Thursday, June 4, 2015

Padang - Bukittinggi Trip #2 - Haunted Hotel?

 

For this Padang Trip, Kakti mintak tolong aku dan zawji arrange accomodation based on itinerary yang Kakti dah prepare.
Tapi basically Kakti dah bagi list hotel, dan aku cuma perlu book sahaja. Atau find alternative in case rate terlalu tinggi or rasa macam tak sesuai. Kami bajet rate below RM130 sebab just untuk tidur je kan. Outdoor activities lagi banyak. So, standard room dah mencukupi.

Initially, Kakti bagi list ni:
20 Mei - HW Hotel, Padang
21 - 22 Mei - Nikita Hotel, Bukittinggi
23 Mei - Hotel Tan Dirih, Danau Maninjau
24 Mei - Daima Hotel, Padang

I have to book for for families (4 rooms).
 Since a couple of weeks sebelum trip tu aku agak busy, meeting back to back, preparation for workshop lagi, dan my zawj pun kena oustation seminggu ke Myanmar, so aku book through Agoda sahaja. Tak sempat lah nak contact hotel personally etc. Dan tak sempat juga nak cari alternative lain. Apa yang Kakti bagi, tu lah yang aku book.

Cuma HW Hotel, Padang dengan Tan Dirih, Danau Maninjau tu aku tak dapat. Tan Dirih tu takde dalam Agoda. Kena call hotel directly. Memang tak sempatlah aku nak call bagai kan. Then bila search kat Agoda hotels at Danau Maninjau, adalah satu, Nuansa Maninjau. Tapi fully booked on the date that we intended to stay. Lastly, memang tak book pun lansung.

HW Hotel tu pulak, tak allow infant/toddler below 5 years old. Adoiih. Trip ni dah lah ramai kot infant/toddlers. So yang tu je aku cari alternatif lain. Itupun tak sempat nak belek-belek sangat lah. Aku just tengok rate yang within our budget dan berapa rooms available sebab nak book banyak bilik kan. Most hotels tinggal 1 or 2 rooms je. So, my last pick is Axana Hotel, Jalan Bundo Kanduang, Padang Barat.

Nikita Hotel yang aku book through Agoda turns to be Nikita Palace Hotel, situated a bit far from the town centre. Macam outskirts of Bukittinggi lah. Kalau kau dah balik hotel, then nothing much ypu can do for acara bebas kecuali makan which is limited jugak choices nya. Dahlah 2 malam kat situ dan hotel tu takde aircond and not even kipas siling. Dulu mungkin lah area situ sejuk, so tak perlu pasang aircond dan kipas. Tapi throughout our stay kat situ, tak terasa sejuk pun. For me, taklah panas sangat pun, boleh je tidur. Tapi tak berangin lah. But to others, ada yang tak boleh tidur sebab panas. huhu..Wi-fi only available dekat lobby and cafe area. Breakfast, boleh lah. 2 - 3 menus.
Our tourist guide, Pak Ardi, kata ada satu lagi Nikita Hotel. Yang ni memang kat town centre Bukittinggi. Malam-malam boleh jalan kaki pergi shopping, cuci mata dan kedai makan pun banyak option. Huhu..I didn't know that. Sebab I thought that Nikita Palace was the only Nikita there. But eventually there are under the same management.



Since aku tak dapat book any hotels dekat Danau Maninjau, and bila kami mention dekat Pak Ardi pun dia kata nak buat apa stay dekat Danau Maninjau. Nothing much to do there. So, he suggested that kami stay 1 night dekat Nikita Hotel. Sebab sama management dengan Nikita Palace kan, jadi masa check in Nikita Palace tu, Pak Ardi terus mention dekat receptionist to arrange a 1 night stay at Nikita Hotel on 23rd Mei tu ganti yang Danau Maninjau punya part. Settled.
Nikita Hotel is a bit better dari Nikita Palace. Still without aircond and fan. Tapi lebih sejuk sedikit berbanding Nikita Palace. Cumanya, we stayed there on weekend, malam tu aku agak sukar nak tidur sebab bising. Pukul 12 malam pun masih dengar bunyi motor merempit, loud musics...Sebab kira macam tengah bandar kan.. Huhu..Pastu the next morning, awal pagi dah start bising balik, ada wedding nearby kot. So, kata Pak Ardi, tradisi orang Minang kalau majlis kahwin, part berarak tu meriah. Ramai yang ikut berarak siap dengan paluan gendang. Macam brass band pulak aku dengar pagi-pagi tu..
Kat sini, even dia cakap wi-fi cuma available dekat lobby and cafe je, tapi aku dapat jugak access  kat bilik, 3rd floor. Cuma slow sikit lah. Owh, hotel ni takde lif. So exercise panjat tangga lah ye ke lantai 3 tu..Hihi.. Foods ok. Ade sedikit variety compared to Nikita Palace. Nasi goreng tu macam makanan ruji ye. Setiap hotel pun serve nasi goreng yang rupa dan rasanya sama sahaja. Satu jenis nasi goreng tu je.Takdelah kau mengharap nasi goreng cina ke, nasi pattaya ke..Nak nasi goreng macam-macam tu, pergi siam. Kat Padang ni tak jumpe.

