Wednesday, March 8, 2017

Ho Chi Minh City 2017 - Day 2


We have Mekong Tour today. Ambil pakej dengan Bismillah Tours & Travel, located just opposite the hotel. 


Pagi tu breakfast dulu di hotel. Pukul 8 pagi (waktu Ho Chi Minh) naik bas yang disediakan oleh Bismillah Tours. 

Mentari pagi di Ho Chi Minh berlatarbelakangkan Ben Thanh market. Gambar dalam bas je ni. huhu..

Ni our tour guide. Nama Vietnam nya, Phuoc. Susah betul nak menyebutnya. Tapi dia ada nama melayu, given by previous Malaysian tourists. Rahmat. Sebab rupa dia macam Rahmat Mega. Pandai cakap melayu, pandai melawak juga mamat ni. Kalau Rahmat di Malaysia seorang penyanyi, dia, Rahmat petani..heheh.

Untuk Mekong Tour ni, naik bot dekat jeti ni. Entah apa nama tempat ni.


Jom naik bot.



Setiap orang akan dapat complementary drink. Air kelapa muda. Tengok cik abang tu khusyuk menyedut air kelapa muda sampai tak toleh kiri kanan dah.






Our first pit stop, Coconut Candy Factory. Dia tunjuk lah cara pembuatan gula-gula kelapa. dari ukur kelapa secara tradisional, then cara moden, mesin perah santan, masak santan dengan tepung dan gula sehingga likat, then letak dalam acuan dia tu bagi sama tebal dan potong ikut saiz. Ada 6 perisa, koko, durian, asli, kopi, halia dan kacang.

Lepas tengok pembuatan gula-gula kelapa, merasa tester, beli sepeket dua. Ada juga jual barang kraftangan dan jajan seperti kerepek, kuih kacang bijan/bepang etc. Aku tak beli apa pun. Tekak makyong mengada sikit. Tak berapa berkenan. Adeh!

Lepas tu dia bawak keluar ular sawa. Anak-anak buah berani bukan main. Mokcik dia ni, duduk jauh-jauh je sambil usap perut boyot. haha..

Ni anak buah terpaling berani. Selamba je dia.


Lepas main dengan ular, naik kereta kuda pulak. Kuda padi.


Then menuju ke destinasi kedua. Bee Farm.

Ni tengah explain pasal koloni lebah. 

Lepas tu dia bagi chance siapa nak rasa madu asli. Faqeeh yang berani laju hulur tangan. Abang Faheem dah jauh ke belakang. heheh.

Madu mata kucing nama nya. Rasa manis macam buah mata kucing. Then dia bancuh teh madu limau kasturi. Manis kemain eh! Melekat kat tekak ni haa. Tapi sedap. Lepas dah bagi rasa, of course promote suruh beli kan. Pakat la ramai-ramai beli 5 botol dapat free 1 botol. Harganya mokcik tak ingat. Mokcik mengada beli face mask. Bajet-bajet nak ayu macam adik Vietnam yang buat demo tu. Kah!

Lepas bermadu. Eh! Lepas minum madu, kita naik sampan pulak. Sampan kecil je. 4 orang dewasa satu sampan. 

Rahmat pesan naik sampan, tangan simpan dalam. Pelik betul nasihat dia..Haha.. Maksud dia, jangan pegang bahagian tepi sampan tu. Pegang kayu yang belah dalam je. Nanti jari tertinggal di Sungai Mekong. Cuak je mokcik. Rupanya sebab masuk sungai kecil dan sampannya banyak. Kalau berselisih sampan lain tu memang terkepit tangan. So, simpan tangan baik-baik. Hehe.

Cuak-cuak pun, mokcik tetap rajin selfie. Hahah.

Bahagia budak-budak ni. Abang tu hati tengah gusar. Dia kata tak suka naik sampan, rasa macam nak tenggelam je. Sebab goyang-goyang kan. Hehe.. 


Yang paling enjoy sekali budak kecik ni la. Memang tak kenal erti takut lagi. Dalam sampan pun tak duduk diam.

One happy family in the boat.

Haa tu..Nampak tak berlapis-lapis sampan tu. Tu tengah parking. Kalau sampan bergerak pun boleh tahan jugaklah. Dia punya dayung sampan pun macam skill dierang bawak kereta di tengah kota raya jugak, main redah je. Haha. Kalau sayang jari, beringat lah jangan nak hulur-hulur tangan konon nak capai air sungai sangat. 

Sampan ni bawak kami ke tempat makan buah yang entah apa nama dia tah.

Pelbagai jenis buah-buahan segar. Mokcik makan jambu batu je. Faqeeh yang sememangnya hantu buah, semua pun dia try. Kagum ummi aihh..

Sambil makan buah, ada persembahan nyanyian. Eh, sedap pulak dia nyanyi lagu melayu. Bila datang pelancong cina, dia tukar bahasa pulak nyanyi lagu cina. Hebakk!

Dah makan gula-gula, main ular, naik kereta kuda, naik sampan, makan buah... Tiba masa untuk isi perut dengan makan berat. Kedai orang melayu Champa. Sedap jugak lauk dia. Tapi sebab mokcik lapar sangat, harap maaf, tiada gambar. Semua selamat masuk dalam perut. Huhu..

Makan, siap solat sekali lah dekat sini. Aku berangan nak amik gambar ramai-ramai kat sini. Cantik kot view. Tapi...... Kami ni kan ramai. Solat bergilir-gilir sebab nak menjaga budak. Ada juga group lain dengan trip ni. Sementara nak bergilir solat tu, group lain dah siap solat, dah tunggu dalam bot dah. Tak boleh lah nak lenggang kangkung berlengah-lengah. Kesian kat orang yang menunggu..huhu..


Antara pokok tu, ada buaian hammock tu. Bestnye lah kalau dapat buat macam ni dekat rumah. The hammock with this scenery. Redup je. Nyaman...

Berangan lah mokcik weh selagi boleh. Berangan tu kan percuma.

So, itu last destination menaiki bot. dari Kedai makan tu, terus  balik ke jeti, naik bas semula dan heading back to hotel. Tapi on the way tu, berhenti singgah kilang kain/tudung. 40 minit je masa yang ada untuk belek dan beli. Tak berapa nak belek sangat lah. Belilah serba sedikit yang mampu di belek. Mujur masa ni budak-budak mostly tidur. Bolehlah mak dan nenek budak membelek dan membeli. Habis 2 juta VND jugak lah dalam pada tak berapa nak belek tu..Huhu.. Sebab masa singkat, memang mokcik fokus kepada pembelian, instead of tangkap gambar. Memang tak boleh tangkap gambar pun dalam tu. Tapi rambang mata aihh nak pilih color. Pitammm.

Dah rabak poket, kita balik terus hotel. Masing-masing pun keletihan. Mandi rehat-rehat jap. Lepas Maghrib baru turun for dinner.

Berkumpul kat lobi. Meriah dengan kami se-family je.

Fathan wearing sweater turun temurun, dari abang Faheem. Sweater ni maktok yang kait with much of love. 

Malam tu gi makan dekat Restoran Serai. Malaysian kitchen tuhhh.. Berjalan jauh sikit dari hotel. 

Lepas makan ronda-ronda pasar malam lagi. Bebas lah masing-masing. Still. aku tak beli banyak pun. Beli souvenir sikit-sikit. Letih berjalan seharian agaknya. Takpe, ada 1 malam lagi untuk shopping. Haha..




No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015