Tuesday, May 9, 2017

Of Baby's Gender and Birth Preparation


Well, as of now, I'm a mom of 3 heroes.
Pergi mana-mana pun, bila orang tengok 3 orang anak teruna berderet, masing-masing mendoakan supaya the next one will be a girl. Aku amin kan saja doa semua, moga Allah beri yang terbaik.



Masa scan baby yang keempat ni di Klinik Fauziah, masa 20 weeks kalau tak silap, puan doktor pun doakan the same things sebelum buat ultrasound scan.
"Ah, three boys. Hopefully this one will be a girl."
Then she performs the ultrasound scan. Godek punya godek, "Ohhhh.. yang ini pun macam boy." Dia godek-godek lagi... "Iya lah. 100% confirmed. It's a boy.." Aku gelak saja. Jujurnya memang tak berani nak mengharapkan bunga. Sejak tahu pregnant, memang selalu memujuk hati supaya tidak menaruh harapan terlalu tinggi. Tambahan pulak, simptom-simptom kehamilan macam sama je dengan previous pregnancies. Dan bila dibelek-belek semula waktu 'kejadian', ianya selepas ovulation day, betul-betul di hujung tingkap waktu subur, which masa tu tak expect pun akan lekat memandangkan ia dah memang penutup waktu subur. huhu.. 

Based on my readings, kalau nak anak perempuan, waktu 'kejadian' hendaklah sebelum ovulasi. On the ovulation day itself dan seterusnya, kemungkinan untuk dapat anak lelaki lebih tinggi. Sebab tu memang tak menaruh harapan tinggi. Bila doktor announce kata it's gonna be another boy, insyaAllah, aku terima je lah. Abang-abang pun masing-masing bersorak riang dan melompat kegembiraan. Seriously. Depa melompat riang dalam bilik doktor. hahahah.

Puan doktor tanya lagi, "Mak umur berapa?".
"32."
"Muda lagi. Boleh 2 lagi ni. Tak payah rehat dulu. Hopefully boleh dapat 2 girls after this.."
ahahah..Tak payah rehat? Pengsan mak dengar statement doktor tu. 3 + 1 ni pun mak dah separuh nyawa..haha..Tapi, kalau dah rezeki, mak terima..Hahahahaha..
Puan doktor sambung lagi.."Boy ke girl, yang penting mau didik betul-betul, jaga baik-baik, kena ajar sayang each other, hormat each other, sampai besar, sampai bila-bila. Bila abang ada susah, adik kena tolong. Bila adik susah, abang mesti mau tolong. My sister, anak 9 orang semua lelaki. Semua baik-baik, alhamdulillah. Cakap baik-baik, tak bagi susah mak ayah.. "

Then masa check-up 28 weeks, scan lagi skali kat KKIA. Godek punya godek, doktor cakap, "Aah lah. Betul lah boy. Dia tak sorok pun. Ni haa, terang-terang dia tunjuk.."

Again, mak gelak je. Kemain lagi awak je. Tak segan silu. huhu..

So, InsyaAllah, it's gonna be a BOY again. Kalau ditakdirkan keluar nanti bunga, semua tu atas kehendak dan izin Allah jua. Apapun, be it boy or girl, aku terima dengan lapang dada. Told Faheem, kalau adik boy, cukup dah lah 4 orang anak lelaki boleh tolong usung keranda ummi sorang satu penjuru bila sampai waktu ummi di panggil menghadap Ilahi nanti. Semoga anak-anak ummi menjadi yang soleh lagi musleh, jadi insan yang bertaqwa, jadi mujahid pembela dan penegak agama Islam, sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. InsyaAllah.


On birth preparation pulak, alhamdulillah bag hospital for both ummi dan baby dah siap. Pakai woven bag tu je. Takde beg khusus. Aku bawak je baju extra, just in case baby kali ni pun g6pd deficient. Tapi doa-doakanlah baby takde g6pd dan bebas jaundice juga supaya tak payah berkampung di hospital. Bulan puasa tuuu..huhu..Jenuh zawji nak mengurus abang-abang, nak hantar makanan/barang kat aku nanti.

On confinement, insyaAllah kali ni pun aku akan berpantang sendiri. Ambil pakej confinement dengan makcik urut yang sama masa Fathan dulu. Awal lagi aku dah book makcik tu. Plan asal nak ambil seminggu je. Fikir punya fikir, aku extend lagi seminggu.

Confinement corner kali ni, adalah privasi sikit as compared to last time. Dulu ruang tamu tu comel je, bukak je pintu boleh nampak dah aku kat hujung sudut, betul-betul kat laluan nak ke dapur. Lepas extend dapur last year, memang kami ada buat satu ruang, planned to be multi purpose room. Boleh buat jadi bilik tetamu, boleh open jugak in case kalau nak buat event ke apa. Tapi so far ruang tu belum berpintu. Jadi open space je lah. But terlindung lah dari pintu. So, untuk confinement kali ni, insyaAllah kat situ lah tempat bertapa ummi dan baby nanti.

Barang-barang yang nak guna masa confinement pun aku dah prepare letak bawah.
Menghitung hari jelah. By the way, 2 orang yang sepatutnya due sama aku, dah pun selamat bersalin. Makin nervous dibuatnya. I'm 34 weeks pregnant now..huhu..

Pandangan hadapan yang menipu...hahahaha..

Semoga Allah beri yang terbaik dan permudahkan semua urusan.
Allahumma ameen.


2 comments:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015