Wednesday, May 3, 2017

Quick Update

Update on Work

Alhamdulillah.
Minggu ni bersiaran dari office baru.
Suasana baru, dan perlu serap ilmu baru juga.
Semoga Allah permudahkan semuanya dan sentiasa beri kekuatan dan ketabahan dalam apa jua situasi.

Last week, merasalah jadi orang yang diraikan.
Simple je. Team pun kecil je. 5 orang semuanya. Walaupun simple, tapi tetap bermakna. 
Terima kasih ex-bos dan kawan-kawan. Terima kasih atas bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat selama 2 tahun berkhidmat dalam team.
InsyaAllah panjang umur bertemu lagi.



Walau hanya 2 tahun, tapi ia tetap satu pengalaman yang banyak mengajar. 

Office baru masih dalam pusat bandar. Alhamdulillah, still connected to public transportation. Terima kasih Allah yang mempermudahkan banyak urusan dalam hidup ni. 

Update on Fathan's Progress

Alhamdulillah he is recovering very well from chicken pox. Parut kat muka tak berapa nampak sangat. Kat kepala ada sikit lagi nak tanggal. Dah kembali makan dan minum dengan penuh berselera. Berat pun dah bertambah sikit dan kembali aktif dan ceria. Last week ada follow up at Hospital Pantai due to his low Hb. Doctor prescribe iron supplement, Maltofer kot nama dia. To be taken for 1 month, then datang balik ambil darah, and tengok lah result dia macam mana.

Fathan, semenjak nak jadi abang ni, pongoh, gedebe, bekeng smace. Allahu. Haaa..kan dah keluar semua jargons words versi klate. hahaha.. Garang tau si kenit ni. Tak padan dengan halus. Syndrom nak jadi abang tu, tak payah cakaplah. Bersabar dan bertabah ye ummi. Despite of no meaningful words coming out from his mouth yet, dia respond and react to orders very well. But physically lah. Nak mintak apa pun semua pakai tunjuk je dan bahasa dia je lah. Kadang ummi tak faham jugak. Nak teka apa yang dia tunjuk tu, kadang-kadang tersasar. haha. Should we seek for speech therapist or is it still considered normal? He's 1 year 7 months old by the way.



Update on Pregnancy

To date, I am 33 weeks and 3 days pregnant.
Braxton Hicks contraction dah mula jadi kawan baik. Rajin jugak dia datang menjenguk. huhu..
Check-up masa 28th weeks hari tu, berat naik mendadak, 3.5kgs kan. So, puan doktor suruh monitor blood pressure bi-weekly. Takut bp shoot up tiba-tiba. Gigihlah akak pinjam mesin bp Mama. The next check-up, doktor suruh continue monitor sebab nampak bp macam low pulak dan berat stagnant. hahah. Check-up baru ni, puan doktor kata, bp looks ok. Jadi, tak perlu bi-weekly monitoring dah. Check masa appointment biasa ja. Berat pulak naik 0.5kg ja. Total weight gain so far, 7.5kg. Ok dah tu pada aku sebab aku memang jenis pregnant tak naik berat banyak. Sebelum-sebelum ni pun naik 5-6 kg je. Kali ni dah break the record lah. So, berat mak setakat ni 61.5kg (yang ni sah-sah dah break the record. Pertama kali dalam hidup berat cecah angka 6). Hb kali ni pun naik. The rest alhamdulillah semua ok.

Sekarang ni jalan memang dah macam penguin. Tambahan pulak minggu lepas aku jatuh masa balik kerja. Mujur tak terhentak punggung ke apa. Slide je ala-ala split. Half split kot, Sebab petang tu hujan lebat, jalan licin. Mujur aku sempat break dengan lutut, dan sempat berpaut kat member sebelah. Takdelah impak terhentak tu. 
Cumanya...... muscle strained. Bila bangun dan berjalan balik lepas tu, mula tak rasa apa sangat. Steady je lagi. Time naik tangga dia mula rasa. Sepanjang naik tren, terasa jugak berdenyut-denyut. Bila turun tangga lagi sakit..huhuhu.. Sakit weh otot kat bawah tu. Bukan setakat jalan seperti penguin, kengkang lagi. sob sob..

Kena double triple careful lah lepas ni. Bak pesan salah seorang sahabat kesayangan, always remember...3 POINTS CONTACT. Ascending ke descending ke. 3 points contact. Huhu.. Baiklah. Saya akan cuba praktikkan dengan istiqomah.

Lagi satu news.
1 Mei baru ni, biras aku dah selamat bersalin anak ke-3. Dia dah 2 cm dilates a week before. Pergi hospital pagi 1 Mei tu, bukaan dah 8-9 cm, tapi dia tak rasa sakit sangat. fuhhhh... Aku dah start cuak. Tambahan pulak, ada seorang sahabat lama, her due sebenarnya sehari selepas aku. Tapi dia dah selamat bersalin last week, premature. Allahu.. Lately aku dah kerap rasa contraction. So, aku makin cuak. Sebab rasa dia agak kuat dan menjalar ke seluruh pinggang. More or less macam masa nak bersalin Fathan dulu. Memang buat aku nervous. Sebab kalau modus operandinya sama macam Fathan, progress bukaan memang sangat cepat, dan sakit yang sangat kuat. Kalau macam Faheem dan Faqeeh, sangat tenang, dan cool. Kalau kau plot graf contraction vs time, for Faheem and Faqeeh, ko akan dapat slope yang landai. But for Fathan, it's a steep slope. Shorter time, higher pain. Pukul 10 pagi, masih belum ada bukaan. Pukul 4-5 petang mula contraction yang konsisten, 8.30 malam, dah 6 cm dilates, 9.03 malam, selamat bersalin. Masih terbayang-bayang lagi ni.. Allahu Allah..

Apa-apapun...mohon doakan yang baik-baik untuk aku dan kandungan.
Semoga Allah permudahkan semua urusan, mengandung, melahirkan dan seterusnya.
Semoga diberi keizinan oleh Allah swt untuk bersalin secara normal lagi, tanpa koyak/gunting, tanpa jahit, tanpa komplikasi.. Semoga adik baby bebas g6pd dan bebas jaundice juga. Semoga Allah murahkan rezeki adik baby, dikurniakan susu seawal kelahiran.
Semoga semuanya baik-baik saja.
Allahumma ameen.



No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015