Dah hampir 2 minggu masuk kerja. Need to catch up on few things (or is it everything?? Haha).. Blur and lemau juga rasanya on my first couple of days.. Nak recall balik everything and trying to get back the momentum.. Phewww.. It's hard.. Hahah..
Kembali ber-brisk walking setiap pagi dan petang, back and forth adalah dalam 2km. Considered as an exercise jugaklah kan..hihi..Dan kembali mengusung cooler bag, yeahh!!
Fathan on the other hand, is behaving well. Ok je dia minum botol, Alhamdulillah. I even try to bottle feed him myself, alhamdulillah he did not reject... Sebelum tu bukan main drama lah everytime nak bottle-feed..Lega sangat rasa.. Average daily ebm consumption ~ 12oz.
Pumping routine.. Alhamdulillah, so far ok. 3 pumping session per day. Pagi, sampai office terus pam dulu (sambil breakfast), lunch time dan sebelum balik kerja. Setakat ni Alhamdulillah sempat nak buat all 3 sessions. Average daily production ranges between 17oz to 23oz. Kat rumah, kalau rajin, buat tandem pumping. But most of the times tak berapa nak rajin.. Fathan ni selalunya lepas maghrib sampai around 10~11 p.m. tu dia tak berapa nak tidur. Masa ni rajin nak menyusu je dia. Tak sempatlah nak bertandem ke apa. Tapi after that dia akan bantai tidur sampai subuh. Jarang-jarang sangat dia bangun tengah malam. Aku pun tak berapa gigih bangun mengepam tengah malam. Selalunya pagi subuh tulah DF dia sambil pam. Masa pantang je aku ada bangun mengepam tengah malam. Itupun sebab tak boleh tidur, dah engorge sangat, paksa Fathan menyusu dia taknak.
Alhamdulillah...Stok ebm terkumpul setakat ni ada 400oz.. Itupun dah tak muat freezer. Weekend ni kena pindah lah ye wahai ebm sekalian. Kalau tak, jenuh nak catu stok barang basah. Setiap minggu lah nak kena beli sikit-sikit. Then jenuh nak susun padat-padat dalam peti tu..Kalau masa Faqeeh dulu aku terlebih rajin buat ebm logbook. Setiap hari aku catat berapa banyak yang masuk dan berapa banyak yang keluar. Kali ni tak buat dah. Tak berapa nak gigih..Haha.. Tapi ada cara lagi senang nak monitor rupanya. Each liner memang aku isi 5oz je. Tak kurang, tak lebih. Setiap liner aku label dengan nombor (plus date of production, of course).. Bila nak thaw, tentulah akan ambil dari nombor yang kecil.. Then kalau nak tau jumlah ebm terkumpul at one time, nombor untuk the latest ebm yang simpan tolak nombor yang paling kecil, times by 5oz. Lagi senang kot dari buat logbook. huhu~ Why didn't I think of that earlier??
Abang-abang kata, peti penuh dengan rezeki Fathan ^__^
Managing ebm pulak, so far aku hantar 4 botol of 4oz ke pengasuh. Botol 1-3 of thawed EBM. Botol 4, chilled EBM. Selalunya Fathan minum 12oz, so the 4th bottle boleh dibekukan afterwards. Kadang-kadang, licin all 16oz. Alhamdulillah...
Semoga Allah permudahkan perjalanan penyusuan Muhammad Fathan, murahkan rezeki Fathan dan kami sekeluarga. Semoga kami diberi kesihatan yang baik, membesar dengan sihat, sihat tubuh badan, sihat rohani. Semoga menjadi insan yang soleh/solehah, bertaqwa dan berakhlak mulia. Allahumma ameen..
wahhh...assalammualaikum bby :)
ReplyDeletealhamdulillah rezeki murah ni..