29 Jun 2015 - Genap usia Faheem 4 tahun.
Alhamdulillah.
Semoga Faheem sentiasa dalam lindungan rahmat, barakah dan redha Allah, jadi anak yang soleh lagi musleh, jadi mukmin yang bertaqwa, jadi insan yang berguna dan bermanfaat untuk agama, sejahtera hidup di dunia dan akhirat.
Semoga Faheem jadi abang yang baik, bertanggungjawab dan sayang adik-adik.
There is no celebration for his birthday this year.
Tapi sempat jugak abi belikan kek sebelum puasa hari tu , hantar kat sekolah sempena menyambut Ramadhan sambil-sambil konon early birthday celebration.
Semangat Faheem potong kek walaupun kat kek tu tulis Salam Ramadhan instead of Happy Birthday Faheem.
On his birthday, angin Faheem tak berapa elok. Moody. Cepat sangat nak terasa hati.
Petang sebelum buka puasa, Faheem merajuk dengan abi.
Panggil dia, cakap elok-elok dengan dia. Told him abi nak cakap something kat dia.
Then abi nyanyi Happy Birthday Faheem. Faqeeh pun nyanyi sama.
Tersengih-sengih abang, tapi rajuk masih bersisa. hihi..
Later that night, Maktok call..
Faheem dengan semangat nak cakap.."Maktok...hari ni happy bir....."
Tak habis ayat lagi, dengar maktok nyanyi Happy Birthday Faheem..
Tersipu-sipu malu anak teruna yang sorang ni.
Ummi sayang Faheem fillah.
Semoga anak ummi jadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
Forever my sweetheart :)
Masih lagi si manja ummi. Nak tidur, nak mandi, nak pergi sekolah, semua pun nak dengan ummi je...huhu~
No comments:
Post a Comment