Monday, June 29, 2015

5th Pregnancy : Monitoring Baby's Growth


Disebabkan berat aku statik setelah beberapa kali check-up, adalah menjadi concern puan nurse dan doktor tentang tumbesaran bayi kat dalam ni.
Pertambahan hanya 1.5kg berat sepanjang 27 minggu kandungan adalah sangat sedikit ye. Doktor khuatir saiz baby adalah kecil.
Jadi, doktor set appointment untuk scan baby pada minggu ke 28.
Since minggu yang sama juga aku kena minum air gula, so request lah scan dan MGTT on the same day.

Lepas kepala pening-pening lalat tingtong minum air gula yang pekat manis leting tu sampai terus shoot ke otak aku, terus pergi scan.
Cuaknye lahai..

Doktor cakap, saiz baby ok. Follow EDD. Membesar accordingly lah kiranya.
Estimated weight 1.17kg.
Air ketuban cukup.
Uri sedikit ke bawah tapi masih ok.
Alhamdulillah. Syukran Ya Rabb..Hilang segala kerisauan.

So, kesimpulannya sekarang...
Since baby membesar dengan sihat walafiat, kenapa berat ummi tak bertambah??
Dengan pertambahan berat yang hanya 1.5kg itu, dan berat baby pula adalah 1.17kg, I presume, aku mengalami penurunan berat badan.
Dan aku sendiri rasa muka aku sedikit cengkung berbanding pre-pregnancy dulu..
Huhuhu..
Whatever it is, semoga aku dan baby dalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat dan baik despite of the weight loss/gain. 
Dan since appetite aku tak berapa tip top sekarang ni, paksa lah diri telan segala supplement bagai untuk top up nutrient for myself and little baby.


2 comments:

  1. sama la kita bay kecil jer..berat semakin menurun faktor cuaca or pemakanan kah..aduhh pening kan tp jnji baby yg di kandung sihat

    ReplyDelete
  2. Illy, akak dulu 3rd pregnancy pun sama,,,berat tak naik sangat . Duk makin turun adalah. Baby ok je naik berat tapi mak nye mengempis ...tapi nih lepas beranak mak dia kembang bagai di pam pam hahahhahah...take care Illy

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015