Daima Hotel pulak, very nice and comfy. Daima Hotel ni macam transit je lah sebelum kami berangkat balik Kuala Lumpur. Foods dia banyak jugak. Wi-fi available even dalam bilik. Bilik selesa. 


Hah...Baca tajuk pasal haunted hotel.. Tapi tak muncul pun cerita seram nya..Hahaha..
Saja nak biar klimaks di hujung-hujung entry..

Hari pertama kami sampai Padang, terus check-in Hotel Axana. Sampai dalam tengahari. So just check-in, beg staff dierang hantar ke satu bilik, pastu kami terus keluar cari makan dan berjalan-jalan.
Malam baru kami balik hotel semula.
Masa sight-seeing petang tu, Pak Ardi tanya pasal rate hotel etc. But he said nothing much after that.
The next day, lepas kami check-out dan dalam perjalanan ke Bukittinggi, he reveal one fact.

Katanya, Hotel Axana tu nama asalnya Hotel Ambacang.
Terus Kakti pandang aku dengan sengihan dan cakap, dia lupa nak inform kat aku masa aku booking hotel earlier, jangan book Hotel Ambacang.
But obviously, aku memang tak nampak pun words Ambacang. And I didn't know that Axana is ex-Ambacang. Dan aku pun tak tau kisah di sebaliknya.
Hari tu lah baru aku tau..
Apa kisahnya??

September 2009, Padang dilanda gempa.
Kata Pak Ardi, kejadian gempa tahun 2009 di Padang tu macam memilih tempat. Ada tempat-tempat tertentu sahaja yang kena.
One of it, Hotel Ambacang. Hotel ni totally musnah during that event. Nyawa yang terkorban, 200 lebih kot. Ada jasad yang tak dapat ditemui etc. Kawasan keliling Ambacang macam tak terjejas. Kata Pak Ardi lagi, kebanyakan tempat yang musnah, seolah ada sebabnya. Allah memberi peringatan. Tempat yang banyak maksiat, banyak dangdut..those are kawasan terpilih sebagai korban bencana. Hotel Axana adalah binaan baru di atas tapak runtuhan Hotel Ambacang. Since tragedi gempa, banyak kejadian mistik lagi angker berlaku kat area tu.
Kalau nak tahu cerita lanjut berkaitan Hotel Ambacang, korang google je lah nama hotel tu. Aku dah balik sini baru nak google. hahaha.

But Alhamdulillah, during our stay kat situ, takde bende pelik pun yang berlaku, at least to us lah kan. Yang lain aku tak pasti lah pulak. But nobody says anything unpleasant selain dari aircond yang kurang berfungsi lah..eh..dan juga our room takde remote control for tv. When my zawj call the receptionist to send the remote, the staff cakap akan inform housekeeping. Twice kot my zawj call for the remote, tapi sampai ke sudah tak sampai remote nye. So no TV for that night. My zawj je pun yang nak melayan TV nye.. Anak-anak Alhamdulillah tidur nyenyak. They don't even bangun tengah malam for milk. Letih sangat berjalan agaknya. Aku, though tidur tak berapa lena, tapi takdelah rase mistik seram sejuk ke ape. Biasa-biasa saja. Even lepas Pak Ardi reveal pasal hotel tu pun, takdelah aku macam terfikir-fikir or terasa something yang macam...ohhh patutlah ke ape. 
Tak tahulah pengalaman orang lain. 

He's too exhausted to even bother about the haunted hotel..hihi..




Breakfast at Axana :)



No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015