Minggu ni anak-anak ada exam.
Selalunya, yang dok mengadap anak-anak buat homework, revision ni mesti emak kan??
Selalunyalah..
Tapi kat humble home kami ni lain, zawji yang mengadap anak-anak study setiap hari.
Lepas maghrib dia check beg sekolah anak-anak, tengok ada homework tak.
Kalau ada, terus panggil anak-anak suruh buat homework.
Kalau takde, dia amik buku or iqra', ajak anak-anak baca.
Takpun dia tanya randomly. Dia tulislah dekat kertas ke whiteboard ke or just simply ask verbally.
Sambil-sambil anak-anak main or buat aktiviti seni dierang.
Kadang-kadang dia ajak anak-anak hafaz surah. Ulang-ulang satu ayat for few days.
Ummi buat apa?
Masak.
Merehatkan diri. heheh..
Ummi ni kurang sabar. Kalau ummi yang mengadap anak-anak, suara tu cepat je nak high-pitch. huhu. Jadi, eloklah abi yang take charge.
Sebab minggu ni minggu periksa, 2 weeks before memang fokus pada revision je lah.
Anak-anak lelaki, fokus tu kurang sikit. Especially Faqeeh, senang sangat distracted. Dan tak duduk diam jugak. Macam-macam gaya ada. Ada sahaja cerita sampingan dia nanti. Nak cerita pasal kawan kat sekolah lah. Paling tak tahan, cerita imaginasi dia. huhu.. Bertabahlah maknya.
Ni masa tengah revise Jawi dengan Faqeeh.
Dengar dia baca..
Dal untuk daun.
Dal untuk ------ SADO.
Sado???
Alahai. Terbahak-bahak ummi ni gelak. Bila tengok gambar, memang betul pun. hahaha..
Alahai. Terbahak-bahak ummi ni gelak. Bila tengok gambar, memang betul pun. hahaha..
Sado pun, sado lah nak. hahahaha..
Anyhow, good luck anak-anak soleh ummi abi, permata syurga, penyejuk mata dan hati ummi abi.
Just do your best.
Ummi abi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak.
Mudah-mudahan anak-anak ummi abi menjadi anak yang soleh lagi musleh.
Ummi abi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak.
Mudah-mudahan anak-anak ummi abi menjadi anak yang soleh lagi musleh.
Semoga beroleh barakah dan redha Allah, that's the most important.
No comments:
Post a Comment