Friday, November 13, 2015

Random Friday


4/5 people in this house is not feeling well. I'm included =__=' Masing-masing berlawan batuk dan selsema..Ikutkan hati, nak mintak zawji hantarkan balik Ampang sebab rasa macam tak kuat. Tapi on second thought, takpelah...InsyaAllah I can handle this. Kalau tak cuba, you'll never know.

Semalam was quite a day. Faqeeh keep on merengek, nak baring dekat ummi, nak duduk dekat ummi, nak ummi pegang botol susu... Kalau Faqeeh buat lembik nak merap je macam tu, means dia memang betul-betul tak sihat. Sebab kalau mild fever, dia masih lagi aktif & cheeky as usual. Then dia mengadu sakit telinga, suruh ummi letak jari kat telinga dia. Probably die rasa macam berdengung kot. Tidur tak lena. Sekejap-sekejap dia merengek sakit.. Aku pun buat kerja curi-curi masa. Bila Faqeeh tidur lari masak kemas rumah etc. Bila terjaga, kena duduk dengan dia. Macam tu lah every time dia tidur dan bangun. Berkejar-kejar. Mujur juga rumah kecil. Huhu..


Fathan on the other hand, dah ok sikit though masih ade blockage kat hidung & tekak dia. Siang dia baik je. Malam meragam sikit sebab sejuk agaknya, asyik batuk je. Haiihh..kesian ummi tengok awak. Wapkan muka dia dengan air rebusan bawang putih the other day, keluar lah hingus meleleh-leleh. Mungkin kena buat lagi another round to clear his nose and throat selain spray sterimar nasal hygiene yang paed bagi.



Faheem balik sekolah, lauk tak siap masak lagi. Not even on the stove yet..huhuhu..So, to keep him busy while I'm rushing to cook, buatkan homemade playdough for him. Dia teruja, tapi the dough tak berapa menjadi. And the coloring pun doesn't blend well. Tak kisah lah. As long as he is happy and busy exploring his 'toy'..Main seorang diri pun takpe..Bercerita dan berimaginasi macam main dengan kawan. Huhuhu..



Orang demam berpesta tomyam kaki ayam dan pedal..Lauk yang mudah nak masak bila menjaga anak-anak yang tak sihat. Campak campak tinggal je..Kaki ayam ni favorite Faqeeh. Boleh berebut dengan ummi selalunya. Nampak je kaki ayam dalam pinggan ummi, "haaa...tangan ayam..." terus capai dan menikmati tanpa rasa bersalah. Huhu..Tapi dia takde selera makan pulak. Takde orang nak berebut dengan ummi..Bosan..



Couple of days earlier, biras aku masuk HKL again. Batu dalam hempedu. First admission operate kat perut vertical, 20cm. This time katanya ada serpihan batu dalam saluran. Doktor nak buat scoping. But then, biras aku demam. Ma kata mata kulit semua nampak kuning. Allahuakbar...Syafakillah syifaan 'ajilan kakna. Moga Allah beri kesembuhan pada kakna dan beri kesihatan yang baik.

This morning pulak dapat news pakteh aku kembali ke rahmatullah. He was on his way to HUKM yesterday for his cancer treatment check up when he had shortness of breath. Subuh tadi, Allah telah menjemputnya kembali di hari jumaat yang barakah. Innalillahi wainnailaihi raji'un. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu. 
Too many things happen in a week. Semua orang diuji. Kecil atau besar ujian, bergantung pada penerimaan seseorang terhadap ujian tersebut. Semoga kita terus sabar, redha dan berlapang dada dengan setiap ujian yang Allah berikan, muhasabah diri akan setiap kesalahan yang pernah dilakukan, mengambil hikmah dan iktibar dari setiap ujian.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015