jenuh nak pujuk nya.
While adik having fun berendam, abang dok nangis terjerit-jerit.
Puas lah pujuk, puji abang berani lah, abang superman lah..
Masa dia tengah sakan menangis tu, semua pun dia bukan.
"Faheem bukan berani, Faheem bukan ultraman, Faheem bukan superman..Faheem penakut. Faheem tak suka sungai."
Aduhh...macam mana lah ummi nak naikkan semangat awak ni.
Macam kem bina semangat dah kata abi..hahaha..
 







Tidur sana semalaman je. Hari isnin, after having our last dip in the river, balik ikut jalan gombak lama.
Petang tu singgah Tasik Titiwangsa kejap for our last activity before the holiday ends.





That's a wrap for our long holiday.
Unplanned, but definitely, it's what Allah have planned for us.
Syukur Alhamdulillah.

1 comment:

  1. salam perkenalan sis..
    kesiannya anak sis...semoga cepat sembuh

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015