Thursday, June 30, 2016

Faheem Afif - 5 Years


29 Jun 2016

Dah 5 tahun Allah pinjamkan harta yang satu ni. Alhamdulillah..
Rasa cepat sangat masa berjalan. Sekejap je dah 5 tahun usia awak.
5 tahun yang ummi sendiri tak pasti adakah ummi dah beri yang terbaik untuk awak.
Ummi sedar, banyak sangat kekurangan ummi dalam melunaskan tanggungjawab ummi sebagai ibu, menjaga dan membesarkan amanah Allah, harta dunia akhirat ummi ni dengan penuh hikmah dan sabar.
Banyak kesalan yang ummi sendiri tak tahu bagaimana ummi nak betulkan.
Bukan Faheem yang ummi kesalkan, tapi sikap ummi sendiri.
Faheem anak yang hebat, anak yang cemerlang, anak yang soleh lagi musleh.
Banyak peringatan-peringatan yang Allah hantar kepada ummi melalui Faheem.
Terkadang ia umpama tamparan hebat di muka ummi.
Allahuakbar.
Betapa ummi jauh dari kesempurnaan, tapi mengharapkan anak menjadi sesempurna mungkin. Allahu.
Faheem Allah utuskan sebagai medan pembelajaran untuk ummi.
Buat pertama kalinya ummi bergelar ibu, ibarat memasuki institusi pendidikan keibubapaan.
Belajar bagaimana rasa membawa satu nyawa di dalam tubuh sendiri selama 9 bulan. Merasai setiap denyut nadi, degup jantung, tendangan keras dan cuitan manja janin dalam rahim ummi..
Belajar bagaimana rasa sakit melahirkan, dan betapa selepas kesakitan yang tidak terhitung itu, Allah lenyapkan terus rasa sakit sejurus terdengar jeritan suara bayi yang pertama. Subhanallah.
Belajar mengendong, mendakap dan menyusukan anak.
Belajar erti pengorbanan dan tanggungjawab.
Terlalu banyak yang ummi pelajari.
Pelajaran SABAR, merupakan pelajaran yang paling sukar buat ummi.
Ummi acap terlupa untuk bersabar lantas banyak kesilapan terbit dari ketidaksabaran ummi.
Sering ummi ucap pada Faheem...
Fasobrun jameel...Sabar itu indah..
Assobru minal iman ... Sabar itu sebahagian daripada iman..
Innallah hama'as sobirin ... Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar..
Tapi pengucapan yang hanya pada lidah, sedang ummi sendiri tak mengamalkannya.
Ummi sering lupa keindahan sabar, selalu terbawa-bawa dengan emosi dan perasaan..
Maafkan ummi sayang..
Maafkan ummi atas kegagalan ummi mendidik dengan penuh hikmah.
InsyaAllah, ummi cuba perbaiki kelemahan dan kekurangan ummi.
Doakan ummi tanpa henti, agar ummi jadi ummi mithali, yang tinggi nilai sabar, dan tidak jemu membesarkan anak-anak.
Ummi sayang Faheem, ummi sayang semua, Fillah.
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan redha Allah, dan bersama hingga ke Jannah.


He requested for Chuggington cake, must have those 3 characters..




Hadiah dari Faheem untuk ummi.. MasyaAllah Tabarakallah..
Syukur Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015